Thursday, July 30, 2009

Yeay.. Dah Sampai...

Bismillahhirahmannirahhim...


Yeay.. Sabun dah sampai. Masa pos laju datang tadi, aku takder. Gi pejabat pos. Time balik tadi, adik aku cakap, sabun dah sampai. Tengok kat intenet macam besar jer sabun dia. Upanya tecik jer.. Ngee, cam tak padan jer ngan reger dia.. Hehe.. 1 kotak = RM340.. Tapi 1 kotak ni kongsi ngan 4 orang, so jimat la sket.. Err... cam sayang lak nak pakai sabun ni, bli mahal2 kan.. Kekeke.. Oyer, nak bagitau, hati2 kalo nak korang nak beli takot terkena yang tak ORI. Lagik satu, kat blog memang ramai yang jual, then tak sama rege tau. Ada mahal ada murah.. Kitaorang beli ni ngan kawan maklong kat Raub.

Ni kat bawah ni ada testi & keterangan tentang sabun ni :-

- Ruam -


- Rambut Mulai Tumbuh -


- Bekas Jerawat -


- Jerawat Kering Pas Kena Sabun Ni -


- Parut Lama -

EUMORA Facial Bar ini bukanlah produk 'pemutih', 'toner', 'conditioner', 'scrub' atau 'ubat jerawat'. Tetapi ianya sejenis produk kecantikan yang membantu memperbaiki sel-sel kulit secara semulajadi.

Eumora Facial Bar Adalah 100% semulajadi. Ia mengandungi 100% bahan-bahan yang diimport dari Eropah. Eumora Facial Bar sesuai untuk kegunaan harian dan sesuai untuk semua jenis kulit. Eumora Facial Bar akan membersih, menyegar dan melembap kulit untuk mendapatkan kulit yang segar dan berseri. Eumora Facial Bar mengandungi 95% bahan aktif. Eumora Facial Bar bukan sahaja merawat berdasarkan sympton atau gejala seperti produk lain tetapi Eumora Facial Bar akan merawat seluruh organ kulit kerana Eumora Facial Bar adalah produk untuk kesihatan kulit.
KEBAIKAN PENGGUNAAN EUMORA
  • Mengecilkan liang-liang pori.
  • Mengawal 'blackhead' dan 'whitehead'.
  • Mengawal keseimbangan pH kulit.
  • Mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif.
  • Mengurangkan kesan parut pada kulit.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
  • Mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat.
  • Membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmark, kesan selulit dan sebagainya.
  • Kulit kelihatan satu tonalebih cerah kerana proses "exfoliation".
  • Kulit kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi dan berseri-seri.
  • Sangat sesuai dan selamaf digunakan kepada bayi dan kanak-kanak.
  • Mengurangkan noda-noda hitam dan sel-sel mati pada sekeliling leher, celah ketiak dan "bikini line".
  • Bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala.
  • Melembut dan menyihatkan rambut.
CARA PENGGUNAAN EUMORA FACIAL BAR DENGAN BETUL
Bersihkan tangan sebelum menggunakan Eumora Facial Bar. Gosokkan Eumora Facial Bar pada tapak tangan untuk menghasilkan buih yang mencukupi. Pedapkan buih pada keseluruhan bahagian muka (IANGAN GOSOK). Kemudian biarkan selama kurang daripada 3 minit (jangan melebihi 3 minit). Basuh muka dan biarkan ia kering secara sendiri (JANGAN LAP !!) sesuai digunakan 2 kali sehari (pagi dan malam).


Kalo korang nak try beli, cube sebey2 kat blog bawah ni :-
http://alincolls.blogspot.com/
http://kedaisue.blogspot.com/
http://lovelymebeautyshop.blogspot.com/









Sunday, July 12, 2009

Thursday, July 9, 2009

Layan...

Bismillahhirahmannirahhim...


Ni adalah sket2 gamba dari Pesta Kebudayan Borneo,
yang berlangsung kat Sibu dari

3 July hingga 11 July 2009...
Best la, kira macam-macam ada...

Setiap malam ada tema, time pegi ni ada Kebudayaan Cina, Melayu, Malam Nostalgia, Malam Pelancongan & lain2 lagi...



Hehe, diapit oleh Abg2 dari Kumpulan MOHRAM.
Suka sangat, coz bukan senang nak dapat peluang macam ni, kalau aku kat smjung, belum tentu ada peluang macam ni...



Selain Kebudayaan, kat Pesta Borneo ni ada macam2 gerai la.. Jual itu ini, segala makanan, barangan seme ada...
Pesta Borneo ni, hanya terdapat di SIBU sahaja yer,
kat Kuching ke, Miri ke, takdok.
Selalunya, time Pesta Borneo ni, ramai giler orang pegi luar Sarawak, obersi seme ada.
Finale Pesta Borneo hari tuh, dianggarkan 50 ribu pengunjung yang datang..



Ni adalah gambar2 masa balik Raub dulu...
Sempat gak gi funfair tikam air tin, haha.. Dak pompuan sengih2 tuh kezenku nama Dekna,
elok jer dia dok bersila atas meja tikam air tuh, hahaha...
Ok wat, modal RM3.. Dapat 18tin air...
Hehehe...



Part pegi sungai ni yang best.. Hehe...
Dak laki comel sangat tuh, anak arwak maktamku...
Besha dah dier, comel sangat..

Tuesday, July 7, 2009

Sunday, July 5, 2009

Hujan Yang Turun...

Bismillahhirahmannirahhim...





Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu bercuti ke Semenanjung, akhirnya aku kembali semula ke Borneo ini. Hujan yang turun.. Bagaikan mutiara, cewahh.. Nyanyi2 lak.. Tapi, itulah gambaran cuaca di sini. Ya, hujan... Sejokk jek rasa hari2. Tanaman kat tanah sekangkang kera kat depan umah tu pun 'sihat' bebenor. Sayur sawi, kangkung, pisang, cili.. Seme makin berisi. Tomato tak nampak muka lagi, tapi tembikai udah menjalar.. Amin. Tak lama lagi dapat makan tembikai.. Hehe..

Ada apa2 citer balik Raub? Itulah soklan panas dari kengkawan aku. Soklan yang nampak simple tapi aku malas nak jawab. Banyak citer yang aku dapat, maksudnya, bukan aku yang bertanya. Tapi, orang yang bercerita pada aku. Huiiii.. Dasat, citer panas tuh, tapi takpelah tak bek citer kat sini or mane2 pon, coz ia bakal mengaibkan orang, biarlah aku jer yang tau & kunco2 aku kat Raub. Tapi, saat aku menitiskan airmata apabila Si Polan menyampaikan citer tentang Dia. Huhuhu.. Nanges beb, tak boleh tahan la. Aku tak ingat pon, tapi terdengar. Nak wat cemana kan. Sambil msg sambil nanges. Ermm.. Tapi aku dah ok da la pas aku kuatkan semangat. Ni la yang aku malas nak balik dari dulu. Sebab aku tau, aku akan terdengar citer tentang dia. Susah la macam ni kan. Aku ni yang wat keadaan tu jadi susah senanya, mende tuh simple je. Erm, lagi satu, yang wat aku sedih, pasal Aki. Ya, aku terkejut giler bila mereka bercerita tentang Aki. Aku tak sangka sebenarnya. Tapi, aku tak nak bagitau apa kisahnya, kerana ia juga bakal mengaibkan keluarganya. Cukuplah aku katakan bahawa.. "Ibubapa memang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2 nya, tapi... Bila anak2 sudah dewasa, belum tentu dapat membahagiakan hati ibu bapa.."

Bila balik Raub, kaum kerabat aku merangkap sepupu sepapat aku ramai dah keje luar dari Raub. Bila nak kuar minum makan, rasa tak best sangat coz dah tak cukup korum. Kene tunggu ujung minggu time dorang balik cuti baru leh kua. Papepun aku berbangga dengan dorang seme coz masih nak lepak2 ngan aku walo umo aku jauh lebih tua dari dorang, hehehe... Tau pasal apa?? Pasal, aku umo jer tua, tapi aku ni kecik, dorang tuh seme badan besar gedabak, so.. Bila jenjalan ngan dorang, aku tetap nampak adik dari dorang.. Hahaha...
Ok la, nati ada masa, aku upload gambo2 time aku balik Raub. Gi Lubuk Semak, best..