Wednesday, February 11, 2015

Bila Mood Rajin Datang Menyinggah...

Bismillahhirahmannirahhim...

Hai. Aduhainya pun. Dah nak masuk pertengahan tahun baru, baru la ko terkial-kial nak buat entri ye. Aterr.. Nampak beno menipunyee baru bulan dua haa... Ishh.. Ishh.. Entri tahun baru 2015 kali ini aku mulakan dengan bercerita tentang bilik air. Erkk??? Krik krikk

Ok teruskan dengan bicara selanjutnya, hari tu kan (beberapa bulan yg lepas la.. uhuk) aku tetiba rasa menyampah tahap gaban betul tengok dinding bilik air yang tingkat bawah tu. Dah la bilik air & tandas tu selalu menjadi tempat pelepasan sesiapa yang berkunjung ke rumah. Masalahnya sejak mula kami pindah masuk rumah ni memang tak cat baru langsung pun bilik air & tandas ni. Asik lah bertangguh je nak mengecat. Jadi hari tu dengan mood yang bak kata lagu Vince (AF1).. berkobar-kobar. Aku gi bongkar bawah kabinet dapur cari cat lebih. Aku tau memang ada sebab aku yang simpan tong tu semua. Cat dah jumpa, aku carik berus lak, ok jumpa juga sib baek. Kendian, ada satu masalah. Disebabkan aku pendek, tangga pun yilekkk. Maka aku tarik kerusi, panjat pun tak sampai juga. Hadoi.. Hancur musnah rasa mood. Tapi.. tapi.. Aku nampak mop daiso kat pintu belakang. Hah. Idea. So saksikan lahhhhh ~

Ko nampak? Aku tapekan berus tu dengan hujung mop daiso tu. 

Ni lah rupa kejadiannya. Masa aku cat ni time aku cuti hari Khamis
(dinding tu memang comot kan, biasalah beli rumah 2nd hand. Sental kuat cemana skalipun tetap tak nampak macam baru.. huhu)

Bayangkan dengan berus sekecik ni aku boleh cat dinding atas bawah. Kah kah..Gilo apo..

Bila dah siap cat dinding, baru aku sedar telah melakukan kesilapan teknikal. Patotnya aku kene cat atas dulu maaaa.. Erk

 Asudahhh... Selamba badak jelah haa... Teruskan mengecat.

See? Maka terwujudlah lah sudah ketompokan yang sememeh di dinding.. huhu
Asben kata, nanti beli berus kecik kasik repair. Pastu, aku suruh dia habiskan mengecat untuk toilet di sebelah pula. Kah kah kah...

Taraaa... Ini lah hasilnya setelah siap. 
Hoishhh... Murah je ni beli sticker kincir air kat Robinna Home Deco RM5 jak. 
Wallpaper munge tu pulak RM5.90 beli kat Mr.Diy. 
Satu gulung dapat banyak oii Cik Kiah.. Cik Senah.. Aku siap tampal kat toilet lagi haaa kooo...
Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 27, 2014

Err.. Bagus Ke Shaklee Ni..

Bismillahhirahmannirahhim...

Selamat tengah hari blog. Hah dah kenapa aku ni tibe-tibe nak tulis pasal suplimen ni, macam lah ko terel sangat, hek hek.. Bukan, bukan macam tu. Dalam beberapa hari ni aku sibuk dok tanya En. Google perihal suplimen Shaklee. Kenapa beliau, kenapa bukan dia dan dia. Ahaa.. Ini kerana selepas pencarian selama beberapa hari, melalui sumber-sumber yang ada, membaca review/testimoni dan sebagainya, hati ini bagai ditarik-tarik untuk mencuba. Padahal dulu bak kata adik aku.. "bukan awak menyampah ke dengan Shaklee... kata tak suka.." dia menjawab spontan selepas  aku menyuarakan hasrat untuk mencuba produk ni, hoho.. Aku kata, dulu memang lah macam meluat giler , ye lah asal buka muka buku, bukan setakat hari-hari malah hampir setiap jam update tentang iklan Shaklee ni, hoiiii.. rimas hoii... *maaf yer kepada penjual/pengguna tegar.. hihi, itu dulu ok, diulang dulu.. haaaa

Maka, setelah aku amati & berkira-kira sendiri tanpa disuruh, hmmm.. Why not kan.. Memang harga dia rasa agak melampau mahalnya banding brand lain, tapi.. tapi.. tapi.. dia harga mahal tapinya boleh makan lama sampai lebih 3 bulan, hoiii jimat hoii.. Itu yang membuatkan aku rasa tergerak hati, sebabnya aku tak suka beli sebulan abis bulan depan beli lagi.. Ditambah lagi bila tengok sesapa yang dah makan dia punya review amboiii... aku rasa macam hari tu jugak nak transfer bayar, hari tu jugak orang tu bagi & hari tu jugak aku nak telan, haha.. Bila aku rasa dah yakin, baru aku msg kawan aku yang memang penjual & pengguna tegar Shaklee ni. Padahal awal2 dulu, aku memang ada tanya dia tentang set kesuburan & cerita pengalaman dia sendiri. Tapi bila dengar harga set tu.. sesak nafas aku siot.. memang takde bajek langsung la.. Lagi pulak masa tu nak wat pasport & nak sediakan ringgit untuk bercuti ke Bandung lagi, memang tak arrr nak beli set tu kan.. Mau makan pasir cicah kicap aku laki bini sudahnya, hew hew hew

So, apa yang aku berkenan sangat nak amek ni.. Aku nak amek ESP, sebab aku cepat letih.. bila baca semua kata bagus untuk kulit jugak, dalam hati tertanya jugak, ye ke? Tapi takpelah kalau aku makan tak jadi apa-apa perubahan kat kulit asal boleh bagi aku tenaga pun dah takper. 

SUMBER : Shaklee.com.my

Yang kedua pulak aku nak ialah.. Vit.C dia..
SUMBER : Shaklee.com.my

Yang ketiga pulak.. Vit.E dia.. 
SUMBER: Shaklee.com.my

Wahh.. macam banyak je wit ko ekk nak beli semua ni, hihi.. Bukan beli sekaligus dow, beli ESP dulu, aku bukan orang kaya, kalau aku kaya semua bil-bil jiran tetangga aku bayor.. haha.. *krik krik
Aku nak tambah beli lagi dua jenis sebab aku rasa aku memerlukannya. Maklomlah dah cecah 30series ni kena lah jaga walau aku rasa memang sudah terlambat, orang lain muda-muda dah ambil dari awal.. hehe.. 

Ok rasanya cukup lah, tayang gambar je la dulu, sebab takde dalam genggaman lagi botol-botol ni semua. Dah ada nanti, dah makan segala baru aku share apa yang aku rasa pulak. Ni asyik tengok testimoni orang lain je kan, macam jeles lak rasa.. keke.. sebab masalah dorang dah selesai sejak amalkan suplimen ni. 
Tarik nafas yang panjang.. Ok lepaskan. Fuhhhh.. Takpe yatie, jangan berkira sangat dengan produk untuk kesihatan, nanti kalau sakit sapa yang susah.. Anda dan mereka-mereka di samping ada jua.. Hihihi

Tuesday, May 20, 2014

Macam-Macam Cerita...

Bismillahhirahmannirahhim...

Selamat petang blog. Aiyoo... Apa cerita sudah lama tada singgah sini. Ini tuan blog banyak pemalas betol lah, kasik hamtam sama dia baru tau.. Erkkk! Krik krik..

Ya allah hai... Betul la, lamanya tak update apa-apa kat sini. Padahal kalau ikutkan turutan banyak kisah nak dicoretkan, kisah sedeh pilu, kisah gembira bagai pun ada. Kisah pelik jer takde.. muahaha. Nak cerita mana dulu aku pun tak tau. Tu lah suka sangat simpan cerita, sudahnya dah diperam masak ranum bagai ko pun dah lupa itu cerita, what the hak tuihhhh betullah.. Hahaha..

Bobo Dalam Kenangan 
Pertama sekali nak kongsi ialah masih ingat akan kucing aku si Bobo, dia dah takder lagi. Bulan lepas dia pergi. Tesentap sungguh rasa hati ini, sedih ya amat sangat, bayangkan dia pergi saat kami semua tiada di rumah.. huhu.. sedeh giler. Masa adik bagitau Bobo dah takde, aku menangis macam apa jer, dah la tengah keje masa tu. Dia mula asal kene batu karang hantar pergi Vet untuk rawat. Dua kali dia kene tahan wad, yang kedua itu lah dia terkene virus Parvo yang sangat jahat nak mampppss.. huhu. Petang masa kami dah balik kerja, baru tanam dia. Tu pun tunggu hujan berhenti, tengok alam semesta turut bersedeh atas kehilangan Bobo di dunia ini, jadi bila lepas hujan, senang sikit nak gali tanah. Tanam depan rumah je. Nanti di lain entri, aku akan cerita macam mana tanda-tanda virus Parvo ni, sebab lepas Bobo kene, kucing adik aku si Muezza pula pergi.. Huhu.. #RIP 4 them

Bobo
April 2013 - 12 April 2014
~We miss u sayang, hope kamu sedang berlari-lari gembira di syurga ~

Langkawi 2nd Trip 
Oye, masa 9.05.14-11.05.14 hari tu kami pergi langkawi. Pergi dengan kaum kerabat sebelah mak. 
Best jugak sebab dapat beli mangkuk-mangkuk kat Idaman Suri.. keke.. 
Dari kiri ialah aku la.. hehe.. Makngah, Maklong, Paklong, Mak & Abah, depan sepupu.. Adik Aina. Kakaknya yang tukang amek gamba ni tak suka bergambo-gambo ni, huhu.. sabo ajolah. Adik & asben aku tak dapat pergi, coz tak dapat cuti. Mak kata lainkali pergi lagi, boleh la.. cakap je bila, boleh orang angkut lagi mangkuk-mangkuk kat Idaman Suri tu.. Hehe. Kami pergi dua kereta. yer naik kereta bukan flight, besela kalo flight tak dapat nak beli banyak barang.

Bandung
Pada 30 Jan dulu, aku & asben serta kawan sekerjanya pergi melancong ke Bandung. Ya Allah bestnya lah. Terima kaseh tak terhingga kepada boss asben sebab dia yang suppport tiket hotel segala masa ke sana. Hadiah bekerja la kot. hehe.. 
Ni masa mula-mula sampai di airport Bandung. Pestime owh jejakkan kaki ke sini. rasa seronok ya amat. Dah la barang murah-murah. Macam cepat je abis duit koo.. Haha. Cerita selanjutnya akan aku cerita di lain entri sebab ada banyak gambar nak kongsi. Ko bajek macam ada je orang nak bace blog ko kan.. Perasan sungguh, haha.. Ala takpe la, nanti aku ada anak, ada lah jugak harta nak di tinggalkan walau pun bukan intan emas permata tetapi dalam blog ni dia boleh tengok kembali catitan mak dia... hoho.

Ok la der.. Nak chow dulu, nanti lah akan di update kendian cerita yang selanjutnya. Bye2 blog.


Wednesday, February 19, 2014

Cara Simpan Plastik..

Bismillahhirahmannirahhim...

Perghh.. Giler lama tak mengetuk di sini. Orang lain sibuk-sibuk update last day tahun 2013.. & awal tahun 2014. Aku wat dunno jer.. Hihi... Ok, malas nak membebel. Hari ni aku nak share cara aku simpan plastik-plastik barang/sampah. Penting ke? Ermm.. Pada aku agak penting jugak la, sebab aku naik rimas kalau tengok plastik dok peronyok-pronyok. (ada ke bahasa ni dalam kamus dewan.. ngee ) a.k.a main sumbat-sumbat dalam beg ke apa ke. Memang tak sedap mata memandang.

Aku guna beg Cosway atau lebih dikenali 'Multi-Purpose Holder', kalau siapa member Cosway mesti tau punya. Harga 1RP (point) + RM6.90. Tapi kalau nak free boleh bayar guna kupon, 6 kupon memang free.
ada dua warna setakat ini lah, grey & merah. Dulu-dulu kemain susah nak dapat sebab selalu takde stok.
Memang senang, pas masukkan plastik, gantung je mana-mana tempat kesukaan anda.

Atau bagi yang kreatif nak nampak lebih cantik boleh guna kotak kasut yang di buat lubang, balut dengan pembalut hadiah, buat kan pembahagi kat dalam dia supaya boleh asingkan plastik kecik, besar atau bagi yang pandai menjahit buat macam sarung bantal pelok tu, hias la dengan renda bagai. Aku pernah tengok orang buat macam tu, lagi-lagi bagi penggemar english deco kan, mesti la guna kain munge2, epal ke cupcake ke kotak2 ke.. wah so nice. Aku ni tak pandai menjahit mesin, jadi guna aje lah apa yang ada hmmm...

Owhh, tengok.. Semak kan pemandangan plastik2 ni.. Huhu.. 
Tapi bila dah dilipat elok2 nampak kemas sikit.


Baiklah, begini cara aku lipat plastik. Mungkin kat luar sana dah ramai yang tahu. Takpe, aku share jer.
 Bentang elok2 plastik tu, lipat dua dan tiga bahagian. ( ada kaki Rambo interprem sama.. ) hehe

 Kemudian lipat 3 segi, lipat je bersegi sampai kat atas dia selitkan dalam plastik yang di lipat tu, siap.

Kesudahannya masuk lah ke tempat yang disediakan. Macam aku guna holder ni, ada zip kat tengah dia. Cara aku, bawah sekali letak plastik sampah hitam, tengah aku letak plastik besar (coz jarang guna ) yang part atas sekali aku letak plastik kecik sebab selalu guna untuk bungkus tupperware bekal asben. Part plastik sampah tu letak bawah senang nak amek, bukak zip sikit amek je.. Hihi..
Okey, sekian...

Monday, November 25, 2013

Sabun Timun Hemani

Bismillahhirahmannirahhim...

Alhamdulillah... Akhirnya setelah berbagai dugaan, berjaya juga aku mendapatkan sabun timun ni. Teruja siot nak cuba pakai sampai tak dan2 nak balik umah. Tapi masa tu time kerja, sabar.. sabar...

Aterrr.. Balik jer kerja, letak beg terus potong sabun ni nak guna sikit dulu, takot tak serasi. Sambil nak cuci muka bau dulu sabun ni, perghhhh wanginya. Pastu terus cuci muka.. Hmmm.. Beshnyer... beshnyer... hihi...

Hari ni dah masuk 6 hari la guna. Yang penting ia tak mengeringkan kulit muka daku yang agak sensitif ni. Masa pertama kali guna dah rasa best dah. Bila dah berhari-hari ni baru perasan liang roma kat pipi ni dah kecik sket, kalo tak terbuka besar jer, gewaaam tol.. huhu. Sebelum ni memang ada guna sabun beras thailand tu, sebab mak.. maklong pakai elok muka diaorang maybe serasi la tu. Aku pakai tak plak jadi macam diaorang. Dia jadi cemana tah nak cakap macam tak ok la gitue, macam kering jer.

Rasa-rasanya sabun timun ni la kot yang sesuai dengan kulit ni haa.. Tapi nak komen lebih pun macam tak boleh jugak, sebab baru sangat lagi gunanya.. Hehe... Nak tunggu dalam sebulan dua dulu tengok caner kan. Takot memula jer ok.. Kang tumbuh ruam. Harap-harap tak arrrr... Tak reti dah nak cari cleanser yang serasi dengan kulit muka ni. Ok, tu jer lah blog... Bye.. hihi

** Lupa lak nak amek gamba sebelum pakai sabun timun ni, kalo tak.. boleh wat perbandingan.. ececehhhh

UPDATE : Oh yeahhh, aku dah tak pakai sabun ni lagi.. hehe

Friday, November 15, 2013

Dugaan Nak Dapatkan Seketul Sabun Timun-Hemani

Bismillahhirahmannirahhim...

*picture taken from google*

Salam blog. Malam ini nak cerita tentang sabun. Sabun? Dah kenapa ko nak cakap pasal sabun... Haha.. Ni la nak cerita. Aku ada terbaca tentang kebaikan guna sabun timun jenama Hemani dari Turki. Nak tau, silalah tanya pakcik google sendiri.. Hihihihi

Dah lama dah aku dok usha-usha nak beli ke tak, perlu ke tak, nak cuba ke tak. Setelah direnung-renungkan akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba sabun itu. So, setelah berjaya mendapatkan no.tepon, aku terpaksa bersabar tunggu sehingga hari siang, untuk anta msg kat tuan empunya kedai. 

So, selepas aku bermsg-msg an tanya harga+kos, jumlah adalah RM17. Diulangi RM17 sahaja. Memang la kalo pergi kedai dia lagi murah, seketul sabun tu RM8.90 je. Tapi masa bilanya pulak aku nak ke Klang semata-mata nak beli sabun tu je. Baiklah aku order sahaja lagi senang.Dia bagi akaun CIMB, aku suh dia bagi akaun Maybank sebab aku ada Maybank2u.. Senang boleh baya di hujung jari sahaja. Maka dengan rasa suka hati yang amat sangat, aku pun SMS dia kata.. "bila saya dah tnsfer.. saya akan msg yer.." cewahhh.. Punyala rasa berkobar-kobar ni rasa tak sabar dah nak cuba sabun tu.

Tengah suka-suka suh adik tolong transfer baru teringat dalam Maybank ada RM3 sahaja. Sebab sebelum tu dah suruh adik transfer semua duit aku ke akaun dia sebab aku ada masalah nak keluarkan duit guna kad atm. Ok, selepas ini.. Maka bermulah lah episod dugaan demi dugaan yang datang bertimpa-timpa tanpa di sangka. 

DUGAAN PERTAMA : Aku suh adik aku bank in kan ke akaun aku RM20 bila dia balik kerja nanti. Dah petang dia bagitau tak dapat nak pergi bank. Sebab ujan lebat giler, abis dia basah lencun. Ok, takpe.. Aku boleh trima lagi.

DUGAAN KEDUA : Aku mintak tolong asben lak. Lepas dia balik kerja malam, dia pergi bank. Tak lama pastu dia kol bagitau mesin rosak. Aku dah.. Adehhhhh.. Ok2 takperlah nanti esok mintak tolong ngan kawan si Mr.Z.

DUGAAN KETIGA : Terus rasa nak kol abah, mintak tolong dia bank in kan ke akaun aku. Sekalik baru teringat abah takde. Mak dengan abah balik kampung kat Ulu Cheka. Hurmmmmmmm.... Ok, fine!

DUGAAN KEEMPAT : Pagi tadi tiba-tiba teringat biras aku aku ada CIMB. So terus SMS dia mintak tolong perkara yang sama. Dia kata nanti pukul 2pm dia memang ada nak pergi bank. Tunggu punya tunggu dia bagitau masa di bank dia terlupa nak bank in. Aku dah.. Aiyakkkkkkk....!!! Tapi dia kata nanti pukul 5pm dia pergi lagi. Aku pun say sorry to her la sebab macam dah menyusahkan dia pulak kan. Huhu... Beberapa jam selepas itu, dia bagitau mesin out of service... Aku pun.. Aduhaiiiiiiii... Ok, takperlah boleh tahan lagi sebab ada seorang lagi penyelamat.

DUGAAN KELIMA : Aku SMS kawan aku si Mr.Z. Bagitau perkara yang sama jugak. Dukacitanya dia memaklumkan bahawa Maybank dia pun kurang RM macam aku jugak...Aku dah huhuhuhuhuhu.. Sob sob sob.. Kenapalah & mengapalah susahnya nak dapatkan seketul sabun.. Huhu

DUGAAN KEENAM : Petangnya dalam pukul 6 kot, terus kol asben, suh dia pergi bank lagi. Dia kata dia dah nak sampai rumah, takkan nak patah balik semula ke Kota Kemuning. Sebab dia ingatkan aku dah dapat setel kan dengan Mr.Z. Akhirnya.. terus "hancor hatiku mengenang dikau.. menjadi keping-keping...." Arghhhhh.. dugaan.. Dugaan..

Aku bukan apa, sebab tak nak kakak tu ingat aku main-main & cakap tak serupa bikin. Padahal dia tak tahu masalah yang aku tengah hadap sekarang.. Hahahaha... Kalo aku tau, tak payah aku transfer seme duit aku, tinggalkan sikit senang nak beli apa. Tu la pandai sangat kan.. Tu makan dia. Hoho

Moral : Lenkali transferlah semua lagi yer.. Jangan tinggal balance pun. Huhuhuhu
Uwan aku selalu pesan.. Jangan suka sangat nanti dapat duka.. Ahahhhhhhh... Tepat kene ke muka ku.. Adehhhh adehhh

Sekian.

Thursday, November 14, 2013

Buasir & Klorofil Cosway /Liquid Chlorophyll

Bismillahhirahmannirahhim...

Wah.. Tengok tajuk macam nak promot barang Cosway je kan. Tau la ko kerja Cosway.. Har har har..
Tapi tujuan aku kongsikan kebaikan dia ni bukan apa, sebab aku dah try minum & terbukti memang elok, testimoni sendiri ni haaa tau. Sesiapa saja diantara kita mesti tau itu sakit buasir kan. Kalo tak tau silalah tanya pakcik google... Ngeee. 

Ok, nak dijadikan cerita aku kena lagi penyakit itu sebabnya aku beriya mengangkat air berbaldi-baldi wat mesin kain, air tangki tak berapa nak besar masa tu pehal tah. Maka aku guna air sinki punggah dalam baldi. Berat kan. Sebelum ni memang pernah kena, tapi makan ubat farmasi je, dekat seminggu baru kurang sakit, tapi part sakit tak boleh tahan tu.. Huhuhu... Pernah jugak minum air siput gondang, lama tak kena lepas minum air siput tu, dah lepas bertahun.. kena lagi. 

Dipendekkan cerita, masa aku kena tu, aku kerja jugak hari tu, tapi bos perasan macam aku tak sehat. Lepas cakap dengan dia, dia syor minum klorofil, bancuh pekat sikit dari biasa. Lepas tanya pendapat asben, dia galakkan untuk aku cuba. Sebab aku dah makan ubat farmasi dua hari, tapi sakitnya.. bengkaknya tak kurang.

Balik rumah lepas mandi segala terus aku minum dengan pekatnya. Rasa dia kalo minum pekat? Macam bayam yang diblender. Tahan je la nak sembuh kan. Malamnya sebelum tidur minum lagi. Esoknya bos bagi aku cuti, dia yang wasap aku dulu tanya "u nak cuti tak," "u macam mana ok ke tak.." Ngee.. Baik betul bos ni.. Hehe.. Pastu, tau tak.. tak sangka & macam tak percaya betul, esoknya sakit ada berkurangan. Aku minum lagi sampai 3x sehari masa aku cuti tu. Dan akhirnya selepas 4 hari minum... tak de sakit langsung dan bengkak memang makin surut. Yang penting sakit tu cepat hilang, tak tahan siot.. huhu.. Asben aku pun macam tak percaya, sebab masa tempoh sakit tu aku punya muka memang tak boleh blah wakaka...

Cara aku minum & simpan klorofil tu mudah jer.. Simpan dalam peti, nak bancuh pun guna air sejuk/peti. Masa tempoh aku sakit tu, aku guna 3 sudu besar + setengah gelas air sejuk. Minum pagi sebelum bekpes, petang & malam sebelum tidur.

Kalo takde sakit kronik keke.. Boleh minum 1-2sudu besar dan 1 gelas air sejuk. Macam ada sekali tu anak kecik bos aku demam, dia minum 1 botol punya botol air yang pergi sekolah tu. Kiranya tak kesah minum banyak pun sebab dia dari tumbuh-tumbuhan. Masa bos aku sakit tekak pun dia minum klorofil tapi secara pekat mcm aku punya cara.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dia antaranya :
1. Dapat hilangkan bau nafas & badan
2. Menyahtoksin badan dengan lembut & berkesan
3. Dapat menambah bilangan sel-sel darah merah
4. Mengurangkan risiko penyakit batu karang
5. Membersihkan kulit & jerawat
6. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
dan macam-macam lagi..

Inilah rupanya.. Bila minum secara biasa tak rasa apa pun. Cuma bila minum pekat tu baru rasa macam bayam yang diblender... hihi
Sekian.




Sunday, September 29, 2013

Feel So Good...



Bismillahhirahmannirahhim...

Assalam blog. Aduhai lama giler tak menulis. Apa cerita, tengok sampai sekarang pun masih tak upload gambar raya part 2, haiiii mehhhh...! Oyer. Perkembangan paling terbaru ialah.. Oh tidak.. tidak.. bukan aku berbadan dua, belum ada rezeki. Tapi insyaallah hari itu akan muncul. Hanya mampu bersabar. 

Ok, sambung semula. Aku sekarang sudah bekerja. Giler lah dah berapa tahun aku tak bekerja, mula agak kekok jugak.. keke. Tapi lama-lama dah okey. Kalau ada salah silap tu biasalah mesti ada punya, hampir setiap hari, lagi pulak mata aku ni jenis rabun, lagi lah hahaha.. Tapi bos aku memang baik giler. Kerja apakah itu? Alahai kerja biasa-biasa saja. Bukan Pegawai/Pengurus hatta Peguam sekalipun. Kerja kat stokis Cosway ajer secara part-time masuk pukul 9am-6pm. Kat kawasan rumah jugak, senang dekat asben/adik nak hantar & jemput balik. Jadilah, lepas habis kerja letak beg menyingsing lengan masuk dapur memasak pulak. 

Secara jujur aku boleh katakan hati aku berkenan bekerja di situ, mungkin sebab aku memang ada guna barang-barang Cosway, bos pulak rajin mengajar itu ini, tak kedekut ilmu, aku pulak pantang ada perkara baru mula lah amek buku nota khas dan menyalin segala apa yang di ajar (dah macam budak sekolah lak rasa) bukan apa takut tak ingat, nampak macam senang boleh rilek tapi banyak perkara nak kena ambil tahu. 

Hari paling sibuk ialah masa stok sampai setiap hari Rabu & Jumaat. Naknya pulak orang dah dapat gaji, maka berpusu-pusulah mereka membeli-belah kat situ. Tapi walaupun penat, aku tak pulak rasa menyampah atau apa, mungkin sebab itu lah tadi 'hati' aku dah suka tu lah agaknya. Kalau kerja yang aku kurang gemar tu hari pertama jer rasa dah tak boleh terima, memang ia tak sesuai dengan aku, contohnya macam aku pernah kerja kat kedai cermin mata. Giler menyampah. Bukan kat bos, tapi kat salah seorang partner kepada bos lah. Kekwat sungguh, tak boleh rilek langsung, asyik suruh buat kerja jer, ingat aku robot ke apa. Dua minggu aku kerja terus berhenti. Tak tahan lah, bos dah ok, orang kanan lak yang mengada-ngada... Hoho... 

Ok lah, selamat malam blog.. Jumpa lagi di lain cerita. 

Friday, August 16, 2013

Cerita Raya Haku....

Bismillahhirahmannirahhim...

Assalam blog. Kesian blog aku, orang lain semua update citer2 dibulan ramadan, citer berbuka itu berbuka ini masak itu masak ini.. Aku.. tak adoooo... Masa bulan puasa lepas ada cerita2 menarik tapi aku ni jer yang malas nak nulihnya.. Hoho... Baiklah, lupakan yang dah terlepas sekarang nak citer pasal raya tahun ini 2013. Tahun ni merupakan turn aku beraya diseblah asben, di mana... Di Pasir Mas, Kelantan. Sebab tahun lepas dah kat umah mak abah kat Raub. Giliran kami buat masa ini ialah kalo asben dapat cuti seminggu, seminggu lah di Raub/Kelantan. Sesetengah orang kebanyakannya akan beraya dua tempat kan contoh.. Beraya umah mak sendiri, pastu raya kedua/ketiga balik ke umah mertua. Tapi kami tidak. Sebabnya, kami jarang balik ke Kelantan, sebab asben payah dapat cuti, kalo cuti lama pun macam raya puasa, raya cina. Cuti lain kalo bertembung dengan cuti2 am yang lain baru dapat balik. 

Tapi tahun pertama kawin beraya seblah asben, aku ok lagi mungkin sebab keluarga aku masa tu tak wat persiapan raya yang happening. Tapi tahun ni, mereka (mak2 pak2 sedara sepupu2) pakat bakar lemang & kacau dodol depan umah mak, aku terasa sangat.. arghhhhhh ruginya, dan dan aku berkata kenapa mesti nak buat tu semua tahun ni kenapa tak buat tahun depan. Sebab ada pak sedara aku tak dapat cuti tahun depan. Phewwwww.. Sangat2 rugi sebab aku tak dapat turut serta dalam acara tersebut.. Huhu..

Kami gerak balik Kelantan rabu pagi (raya kamis). So, bangun pagi tu dorang seme dah datang kat umah mak dah sedia2 nak bakar lemang, sedangkan aku pulak perlu bersiap-siap untuk gerak balik ke kampung asben. Perasaan toksah cakap arr.. Memang tak dapat nak diungkap dengan kata2. Sempat la aku snap beberapa keping gambar sebelum aku berangkat. Aku malas nak cakap lama2 dengan mereka, tengok pun gitu2 jer, pas salam2 ngan semua orang, kami pun gerak. Dalam kereta, airmata dah menitis tapi nasib asben tak nampak, haaa... Yer aku memang cengeng pun, baru tau ke.. Kekeke..

Sampai umah mertua, adik-beradik yang lain dah ada, lepas berbuka, dah malam2 sket dorang nak bakar sate lak. Aku tengok2 macam tu jer, sambil amek  gambar, lain macam rasanya tahun ni tak seperti tahun pertama beraya di sini, sebab aku asik teringat suasana pagi tadi masa kat umah mak. Malamnya aku sempat kol adik, dengar bunyi riuh kemain, wow... Aku jadi sedih, tapi seperti biasa heroin mesti kena tabah hati walau tak setabah mana hehe... Lepas borak2 dengan mertua, aku masuk bilik, hati masih gundah gulana. Sedih tok sah cakap r, rasa menyesal lak tepon adik. Kalo tak kerana aku nampak suasana pagi tu & dengar bunyi riuh rendah kat umah atok.. Aku ok jer sebenarnya. Walaupun aku tau kat blakang pembakaran sate masih dilakukan, tapi aku tetap jugak rasa sedih. Pasrah jer la, tengah melayan hati dan perasaan akhirnya aku tertido. 

Adik2 ipar sempat wat kek tak silap.. Dorang mmg style macam tu malam raya suka nak membakar itu ini, mereka rajin biarkan. Tapi bagi aku, suasana malam raya yang aku nak ialah lepas siap merendang, wat kuah nasi himpit, selalunya awal dah siap dah masak2 tu semua, seterusnya adalah melepak bersama kaum kerabat. Borak2 sampai lebam. Aku jenis bekas kuih raya, gelas, pinggan mangkuk nak guna time raya.. semua aku dah cuci awal2 biasanya 2,3 hari sebelum raya aku dah siapkan. Sebab aku tak suka wat keje lambat2. Sebab aku pentingkan melepak bersama keluarga kat umah atok sebabnya masa tu lah baru dapat jumpa mereka2 yang jarang balik, macam2 citer borak. Ada port masing2.. Kanak2 lain, dewasa lain.. Sambey borak, yang sepupu2 lelaki bakar mercun, sepupu2 kecik men bunga api, aku dah sah2 la join sekali.. Hahaha

Tapi ye lah.. Lain orang lain caranya. Lain tempat lain sambutannya. Betol dak.. Yang penting kita enjoyyyyy... Satu yang aku suka masa kat umah mertua, dia punya ketupat daun palas yang pergghhhhhhh sedap giler & tapai yang dia buat. Mak abah aku pun suka tapai tu, kalo balik awal sikit memang aku pun tolong sama part nak siapkan ketupat palas & tapai, tapi kami sampai lewat jadi semua tu dah tersedia... Hehe.. Terima kasih ma.. abah.. orang memang suka dua menu tu. Cuma tak dapat nak ngap tapai sebab tengah berpantang, tersangat rugi owhhhhhh...

Ok dah memceceh.. Layan gambar yang tak seberapa ni... 

Ni kat umah mak, sempat lagi main bunga api di samping Bobo & Rambo tersayang. Sehari sebelum balik Kelantan...
 Kat umah mak jugak.. Pagi Rabu...

 Sepupu2 den ramai lelaki.. Eden sangat rapat dengan mereka semua.. Yang lain2 masa aku dah nak gerak dorang pun sampai nek motor...

 Pondok didirikan oleh abah... Paklong & sepupu Haikal

 Suasana di dapo omak den... Makngah & makde perak sibuk nau nampak ehhh...

 Ok ni lak suasana di Pasir Mas...

 Majlis pembuatan sate bermula...

 Tangan2 siapakah ini.. Har har har... Gasak

Abang ipar serta anak saudara Cameron... 

 Dah nama pun hari raya.. Maka pergilah beraya ke rumah sanak saudara....

Baby Aiffa anak saudara Cameron jugak.. & Mak mertua di belakang nya

 Raya kedua beraya lagi ke umah mak saudara...

 Ni umah jiran seblah... ## kabor lak gambau

Adik ipar.. Mereka dah nak balik dah ke Cameron... Huhu.. Comey giler dakni, gewammmmm

Ok tu jer gamba setakat ni. Ko tau tak. Plan dengan asben nak bergambo keluarga dipagi hari raya tapi pelamin anganku musnah.. keke.. Sebab sibuk beraya, tak ingat sudah. Baju uniform pun dah bertukar, kebetulan raya pertama ramai lak datang beraya ke umah mertua, so takde terus gambar keluarga... Haishhhhh ruginya, ke tidak dah boleh wat untuk kad raya tahun depan.. Huhu... Ok dah, adiossss!

## Nota Kecik : Gambar kurang memuaskan, ai yem sori.... huhu

Friday, June 21, 2013

EDISI SIASAT 2 : Bedak Talkum Bahaya? Kisahnya....

Bismillahhirahmannirahhim...
Salam blog. Malam ini aku nak kongsi maklumat tentang bedak. Walaupun ada di antara kita yang dah tahu tentang  hal ini, tapi sebenarnya ada jugak yang tak tahu contohnya seperti aku, baru jer tahu. (Banyaknya 'tahu') hehe.. Tapi mujurlah masih belum terlambat, lebih-lebih lagi kami belum di kurniakan zuriat lagi jadi aku rasa maklumat ini sangat berguna untuk orang yang selalu last minute dapat berita ala-ala ketinggalan keretapi. Sadis. 

Ok, dulu kala sampai la sebelum aku dapat tahu tentang hal ini aku memang suka tengok baby/budak lepas mandi muka & badan diliputi dengan bedak. Selain wangi bau bedak baby nampak bersih pun ya jugak. Tapi rupa-rupanya sangat bahaya kepada mereka. Huhu...

Bedak Talkum Undang Maut ?
PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.
Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.
Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.
"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.
"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

SUMBER : Utusan.Com

Lagi Maklumat Tentang Talkum, Bedak Talkum

Apa itu talkum?

Talc’ adalah nama umum sebatian magnesium silikat terhidrat. Talcdigunakan dalam makanan, dadah, kosmetik dan aplikasi industri. Artikel ini memfokus kepada talc yang digunakan untuk tujuan kosmetik dan penjagaan diri. Ini adalaj kerana penggunaan bedak talc atau talkum dikaitkan dengan barah ovari.

Mengapa talkum digunakan dalam barangan kosmetik dan penjagaan diri?

Talkum mempunyai pelbagai kegunaan dalam kosmetik dan penjagaan diri. Di antara kegunaan talkum adalah sebagai penyerap, agen anti-keras dan untuk memperbaiki sentuhan sesuatu produk. Ia juga digunakan sebagai bahan tambah untuk pewarna dan sebagai bahan lengai.

Badan Pentadbiran Dadah dan Makanan Amerika Syarikat (Food and Drug Adminsitration) atau FDA, telah meluluskan penggunaan talkum dalam produk dadah topical.


Adakah talkum selamat digunakan dalam produk kosmetik dan penjagaan diri?

FDA telah menetapkan talkum  dalam kategori GRAS (generally recognized as safe) atau pada amnya ditentukan selamat. Ia juga dibenarkan sebagai agen anti-keras untuk serbuk vanilla.

Adakah talkum mengandungi gentian asbestos?

Gred talkum kosmetik tidak harus mengandungi asbestos. Kehadiran asbestos boleh ditentukan dengan pembelauan sinar-X (X-ray diffraction) dan dengan menggunakan mikroskop elektron dan optik.


Adakah talkum mengganggu sistem respirasi manusia jika dihidu?

Sebagai langkah mencegah penghiduan talkum oleh pengguna semasa menggunakan bedak talkum, saiz partikel talkum sepatutnya ditetapkan kepada saiz yang tidak boleh dihidu iaitu lebih daripada 5micrometer.

Keselamatan penghiduan talkum telah dikaji oleh Program Toksikologi Nasional di Amerika Syarikat atau National Toxicology Programme (NTP).

Ujian ke atas haiwan dengan memberikan dos besar untuk dihidu selama 2 tahun menunjukkan beberapa perkembangan berbahaya kepada kesihatan. Walaubagaimanapun, hasil kajian tersebut di atas dipertikaikan atas dasar dos yang diberikan melebihi dos ketahanan fungsian maksimum atau ‘maximum functionally tolerated dose’.
Lebih-lebih lagi kajian tersebut menggunakan dos yang sangat tinggi sehingga paru-paru haiwan tersebut dibebani dengan talkum. Ini menimbulkan persoalan samada ketumbuhan yang diperhatikan dalam sesetengah paru-paru disebabkan oleh bebanan partikel atau secara langsung oleh talkum.

Apakah kemungkinan penggunaan talkum dikatikan dengan barah ovari?

Hasil beberapa kajian telah menimbulkan kebimbangan bahawa bedak talkum yang disapu pada kawasan genital, tuala wanita, kondom dan sebagainya boleh berhijrah melalui vagina, uterus dan saluran fallopian ke lapisan yang melindungi ovari dalam badan. Partikel talkum dikhuatiri boleh menyebakan barah ovari. Susulan hasil kajian tersebut banyak lagi kajian epidemiologi dijalankan untuk mengesahkan kesan penggunaan talkum dan barah ovari. Hasil kajian-kajian adalah berbeza. Sesetengah kajian menunjukkan risiko yang meningkat sedikit manakala yang lain tidak menunjukkan apa-apa kaitan.

Talkum secara semulajadi wujud dengan gentian asbestos. Maka talkum dikaitkan dengan kehadiran asbestos yang merupakan sebuah karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan barah). Talkum yang mengandungi sisa asbestos mungkin mewujudkan bahaya barah jika digunakan pada manusia ataupun diuji pada haiwan.

Agensi Penyelidikan Barah Antarabangsa atau IARC (International Agency for Research on Cancer) telah mengkelaskan talkum sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B. Ini bermakna ia mungkin memberikan kesan karsinogen kepada manusia. Sebatian dalam kumpulan 2B bermakna ada bukti yang menunjukkan sebatian tersebut boleh menyebabkan barah pada manusia, tetapi bukti tersebut pada masa sekarang tidak kukuh.
Adakah talkum menyebabkan barah paru-paru pada manusia?

Tiada laporan yang menunjukkan peningkatan risiko barah akibat penghiduan bedak talkum kosmetik. Kajian ke atas pelombong talkum memberikan gambaran terdapat peningkatan dalam risiko barah paru-paru dan lain-lain penyakit paru-paru. Ini mungkin juga disebabkan oleh kandungan bahan galian lain termasuk juga sebatian asbestos dan silika semasa aktiviti melombong.

Talkum yang dijual sebagai bedak kosmetik kepada pengguna sepatutnya tulen dan tidak mengandungi sisa asbestos, silika dan lain-lain galian.


Nasihat kepada pengguna yang risau tentang talkum dan risiko barah

Kajian ke atas bedak talkum menunjukkan keputusan yang tidak konsisten, walaupun terdapat risiko barah ovari. Sehingga kini tiada barah jenis lain yang dilaporkan berkaitan dengan penggunaan bedak talkum.

Pengguna yang risau tentang risiko barah akibat penggunaan bedak talkum boleh mempertimbangkan alternatif lain seperti serbuk kanji jagung (cornstarch powder) yang tidak mengandungi talkum. Tiada bukti sehingga sekarang (tahun 2009) yang menunjukkan kanji jagung boleh menyebabkan sebarang bentuk barah

SUMBER : standardsusers.org



Thursday, June 20, 2013

Berkelah Kat Lata Lembik, Raub Pahang

Bismillahhirahmannirahhim...
Salam blog. Ni nak citer minggu lepas bersamaan 16 Jun 2013 (Ahad) baru ni, kami pergi berkelah kata kooo... Ehehe, seronok giler tau tak. Pasal cuaca kan sekarang panas menyengat, memang sesuai sangat la pergi mandi-manda ni. Kami pilih Lata Lembik, sebab sungai ni dah lama kami tak pergi, dulu-dulu tempat ni tak secantik sekarang. Aku last pergi masa zaman sekolah rendah. Boleh bayang dak lama giler dah kan haa... Masa yang diambil dari rumah aku nak ke sana lebih kurang 45minit. Kami gerak pagi sebab kalo pergi petang, orang ramai. Pukul 5 petang baru gerak balik. Hehe.. Puas mandi air sejuk. Okey la, ni antara gambar-gambar yang sempat aku amek... 

Tu tempat parking. Mula sampai memang tak penuh lagi. Tengok, mak aku dah bawak bekal hehe.... Ada tempat beratap tu mungkin kalau ada aktiviti sekolah la nak wat motivasi ke apa ke kan.. Kot la..

Nampak tak pondok comel tu, boleh duduk & tidur situ tau. Ada letrik lagi. Kawan aku kata sewa RM50 je, kami hari tu tak la pulak menanya kat kaunter depan tu.. Tapi memang best kalau dapat bermalam, agak-agak panas jer, terus terjun sungai.. Hehe

Aku dah tak sabar nak berendam dah ni. Lepas niat beb, Shah Alam panehhhh.. Air pun macam air suam hangat, tak gigil langsung nak mandi-manda... Huhuhu

Dah nama pun berkelah, mestilah bawak bekal... Bekal nasi, kueh-mueh bagai.... 

Kemudahan seperti surau turut di sediakan... 

Begitu juga dengan tandas.. Chalet.. Sewa RM200 semalaman... 

Kat sini la tempat nak sewa apa-apa. Basikal, motobike, moto besa, pelampung, kayak, nak flying fox pun ada.. Nak main kayu yang pijak dengan kaki (apatah namanya ) ala tu yang dalam gambar tu ada... Hehe.. Pun ada jugak..

Tempat ni bersih & cantik,  dijaga kan. Nak masuk sini bayar RM3 jer untuk satu kereta. Tapi walo berbayar, puas hati sebab macam-macam aktiviti ada.

Ni pemandangan dari atas jambatan gantung. Kat sini banyak port nak mandi, tu yang beshhhh.... 

Warghhh.. Makan budak! Wohoooo... Antu lampir mana lak ni... Kekeke...  

Tengok, terowong pun ada kat sini. Sapa-sapa terasa nak masuk, boleh aaaa.... 

Pondok-pondok buluh macam ni ada disediakan kalo nak makan berkelah kat pondok, aha... Iyer, memang kena sewa.. RM10 tak silap.. Ni kawan yang cakap.

Kalo nak berkayak ni, tak ingat kena bayar berapa.. Adusss.... 

Jalan atas sikit kat tempat port kami.. Ada buai tau. Boleh aaa.. Sapa-sapa nak kawen dengan anak raja nyanyi-nyanyi naik buai macam bawang merah tu.. Hihi

Mula-mula aku gayut dulu... Pastu abah lak... Behhhhh..... 


Ni tempat flying fox turun. Naik kat tempat lain. Bayar RM10 seorang. Tu kawan aku Namierah tu. Berani betul...

Main hilir-hilir dengan pelampung behh gak annn. Sewa Rm5 jer. Main la ko dari pagi sampai malam.. Keke

Kezen aku. ( depan sekali ) & kawan-kawannya. Mereka bertiga ni dah puas dah berendam menyelam kat bahagian atas sikit sebab kat situ air dia dalam. Kami ni bawak budak, jadi pilih yang tak dalam je la. Dah nak balik, baru dorang turun lepak area sini.

Dari tengah hari beransur ke petang, kereta dah banyak dah... 

Kami pergi dua keluarga je. Ni pun ramai lagi kaum kerabat aku tak balik. Suami aku pun takde, masa ni aku balik Raub dengan adik ipar je. Kalau ramai lagi beshhhh...

Ok, babai Lata Lembik... Nanti kami datang lagi...
Sekian.