Sunday, March 29, 2009

Pindah Umah...


Bismillahhirahmannirahhim...
Semalam, seblah pagi. Secara siaran langsung aku & keluarga pindah akhirnya. Sebelum tu, ulang-alik jugak la angkut barang, punggah nek turun tangga dari umah lama. Mai aaaiiih, ponat badan. Bergogar lutot den. Aku & abah aku je punggah barang2 yang boleh muat nek kete, barang2 besa, semalam la. Ada kawan2 abah tolong. Tima kaseh yang tak terhingga kat Nasrul, Mahazi, Azad, Wan, Abg. Epol & Pakngah aku... Jasa korang tak dapat eden nak balas, hehe.. Mak tolong sket2 jek la, pasal dia tak larat turun naik tangga. Umah sekarang dia suka la, umah taman. Dah tak tinggal kat umah kedai 3 tingkat lagi, huhu... Ada gak amek2 gambo time aku & abah punggah barang, tapi tak sempat upload lagi. Manyak hal nak setel.. Umah baru ni pon tak amek lagi gambar. Tapi, bulan depan, pindah umah seblah plak, pasal dapo dia besa sket. Yang ni, ok.. Cuma dapo & toilet agak mengerikan jer.. Hua hua hua..

Thursday, March 26, 2009

Kena Kurung Luar Umah..

Bismillahhirahmannirahhim...
Aku teringat masa zaman dulukala.. Maser aku kecik2.. Memang agak nakal. Boleh tahan nakalnya aku ini lebih2 lagi bila ada kengkawan main sama2 kat umah. Waktu tu, aku sekolah rendah, belum darjah 4 lagi. Selalunya aku main selepas makan nasik. Dah balik dari sekolah la. Asyik main jek. Pergi semak sana, kolam situ, panjat bukit, panjat pokok rambutan. Bukan kat kawasan umah, tapi jauh2 sket. Aku, kalo ada kawan, memang menjadi. Jalan jek kepala otak.. Hehe.. Satu hari tuh, disebabkan aku main terlalu lama, sampai mak aku pun dah bising2.. Aku tak balik2.. Akhirnya, mak aku kurung aku kat luar umah.. Siap kunci pintu dari dalam. Tak kasik aku masok. Huhu.. Dah la malam, umah aku tuh kat cerok.. Banyak pokok2.. Suasana tak yah cakap la, memang menyeramkan. Dah la takder lampu jalan. Harapkan lampu kat umah kawan aku E.T kat atas tu jek. Meraung giler aku maser tuh. Tapi, mak aku wat derk jek. Nak kasik pengajaran... Katanya. Supaya aku sentiasa ingat jangan sesuka ati nak main lama2 sampai tak ingat umah... Mak aku kata!!! Hehe..
Tapi, aku ni degil boleh tahan. Bukan sekali kena kurung.. Ada la beberapa kali..
Nota Sempoi : Kena kurung takder la lama sebenarnya. Tapi, rasa macam satu jam..!!!

Wednesday, March 25, 2009

Umah Sewa...

Bismillahhirahmannirahhim...
Huhu.. Solehahnya aku, hehe.. Tiber jek malam tadi teringat kat ustazah/ustaz masa aku sekolah2 dulu bagitau betapa besarnya ganjaran bagi sesapa yang rajin mengucapkan kalimah di atas.. Maka, dengan nekad, setiap entri aku mulai hari ini sampai biler2 aku nak buh la. Dalam kehidupan kita seharian pun kita memang dah bese sebot kan.. Apa salahnya aku nak buh kat sini. Mukan kena masok penjara pon.. Ngeeee....
Beberapa hari ni agak kejiwangan a.k.a keberperasaan sangat plak. Ini hari kasik relax sket.
Aku teringat zaman kecik2, zaman dulu kala. Tak sure la plak umo berapa time tuh. Tapi, seingat aku, belum darjah 1. Kami tinggal kat Sg. Lui, Raub. Umah papan. Umah sewa. Ada satu kisah di sebaliknya. Pasal perkataan 'sewa' ni la.. Aku masih ingat lagi kisah ni. Macam ni citer dia..

Aku : Mak, berapa harga umah kita ni mak..
Mak : Berapa?? Baya sewa je la..

Aku : Berapa?

Mak : RM120...

Aku : Jadi umah kita ni, RM120 je la.. Murahnya..

Mak : Laaa... RM120 tu, untuk baya sewa umah la. Bukan harga umah ni.
Aku : Sampai bila nak kene baya?
Mak : Selagi kita tinggal kat umah ni, selagi tu la kita kena bayar. Kalo 6 tahun, selama 6 tahun la kena baya sewa.

Aku :
(Maka aku yang agak pandai ni pon kira la selama 6 tahun berapa jumlahnya..)
Aku : Wahhh... RM8640 la.. Mahalnya umah ni..
Mak : Eeeii.. Budak ni, tak paham-paham..


Pastu, mak aku pon memblahkan dirinya. Malas nak layan aku lagi.. Kekeke...

Nota Sempoi : Contoh Umah Papan.. ( Siang panas, malam sejokk tau!!!)

Monday, March 23, 2009

Lagu Pada Petang Ini.. Hoho..


Curasan Rasa - XPDC

Tika begini Aku juga mengerti
Perasaanku terganggu

Malam penuh dengan bintang

Indah khabar rupamu
Menawan setiap waktu
Apa lagi yang dinantikan
Bukan bertepuk sebelah tangan
Cintaku tidak
Aku pastikan sampai tujuan
Berarak mendung bintang
Berlagu sepi semalam
Aku hanya seorang insan
Tak mampu keajaiban
Jika perlu engkau tinggalkan
Demi relakan kemanusiaan (liriklagu.net)
Sejernih kasih
Selembut sinar mutiara
Belaian kau yang lembut
Tak dapat aku melupakan
Sentuhan kasih
Irama merdu dalam dakapan
Suara yang membisik
Bagai gelora menghempas pantai..
Sejernih kasih
Selembut sinar mutiara
Belaian kau yang lembut
Tak dapat aku melupakan
Sentuhan kasih
Irama merdu dalam dakapan
Suara yang membisik
Bagai gelora menghempas pantai..
Aku hanya seorang insan
Tak mampu keajaiban
Jika perlu engkau tinggalkan
Demi relakan kemanusiaan

Langsung Tak Faham - XPDC
Kata hari ini
Kotakan janji
Usah ditangisi

Hidup yang sementara
Sekelip berubah
Sekelip berubah

Penantian ini kehausan
Kerana aku sedang
... di padang pasir

Perjalanan jauh
Tanpa tafsiran
Itulah pedoman

Tidak kiranya waktunya tiba
Pasti geraknya bermula
Gerak bermula
Gerak bermula

Dan aku juga
Sama-sama
Mahu mengerti maksudnya yang nyata
Ianya terselindung
Oh... Di dalam bayangan

Perlukah
Kau pertahankan segala dosa
Kerana semua itu
Ada waktu
Ada waktunya
Di mana janji

Dan tiba
Dikala fajar pun mula menyinsing
Dan menutupi malam
Meratapi
Oh... Susahnya
Dari mana hadirnya
Oh...

Aku Harap...

Malam tadi aku tak dapat tido lena lagi. Sama seperti malam sebelumnya. Dua malam berturut-turut aku sedeh. 'Hujan gerimis' diwatnya. Sudahnya, bangun pagi.. Mata kebengkakkan. Naseb, mak tak tanya. Mungkin dia prasan, mungkin jugak tak. Tapi dia malas nak tanya kenapa. Bukan aku sengaja teringat, tapi dah mende alah tu nak datang tanpa aku undang. Nak wat cemana. Sebenarnya, semakin dekat tarikh aku nak balik semenanjung, semakin aku dup dap dup dap. Aku tak suka, kalo boleh aku tak nak balik langsung. Aku tak nak terserempak dengan dia. Aku tak nak nampak dia dengan minik dia. Aku tahu dia sedang bahagia. Mungkin sangat2 bahagia kerana bakal nak dapat baby, yer la... Dia kawen seminggu sebelum Mawi & Ikeen kawen. Ikeen pun dah gugur.. Mesti minik dia pun dah ada isi. Huk huk.. Ramai kawan2 kasik nasihat/pandangan/sampai dah jemu pun nasihatkan aku. Lupakan dia, lupakan jantan kaberet tuh.. bla bla bla.. Yer, cakap memang senang. Tapi orang yang menanggungnya yang susah nak merealisasikan seme tuh. Sungguh, aku tak tipu. Aku rasa, inilah bezanya lelaki dengan perempuan. Lelaki, kalo dah putus, dia boleh cari lain. Sekejap jer, tak yah lama2.. Dah dapat yg baru. Perempuan??? Memang susah. Kalo jenis yang cepat jatuh hati, memang senang dapat pengganti. Macam aku ni, susah sket. Aku asik teringat dia hampir setiap hari. Padahal aku dah cuba sibukkan diri. Aku tau, dia langsung tak ingat aku sejak hari dia pergi dua tahun yang lepas. Ada sorang member aku kata, "watpe ko berkeras tanak balik.. wat tak tau jek, ko balik, ko dok umah ko.. tenang jek dok umah sendri.."
Masalahnya, umah aku tuh la.. yang aku tak boleh nak dok lama-lama. Bila aku balik umah aku kat sana, aku jadi sedeh. Aku akan ternampak dia di mana2. Aku ternampak dia duduk kat kerusi yang dia suka duduk. Aku akan nampak dia tengah betulkan paip bilik air. Aku akan nampak dia mengusung piring/pinggan selepas dia makan. Aku akan nampak dia tolong aku melukis komik kat meja makan... semenya.. wat aku sedeh!!! ((BUKAN KITRG DOK SEKALI YER.. DIA DATANG KALO HARI RAYA/HARI2 BESE, FAMILY AKU ADA SEKALi TAU)) Setiap hari, aku berdoa semoga aku diberi kekuatan supaya akhirnya aku akan dapat lupakan dia. Supaya bayang2nya tak lagi mengekori kemana aku pergi. Supaya akhirnya aku akan dapat lupa bagaimana rupa, namanya buat selama-lamanya. Aku juga berharap, satu hari nanti, aku akan berasa tenang di rumah sendiri. Aku rasa nak cat semula bilik aku dengan warna yang lain menggantikan warna yang asal.. Warna yang dipilih untuk hari ...... yang akhirnya tak kesampaian. MENGECAT!!! Yer, betul jugak, bulan 6 nati time aku balik sana.. Cuti 16hari.. Aku nak sibukkan diri dengan mengecat semula bilik aku. Err, kalo takde program len la. Bese kalo balik, sibuk jugak ke sana ke sini. Sebelum ni, setiap kali aku balik, aku jarang naik ke bilik aku tuh. Aku tak tido langsung pun kat bilik tu. Aku tido kat bawah. Aku tak suka berada dalam bilik aku tuh lama2. Mungkin selepas aku cat semula bilik tuh, suasana akan berubah. Mungkin aku mengambil masa yang lama untuk pulih, berbanding orang lain. Biarla orang nak cakap apa. Dorang tak rasa apa yang aku rasa. Dorang tak tau bagaimana rasanya kalo dorang berada di tempat aku. Dulu, aku pernah rasa jelek melihat kawan2 yang baru pas clash, menangis macam histeria coz tak dapat terima hakikat. Sampai aku kata, apa la yang beriya sangat nanges bagai nak rak kat seorang mamat... Tapi, tu dulu, bila kene kat aku. Baru aku tau, bagaimana rasanya. Tuhan aje yang tau. Dah tuh, amek ko.. Dah dua tahun lebeh pon aku masih lagi macam ni. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan. Mungkin aku jugak seorang yang bodoh kan. Maklumlah.. 1st luv. Susah nak lupa beb!!! Walopun umah kitaorang hanya sejengkal jek. Dah lost contact pon. Lepas dapat tau dia nak bertunang, teros aku sepikan diri. Tukar number tepon segala. Dalam hati, cepat betol dia dapat pengganti. Cepat betol dia lupakan aku. Yerla, dia yang pergi kan. Lainla.. Kalo aku yang pergi. Mesti dia masih ingat aku (heh.. ye ker..? tak mungkin!!!)


Friday, March 20, 2009

TaK BiSa MeMiLiKi - SamsoN

Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku

Apakah yang engkau inginkan

Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku..
Pahamilah aku..

Mungkin..
Aku tidaklah sempurna

Tetapi hatiku..
Memilikimu sepanjang umurku

Mungkin aku tak bisa memiliki

Dirimu seumur hidupku..


Hari ni kan, aku asik nyanyi lagu ni jek. Mgkin.. Ada kena-mengena dengan kisah silam kot.
Yer, benar.. Memang ada.. Uhuks..

Thursday, March 19, 2009

Oh Obat.... Oh Obat....

Ini hari.. Sudah petang. Pukul berapa? Pukul 3 lebeh. Ini hari aku nak kasiktau tentang sejenis ubat. Ubat apa? Ubat jerawat la. Tapi sekadar sajes-shen jek. Aku beli kat Guardian, $17 (rege kat semenanjung murah sket la kot..)
Bagi aku ngan adik, kitaorang memang serasi ngan ubat ni.
Berbaloi beli, tahan lama. Aku guna ni hampir setahun dah.
Tak silap, dia ada beberapa jenis:
1) PanOxyl 2.5
2) PanOxyl 5
2) PanOxyl 10
3) PanOxyl 15 - ada ke yg ni? Lupa dah.. hehe

Tapi, yang selalu aku guna yang PanOxyl 5. Pena beli yang PanOxyl 10, tapi tak serasi coz ubatnya kuat sangat. Merah2 muka den...

Tapi lagi sekali, siyes!!! Memang elok. Cuma jangan letak bebanyak. Buh nipis2 jek. Kalo jerawat batu, maybe elok guna yang PanOxyl 10 kot. Pasal, aku pena kasik anak jiran aku yg aku tersalah beli dulu. Dah elok muka dia.

Tapi, utk mengelakkan kekeliruan, seblom beli tanya dulu yg mana seswai ngan jerawat korang. Adioss..

Sengau VS Sengau

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas..
"Vang, vas ni fegi hamfang ke..?" ((Bang, bas ni pergi Ampang Ke..?))
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas. Seorang lelaki lain di belakang pemuda tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"Kenapa awak diam tadi? Kesian dia.."
Pemandu itu pun menjawab.
"Masham mana haya nak hawab, haya hun hengau hugak. Hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!"
((Macam mana saya nak jawab, saya pun sengau jugak. Nanti dia kata saya ejek dia pulak))

Wednesday, March 18, 2009

Coklatttt.....!!!

Yuhuuu.. Hari ni baru dapat post entri sal coklat. Ni Soda beli kat Ta Kiong, Kedai ni mmg sukek jual coklat murah kalo dia nak abiskan stok. Ferrero ada, tapi tak sale lagik. So sambar jer yang ni. Sedap... Yum yum... Tuh yang tmt dah kosong2 tuh makna dah kena ngap la.. Hahaha...
Coklat ni rege dia cuma $5 lebih (x ingat berapa sen tadik) berbanding rege asal... Mahal tau rege asal dia.. Huhu..

Ronda2 kat Sibu...

Okek, seperti gue bilang 1,2,3.. Eh bukan.. Hehe.. Seperti yg dijanjikan ni adalah sebahagian gambo2 yg sempat aku edit & upload..
Pas makde aku sampai, makan tgh hari dulu. Pastu, rest sejap. Petangnya lak, gi kedai pasu, water front lama kat Sg. Rejang. Bergambo-gambo..
Malamnya plak, kitaorg wat seprais besday kat Nizam, merangkap kezenku... So, menu malam tuh laksa sarawak..
Esoknya, ayah aku bawak dorang gi beli barang kraf, pasar & tempat2 len. Aku ngan mak tak ikot, sal kena masak tok lunch. So, malamnya lak, dapat jemputan dari Pakngah aku, dia ajak gi makan kat umah dia. (Pakngah aku kawen ngan org Sibu)
Makde aku gi pasa Sibu, dia geram tengok udang beso2.. So, dia beli & kitaorang masak utk lunch.. Antara menu yang ada, Sambal Udang ni la.. Nak respi, klik kat... SINIMalam terakhir, packing barang, beg.. Setelah 3 hari Makde datang.. Dorang pon berangkat lak gi Kuching... Sekian.

Tuesday, March 17, 2009

Sapu & Cat "Umah"...


Has has hasyumm..! Adeh, selsema lak pas sapu2 umah ni. Al-maklom la, beberapa hari ni bz sket. Jenguk kejap2 jek. Baru beberapa hari tak menulis kat sini. Tapi, rasa macam dah lama jek, wakakaka... Tengok, dah berhabuk, siap sawang2 lagik. Pas sapu2, cat umah lak. Tatau r, orait ke tak orait kaler cat umah ni. Sajek pilih yang simple, tak gulap wane dia. Hmmm.. Harap Encek Whateva berpuas hati. Malam ni, dengan mata yang dah nak terpejam ni (macam ada batu-bata jek rasa) huhu.. Rasa macam tak bermaya jek nak taip pepanjang. Ngantok ler wei.. Tak cukup tido, club kat blakang ghumah aku ni asik ada orang bergado jek. Geram betol. Pas minum, mabuk, pas wat hal, ngamok2 lak.. Rasa nak baling batu block jek kat dayi orang tuh kasik pensan sket. Membisin jek taunya! Oyer, pagi tadi kul semilan pagi dah gerak gi Airport anta makde sekeluarga nak ke Kuching lak. 'Go go holiday' tol dorang ehh. Rasa sunyi lak, bese (semenjak makde datang) riuh jer, borak2, gelak bagai.. Alih2 dah sunyi semula.
Sempat gak la aku snap beberapa gambo dorang masa gi jenjalan. Ada banyak senanya. Tapi aku upload sket2 jek la, len ada kat Fb la aku letak. Tapi esok la aku upload... Nak titon dulu. Nak kaber tido yang lepas2.. Huhu.. Melampau betol.. Wakaka..

Friday, March 13, 2009

Macam-Macam Hal...


Sambung balik. Sajek jek tanak campo ngan entri tadik. Seperti yg aku kata tadi, aku ada bace kat brite2 on9 tentang beberapa isu. Macam2 hal la sekarang ni. Sekarang ni, turn aku lak. Aku nak sentuh beberapa perkara. Cewahh.. Hehe.. Mengapa yer.. Pemimpin2 kita bersikap cam bebudak.. Terutama dalam parlimen. Hadoyai... Bertekak satu hal. Suka menyampuk dah satu hal. Menggunakan bahasa-bahasa yang kurang sopan pon satu hal jugak. Tak bley cakap bek2 ker. Sama jek bek gomen ato pembangkang. Kalo aku ada megik, nak aje aku masok lam parlimen & tekan butang 'Pause'... Bising tau! Hehe.. Bergado cam bebudak. Bebudak pon pandai berdamai, pas gado, pastu.. Bek smula. Salam tangan lagik tau. Ni? Hmmmm...

Aku nak sangat melihat satu suasana yang damai. Berbincang secara aman, bukan bertelagah sesama sendiri. Sebaiknya, jgn sesekali menyentuh hal2 sensitif terutama isu agama. Kita ni hidup dalam negara yang penghuninya bukan seme penduduk melayu. Ia meliputi pelbagai kaum, bangsa dan agama. Jangan la dek kerana sesuatu hal/isu, seblah pihak menggunakan cara yang salah. Gunakan cara yang betol. Aku tak suka betol dgn demo. Bek gomen or pmbgkang sama jek. Tak puas hati, wat demo. Dorang tak pikir ker hal tu akan menyusahkan ramai pihak. Jalan di tutup la... Itu la ini la... Kalo seseorang tu nak cepat, nak mghadiri temuduga, skalik jalam jem. Sapa yang susah? Dia jugak. Itu takper lagik, kalo keluarga len nak menghadiri majlis kematian, pengantin nak akad nikah ker.. Tak ker menyusahkan. Kalo yang ada lam kereta tuh nak menuju ke hospital, nak bersalin or sebagainya, alih2 tak sempat, meninggal... Tak rasa bersalah ker..??

Itu hal demo. Len lak yang mengutuk polis. Memang la, ada gak polis yang tak betol. Tapi, tak semua polis itu sama. Tak pikir ke satu hari nati, kalo ahli keluarga memasing (merujuk kepada individu yg mengutuk polis) hilang, anak istri, sedara mara kena culik, kena rogol, kena rompak, kena bunuh.. Nak ngadu kat sapa? Nak report kat mana? Balai bomba? Doktor? Haaaa...
Ke balai polis jugak peginya. Mintak tolong polis jugak menangkap penjahatnya.

Alangkah beknya kalo kedua-dua belah pihak berdamai, bergabung. Sama-sama menjaga & mentadbir negara. Bukan ker elok. Tapi, seme tu takkan mungkin terjadi selagi sikap ego, marah, berbeza pendapat, tidak menghormati, hasad & iri maseh berleluasa dalam sanubari. Sendainya mereka berdamai, seisi negara turut merasainya.
Sejarah ada menerangkan, para imam mazhab kita pon ada berselisih pendapat & pandangan.
Contohnya : Imam Shafie berbeza pendapat dgn Imam Malik. Tapi, Imam Shafie tak pena menyalahkan & menghina antara satu sama len. Imam2 tu saling menghormati walopon sudah meninggal dunia. Sepatutnya, perbezaan pendapat jgn jadikan kita saling berpecah tapi jadikanlah saling hormat-menghormati antara satu sama len. Ketegangan yg ada jgn ditambah lagi. Bahkan persamaan yg harus kita cari & bukan perbezaan yg patot kita besar-besarkan.

Al-Quran tak melarang kita berbeza pendapat. Hadis jugak tak melarang. Tapi, kedua-duanya melarang kita berpecah-belah. Takkan ada kemenangan tanpa kekuatan. Takder kekuatan tanpa kesatuan & takder kesatuan tanpa silaturrahim.

NOTA SEMPOI : Hidup di dunia ni tak ubah seperti seorang musafir yg sedang bernaung di bawah sebatang pohon yg sebentar kemudian pergi & meninggalkan pohon tersebut.

Sedara Nak Datang..

Salam pagi jumaat. Aku baru jek selongkar, menerjah ke akbar-akbar on9 pada hari ini. Seperti biasa, berite yang sama. Konflik yang sama. Paparan yang hampir sama setiap hari. Tapi, sebelum tu, aku nak ucapkan tahniah kpd adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal Husin, Kota Bharu Kelantan kerana muncul plajar terbaik bg sekolah tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dgn mendapat keputusan cemerlang SPM 20A.. Cayalah dik..!!!

Esok, makde aku datang Sibu, umah aku. Dia datang dgn ahli keluarganya yang len termasok menantu. Wah, suka aku. Ada gak sedara-mara yang mau melawat kami di sini. Sebagai tuan umah, aku akan kesibukan tiga pat hari ni. Yela, meraikan tetamu yang datang. Makna nya, aku tak dapat la nak meng-on9 wat seketika. Lagipon, tak elok plak nampak, tetamu di depan, aku sibuk lam bilik nak nulis2.. Tak bek gitue kan. Aku cuma ada masa sampai hari ini jer. Petang kang pon dah agak sibuk, nak wat kueh segala. Teruja ni tau menyambut kedatangan saudara. Dah lama tak juper tu lah pasal.. Aku balik semenanjung stahun dua kali jek. Dapat juper esok borak sakan la sambey bawak dorang jenjalan kat Sibu ni. Mana la kitaorang nak bawak dorang erk, hehe.. Sibu tak macam Kuching, banyak tempat menarik. Sibu ni, nak supin2 mimang la syok, murah siot baju2 segala.. Papepon, mak aku dah senaraikan beberapa tempat nak bawak dorang nati... Boleh ler bergambo-gambo nati... Hehehe..


Thursday, March 12, 2009

Siyes Ker..

Hari ini aku nak bersore secara siyes. Takder la sesiyes mana pun, hehe.. Tapi siyes la dari bese. Hmm.. Tadi, tak ler hengat lak jam berapa. Aku ada menconteng sket kat wall yakni group sekolah menengah aku kat Fb. Menyentuh beberapa perkara, tapi aku tapis jugak supaya tak menyentuh sensitiviti, berusaha agar menulis tidak menyinggung perasaan kengkawan aku. Aku cek beberapa kali seblom post supaya takde sapa yang marah, terasa n what eva.. Aku tak mau dek kerana hal itu, aku akan kehilangan kengkawan aku. Sayang siot.. kat dorg seme. Siapalah kita tanpa insan yang bernama kawan.

Katakanlah ada yang beranggapan aku terlalu global, langsung tak memikir tentang apa terjadi di waktu sekarang, aku terima apa sahaja anggapan mereka. Di ulangi, ''Katakanlah.." yer tadi hehe... Bagi aku, aku bersore kerana ada beberapa sebab. Bukan men blasah jek. Aku bukan menyokong atau menentang sesapa tapi aku berada di atas pagar. Memerhati apa yang terjadi & telah pun terjadi. Kebebasan bersore adalah hak kita seme. Kita bebas melontarkan pandangan/pendapat. Apa sahaja yang berlegar di minda, kita boleh luahkan.
Baiklah aku mahu menulis secara siyes sekarang. Wan.. Tu.. Tree.. Go..

Tuhan dah jadikan manusia dalam dunia ni, ada yang baik & yang buruk. Apabila kita baik dengan seseorang itu, mereka akan dipuji melangit. Apabila kita dibenci, mulalah diri kita difitnah, dikutuk & sbgnya. Inilah lumrah kehidupan manusia. Tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ni sebaliknya kita sendiri yang cuba mencari kesempurnaan itu.

Janganlah kita terlalu taksub dengan sesuatu perkara. Jangan menganggap 'dia/seseorang' itu adalah yang terbaik dalam segala hal sehingga terlupa yang terbaik hanyalah Satu. Setiap mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Ada kalanya kita tak nampak kesilapan kita maka sewajarnya pandangan & teguran orang terhadap kita hendaklah diterima.

Sebagai contoh, pakai serban & jubah itu memanglah sunnah. Tapi banyak lagi mende sunnah yang boleh jadi tonggak Iman & jati diri. Tak perlu jadi benggali, kupiah & jubah boleh dipakai dalam dada. Tak perlu mengada-ngada tunjuk alim & tunjuk warak. Watpe pakai serban melilit kalo hati berbelit-belit. Mana ada pendakwah yang Lillahi Taala menjadi kaya di dunia. Tapi pendakwah Lillahi Taala akan menjadi orang yang paling kaya ''di sana" nanti.
Berlakon pura-pura ikhlas memang mudah. Yang susah ialah adakah hati itu benar-benar ikhlas.

Aku tak mau ulas panjang lebar tentang 'perkara itu' cukup sekadar mengatakan yang sebenarnya.. Hidup ni merupakan satu bentuk lakonan. lakonan di satu pentas besar & berbagai. Lakonan setiap org di antara kita ni dah ada skripnya kat Luh Mahfuz. Allah swt yg myediakan skripnya, mengasah & Dia juga yg menilai lakonan kita tu. Cuma kekadang, lakonan kita menjadi sumbang bila ada gangguan. Gangguan dari Iblis & Syaitan. Ini adalah hakikat. Bila lakonan itu sumbang, ia ditertawakan oleh para malaikat, nabi-nabi & mereka yg terdahulu. Maknanya, kalo kita cukup takut digugurkan/ditolak oleh "pengarah" tu, kalo tak mau jadi sumbang, kita kan telah diberi panduan, untuk menegak & menafi kemungkaran. Kalo menyimpang, sumbang la jadinya kecuali kalo kita dah mati. Slepas mati, dah takde lakonan lagi. Itu baru kehidupan sbenar. Dah takde pura-pura & kebatilan lagi..
Kata Ustaz, kalo nak mati biarlah dalam iman dan dalam Islam. Harta benda tidak boleh membantu kita di akhirat. Iman dan amal yang soleh saja yang boleh membantu kita.

Akhirulkalam, yang benar & tepat datangnya dari Allah swt. Jika ada tersalah/khilaf maka tentunya datang dari diriku sendiri yang serba daif ini.

NOTA SEMPOI : Allah swt tidak memberikan apa yang anda mahu, tapi Dia menganugerahkan apa yang anda perlu. Allah swt tidak pernah pilih kasih kerana dia Maha Pengasih & Maha Penyayang...


Wednesday, March 11, 2009

Suke a.k.a Hepi

Hehe.. Petang takdi. Bersamaan dengan hari ini. Aku dapat satu panggilan tepon yang agak menyukakan hati aku. Yuhuuu.. Suke suke... Hehe.. Dah lama tunggu panggilan dari beliau. Patotla rasa semacam jek dari pagi tadi macam ada sesuatu jek. Ngeee... Ada la diskas serba sedikit, apa yang patot & yang sewaktu dengannya. Aku tak suke plan awal-awal nati mesti tak jadi. Dah banyak kes jadi cenggitu, plan beriya. Pastu tak jadi. Sudahnya menghampesss kan perasaan aku jek. Ewah, ke arah kejiwangan lak. Erm, perbincangan tadi mukan la ada apa sangat. Bese jek. Tapi, nak kata tak penting. Penting la jugak. Nak kata penting, takder la penting sangat. Asudah.. Mana satu ni..? Hahaha...


Tuesday, March 10, 2009

THE CAVE OF THE GOLDEN ROSE

Dulu2 taim skulah.. Tak hengat form brapa. Maybe form 2 kot. Kat tiwi 2, ada tayang citer neh. Wah, sukek aku tau. Aku sukek citer2 yang spesis cenggini. Ada megik2.. Ngarut2.. Fantasi. Beh, pasal plot, kostum dorang memang cantik, menarik tertarik ko mimang da boommm....
Ni plakon utama dia..
Alessandra Martines - Fantaghiro
Kim Rossi Stuart - Ramualdo

Nicholas Rogers - Tarabas
Hemsem siot mamat neh.. Hua hua hua.. Aku sukek kalo seseorang mamat tu mempunyai sepasang mata sedemikian rupa... Ngeeeee.....

Tarabas & Dark Witch

LOVE against Evil power. Courage, Strength, Hope, Magic, Revenge, Love, Hates, Kindness, Cruel, Anger.. All you can have it at "The Cave of the Golden Rose". Such an adorable, thrilling, romantic & sad serial. The "heroes" of the film on screen come from Italian folk tale "Fantaghiro", the beautiful Princess. It is a story about in very ancient times when people lived completely in a different way but loved as in our time and fought against evil. The film consist of 5 parts filmed in Italy, the Czech Republic & Thailand & is hot by Italian film director Lamberto Bava. He assembled ensemble of actors from different countries.
The rest of the cast,although not very famous but the more popular ones,includes Alessandra Martines,as the brave warrior princess,Fantaghiro, Kim Rossi Stuart,as the handsome prince Romualdo and Nicholas Rogers,as Tarabas,the prince of darkness...But he doesn't look like prince of darkness.
Carefull!! Don't stare at his eyes...You might get a crush on him forever.

Aku Sukek Citer Ni Wei...

Aku dah mula sukek citer MERLIN ni.. Beh la, ada megik2 ngan dragon segala. Pestaim tengok kat Hallamark semalam. Setat dari kol 10pm-12pm.. Beh lak tengok. Walo kat tiwi 3 mimang dah men. Tapi, aku tak tengok sal clash ngan citer Hindi kat tiwi 108. So, aku telah mengarahkan diri aku untuk tengok kat Hallamark jek... Hehehe.. Kecuali kalo citer Hindi tak mengebestkan, baru aku tengok Merlin kat tiwi 3. Adil dan saksama gitue....

Monday, March 9, 2009

Who Am i..?

Salam Maulidur Rasul...
Hari ini, aku nak perkenalkan diri aku.
Tak secara detail la.. Sket2 cukup r..
Dari mana datangnya nama ALOI. Yeahh... Meh sini aku setori mori.
Nama Aloi ni datangnya semasa aku skulah menengah kat Tengku Kudin, Raub Pahang.
Masa tuh group aku sebok nak wat nama gelaran kat sekolah.
Salah satu siri sitkom SENARIO, Mazlan ada membawa watak nama Aloi.
Sejak itu, aku diberi nama Aloi. Bukan di skulah jek, masa aku stadi kat Seremban, dak2 sana pon pangey aku nama Aloi. Dak laki pangey aku Aloi. Jarang pangey nama sbenar aku.
Aku pun sukek dipangey sedemikian. Secara saintisnya :

Aloi : campuran dua/tiga jenis unsur logam mengikut peratus komposisi yang ditetapkan seperti; keluli (99% ferum dicampo dgn 1% karbon), piuter (91% stanum dicampo 2% kuprum & 7% antimoni), loyang (70% kuprum dicampo dgn 30 zink)

So, mimang sah2 takder kene mengena ngan diri aku kan..?? Hahaha..
K, nama sudah. Apalagi...

Aku suke minum..

Aku suke masakan pedas.. Aku suke citer katun, animasi.. Paling suke citer Monster. Inc..

Aku suke citer Korea, Jepun & Seangkatan dgnnya...

Aku suke wane putih, coklat, biru, ungu & hitam.. Merah pun boleh la..

Aku suke sukan badminton. Kalo ada game kat tiwi.. Ni antara pemain yang aku suke tengok. Tak kesah la dorang lawan ngan omputeh ke, Korea ke, Indon ke..

Pastu, aku suke tengok bola. Tapi, kalo Chelsea jek la yang men... Dah terang lagik bersuluh.. Opkos la aku Fan Chelsea... Hadoyai... Wakakaka...

Aku suke music. Aku suke apa saja jenis rentak music accept... JAZZ!


K... Cukup sampai di sini saja aku perkenalkan diri. Adiosss..

NOTA SEMPOI : Ada banyak lagik yang aku ske. Tapi cukup la ini sahaje.

Kalah Lagi...

Super Dan terlalu liat

LEE Chong Wei gagal membawa balik gelaran Seluruh England selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan pada perlawanan akhir di National Indoor Arena, Birmingham, semalam. - AP


KUALA LUMPUR - Episod duka sukan negara berterusan apabila giliran Datuk Lee Chong Wei pula kecundang kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Seluruh England di Birmingham, semalam.
Kelmarin, Datuk Nicol Ann David tewas dalam perlawanan akhir Terbuka Kuala Lumpur sekali gus mencatat sejarah tidak sampai 24 jam dua pemain rangking teratas dunia tumbang dalam acara yang berbeza.
Lin Dan yang turun berbekalkan gelaran Olimpik dan juara Dunia langsung tidak memberi ruang kepada Chong Wei dengan mencatatkan kemenangan straight set 21-19, 21-12 di National Indoor Arena, Birmingham.
Pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu seakan-akan sudah mengetahui nasibnya ke atas pemain nombor dua dunia itu apabila turun dengan kurang bersemangat dan sering melakukan kesilapan mudah, walaupun ada ketikanya memberikan tentangan sengit dalam set pertama.
Aksi set pertama memperlihatkan Chong Wei bermula dengan kurang yakin apabila membenarkan Lin Dan melakukan mengutip mata demi mata tatkala dia cuba bangkit selepas ketinggalan 12-16.
Walaupun mendahului 19-17 Chong Wei tidak mengambil kesempatan, sebaliknya kerap kali membuat pukulan lambung sekali gus membenarkan pemain yang digelar 'Super Dan' itu melakukan pukulan kencang sekali gus memenangi set pertama 21-19.
Usaha Chong Wei untuk bangkit di set kedua juga tidak kesampaian walaupun dia tidak membenarkan Lin Dan meninggalkan mata dengan terlalu jauh, namun pada kedudukan 12-16 pemain tangan kidal itu terus memungut mata demi mata untuk menang 21-12.
Kekalahan tersebut melebarkan lagi jurang antara kedua-dua pemain dengan Lin Dan mencatatkan 11 kemenangan ke atas Chong Wei, sementara Chong Wei pula hanya menewaskan pemain China itu sebanyak tiga kali.
Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu ialah di Siri Super Terbuka China tahun lalu yang menyaksikan Chong Wei tewas 21-18, 21-19.
Kejuaraan tersebut ialah yang keempat buat Lin Dan di Seluruh England selepas menjuarainya pada 2004, 2006 dan 2007, bagaimanapun dia tewas kepada rakan senegara Chen Jin 22-20, 25-23 tahun lalu.
Kali terakhir pemain perseorangan lelaki negara menjuarai Seluruh England ialah pada 2003 melalui Mu hammad Hafiz Hashim yang menewaskan pemain China, Chen Hong 17-14, 15-10.
Pada 2007 gandingan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menewaskan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18 pada kejohanan tersebut.
Bagaimanapun, kali ini hanya Chong Wei sahaja berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir manakala dua beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari tersungkur di suku akhir.
NOTA SEMPOI : Yer, seperti yang sudah ku jangka semalam.. Datuk Lee tewas lagi...