Wednesday, December 30, 2009

Detik - Detik Akhir

Bismillahhirahmannirahhim...


Salam malam jumaat a.k.a mlm tahun baru, waahh... Tengok pada tajuk entri cam siyes jer, cam tragik jer kan, hua hua hua.... Takder apa2, malam ni bertemankan kipas orijenal ni, orang nak menghabiskan citer saki-baki tahun 2009. Nak abis dah kan, cepat jer masa berlalu. Tahun depan ( macam la lama betul, hehe.. Padahal esok jer tahun baru) maka bermula la kisah hidup kita yang baru.

Soklan paling glemer mesti la.. "Apa azam tahun baru ko?"
Kalo sesapa tanya orang, orang jawab.. " Tak dok..." Dah, sudah.. Hehe.. Sepanjang tahun ni, memang banyak la kisah2 yang terjadi dalam hidup neh. Tak mo la citer seme, sikret r kan!

Cuma aku paling SUKER SANGAT kan, dapat jumpa semula dengan kawan-kawan kat kolej dulu, waaaa.. Seronok sangat, tak tau r nak diskraib cemana punya hepi tuh. Bayangkan lah.. hampir 10 tahun tak jumpa, lama lost cantact akhirnya.. Di penghujung tahun 2009 ni dapat gak berhubung semula dengan dorang semua, tima kaseh banyak-banyak la kat En. Facebook, sumbangan beliau dalam talian ini amat-amat di hargai.

Bila dah berhubung, mulalah soklan terhangat di pasaran pun bermula...
Soklan pertama : " Ko kat mana sekarang.."
Soklan kedua : " Ko keje apa sekarang.."
Soklan ketiga : "Ko dah kawen ke.."

Kepada kawan-kawanku tersayang, udahku menjawab semuanya kan. Tapi, ada gak yang tak percaya yang aku masih single, masih sendiri. "Bagaimana ini" bak kata kezen kecik orang - Dekna, ater.. Dah memang betol aku single, nak wat cemana kan, takkan nak cakap dah kawen lak :p Hehe...

Memang la kat entri yang sebelum ni aku ada tulis sesuatu kan, "Adakah orang ni dah jatuh cinta?" Tapi tak bermakna semua tu betul, coz aku memang suka wat ayat yang menjadi tanda tanya/persoalan. Kalo sesapa yang rapat dengan aku time dok umah sewa dulu, macam-macam aku kenakan dorang, haha... Salah-satu citernya ;

Masa dok umah Bukit Chedang zaman dulu2, aku pena kena hambat dengan dak-dak umah cam Kak Waty, Kak Nora, Ana.. Hehe, sebab aku kata akudah nak "jalan".. Kena sakit buah pinggang. Yang kelako Ana percaya, wakaka.. Seme tuh bermula masa Ana anta aku gi klinik r. Muka aku lg sembab & bengkak-bengkak. So, doktor saspek sakit buh pinggang, upanya aku elergic makan. Bila dengar doktor kata macam tuh, aku dapat satu idea nak kenakan budak-budak tu. Punya la wat muka kesian, si Ana sampai tutup-tutup pintu nak bitau kat bilik seblah , padahal aku saja jer cakap ngan dia supaya jangan bitau sesapa. Sebab aku au, dia tetap akan bitau sesapa, hehehe.. Dalam seminggu gak r, aku rahsiakan perkara tu, lama-lama aku tak leh tahan la, nak gelak ajer... Sebaik jer aku citer kisah sebenar, hah ambik kooo.... Trus kena kejar ngan dorang, dorang nak lepuk paler aku, hahahaha.. Padan muka aku.

Ada lagi senanya, tapi yang paling best yang tuh r. Satu lagi orang kenakan kawan baik orang, tapi ni bukan masa dok Semban r, ni dah dok kat Sawak. Aku kenakan si Fendi & Hazreen. Masa tuh April Fool. Aku kenakan dorang dengan cakap aku nak "jalan" jugak. Sakit otak, wakakaka... Konon ada darah beku, akibat bertahun-tahun tarik rambut. Dorang percaya lak tuh, walhal mana ader. Hehe.... Si Hazreen sampai nangis-nangis sampai tak lalu makan memandang kan kononnya dia bakal kehilangan kawan baik dalam masa terdekat buat selamanya. Si Fendi lak, aku anta SMS konon menyamar sbg abah aku la yang anta msg kat member-member suh Fendi ni bitau member yang lain konon aku dah "takder" setengah jam yang lalu, tak lama pastu dia kol, dia bagi salam jer, terus aku sergah dia cakap.. "April Fool" Fendi punya la mengucap panjang, ketar-ketar sore dia, hehe.. Sori Fendi, Sori Hazreen... Hehe.. Puas lak dengar si Hazreen & Fendi berceramah, tak pasal-pasal aku kena clorox malam tuh.
Padan muka aku kan.. Hehe... Jaat sangat.

Tu lah antara citer yang paling tak dapat dilupakan bila megenakan kawan-kawan sendiri.
Sebelum aku mengakhiri entri kali ni, aku nak minta maaf banyak-banyak kepada kengkawan yang pernah aku kenakan, hehe.. Juz for fun jer, huhuhu..
Pada kengkawan yang rajin bertanya bila aku nak kawen, insyaallah.. Kalo jodoh ada, kawen lah aku, kalo takder.. Tak kawen lah aku, itu jer la yang boleh aku bitau.
Okla, sama-sama kita berdoa semoga kehadiran tahun baru yang menjelma tidak lama lagi memberi kita seribu satu kebaikan, kenikmatan kepada kita semua. Semoga hari-hari yang bakal kita tempuh, kita seme dapat melaluinya dengan tabah walau seribu dugaan yang datang. Akhirulkalam... Selamat Tahun Baru & Salam Satu Malaysia...

Nota Sempoi : Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah (daging), apabila ia bersih, maka akan bersihlah tubuh badan semuanya dan apabila ia rosak (keji) maka akan rosaklah seluruh tubuh itu, ketahuilah itulah "Hati"

Sunday, December 13, 2009

Sedikit Tensen...

Bismillahhirahmannirahhim...


Erm.. Laptop wat hal.
So tak dapat org nak update apa2 pasni.
Memang la boleh gi CC, tapi tak mau..
Nati nak upoad gambar, mesti pdrive kena virus.
Dah serik.
Dah dua pdrive jahanam kena virus kat CC.
Sementara ada laptop adik, boleh la pinjam jap.
Update kedai, emel & bla2...
Esok nak mintak tolong member tengokkan.
Kalo tak ok gak, kena anta kedai..
Huhu..
Sedey r...