Showing posts with label Product Review. Show all posts
Showing posts with label Product Review. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Terkini...Guna...

Bismillahhirahmannirahhim...

Haa.. Sekali aku ada masa untuk update entri, hari-hari la pulak nak postnya keke..
Ok, kali ni aku nak review pasal beberapa produk. Kalau perasan hampir semua barang Cosway, boleh jadi duta Cosway ni mekk. So apa cerrrr... suplimen shak ko, err tak dapat nak buat review sebab lepas makan aku tak istiqamah untuk guna. Habis je sebotol aku tak repeat order. Kesan adakah sama macam testimoni yang lain, kulit cantik, tak letih ke apa ke. Pada aku tak jadi sebab aku amek sekali maksudnya aku tak amek dalam masa yang lama, habis sebotol tak sambung makan dah. Begituhh.. Sama jugak dengan sabun timun tu, pakai sekali je, pastu stop cemana nak ada kesan. Pahangg dop? Hehehe

So apa yang nak aku kongsi kali ni adalah :

1) Vitamin C-500 With Rosehip (NN~Cosway)
- Kan banyak sangat dekat muka buku orang duk jual Vit.C+Rosehip, tapi siyes aku tak berani nak guna mekkkk. Tah dari mana datangnya, sapa yang buat, tak tahu. 
- Jadi untuk keselamatan diri aku guna dari Cosway. Sah-sah mereka ada professor, dan ada sticker KKM. 
- Aku kenan nak beli sebab mak kepada staff aku makan, jeragat kat muka beransur kurang. Diulangi 'kurannggg' bukan hilang terus. Sebab kan ada rosehip. 
- Dah beli aku tak makan hari-hari juga, sebab lupa. Hehe.. Tapi memang ada amek la. 
- Harga kalau ada offer (member price) RM31.50, 60 biji. Kalau bukan member mahal sikit RM47.70
- Kadang offer dia tak tentu ada harga 1st 2nd, kadang satu harga kadang beli tiga kotak, kadang buy 2 free 1. So, bila ada offer, boleh la beli.  
- Cara makan : 1 ke 2 biji setiap hari, sebaiknya selepas makan. Biasa digalakkan ambil waktu pagi lepas sarapan. 



2. Pencuci muka Oil Control, Bioglo (Cosway)
- Dah banyak cleanser aku guna. Yang set, yang dijual kat Guardian bagai dah terai belaka. Cosway punya pun macam hat yang gamat, susu kambing, yang whitening punya, sabun ketul phyto bar pun tak jalan. Akhirnya yang warna oren ni rupanya baru serasi. 
- Dah nama pun oil control, memang tak buat muka aku berminyak macam dulu. 
- Dia ada kayu manis dan ekstrak buah-buahan. Seperti yang kita sedia maklom kayu manis sangat elok untuk membasmi/mengurangkan jerawat.
- Bila aku guna yess opkos jerawat memang kurang, ada tapi bukan banyak macam dulu yakni macam dorang duk berkampung kat dahi aku. Penuh, macam buat open house raya gamaknya. Dari jauh dah nampak menggerutu biji2.. yerrrr~
- Harga kalau tak offer RM15.40. kalau offer murah dari ni.



3. Pure Aloe Skin Perfecting Moisturiser (Cosway)
- Sama macam pelembab, pun dah berjenis-jenis guna. Ni aku beli sebab terpengaruh dengan testimoni dari customer. 
- Bila sendiri dah guna baru tau kesannya. Sangat sangat sangat sangattttt lah ohsemmm. Memang meresap cepat ke dalam kulit, bila sapu sejuk je kulit sebab dia memang 200% pure aloe gel. Bau pun wangi je.
- Aku guna setiap hari waktu pagi nak pergi keje. Lepas solat Zuhur, dan malam kalau rajin. Muka memang tak nampak berminyak. 
- Lain dengan pelembab yang aku pernah guna sebelum ni memang buat muka berminyak, muka jadi naik ruam etc~
- Kalau tengok dalam risalah dalam kotak dia kata, pelembab ni khas untuk kulit cantik, gebu mengekalkan lembapan 24jam. Mampu memudarkan jeragat dan cerahkan warna kulit, anti penuaan, kulit jadi sihat.. Katanya. Tapi untuk dapatkan semua tu mestilah kene rajin dan hari-hari guna. Jangka masa untuk nampak kesan sebegitu mestilah ambil masa sebab dia kurang bahan kimia kan. 
-Dari pemerhatian yang mana customer aku guna memang muka dorang bersih dan bila tanya dorang kata dah pakai bertahun.. Erkkkk. Aku baru nak mula pakai, hehe..
- Harga RM38.20, kalau ada offer dalam RM20++ je, Jimat sebab tak perlu beli setiap bulan coz dia banyak 50g. Oh ya, dia takde spf ye, jadi kalo nak lindung matahari silalah pakai sunblock.


4. Pure Aloe Skin Relief Gel (Cosway)
- Gel ni pun dari group yang sama dengan pelembab di atas. Aku beli pun sebab tengok review orang. 
- Gel ni dari baby kene ruam susu ke nyamuk sampai lah orang tua macam kita-kita ni boleh guna. Ya, boleh sapu kat muka takde masalah. Kalau muka kene sunburn pun boleh.
- Aku sapu pada jerawat memang kecut jerawat. Kadang sapu je satu muka lepas cuci muka bila muka naik ruam/bintik-bintik. Kadang sapu kat satu muka sebelum tido krokhh krokhhh... ZZzzz
- Harga kalau ada offer RM12.90 je... 60ml.



5. Rose Essence Sleeping Mask Bioglo (Cosway)
- Haaa, ni pun aku terpengaruh dengan iklan sebenarnya. Ala jenama cap X tu. Juga terpengaruh dengan my boss, hehe. Muka dia bersih doww. 
- Aku mula beli perghh excited giler. Da lama-lama asik lupa je. Kali ni nak pakai semula. Sebab mask ni best, bau wangi bau rose. Lembut je.
- Cara pakai : selepas cuci muka-toner-pelembab, baru sapu mask ni ke muka dan leher. Tunggu beberapa minit untuk dia serap ke dalam kulit sebelum ko boom atas katil untuk ZZzz. Esok paginya, baru cuci. Pakai mask ni 2 ke 3 kali seminggu atau setiap malam for the best results.. Ho yeahhh.
- Aku kadang pakai, lepas cuci muka terus pakai mask ni takde toner2 keke.. Teruk betul tak ikut arahan. 
- Harga RM37.10,.. 70g.  Kalau nak murah tunggu dia offer.
- Efek pada kulit kalau pakai mask ni untuk apa, aku copy paste ayat pada kotak dia yekkk.. katanya :

" Bioglo Rose Essence Sleeping Mask is a specialized cream-gel mask applied just before bedtime. It drenches your skin with rose water essence and nutrients from Aloe Vera, Olive & Ginkgo Biloba extracts and Grape Seed Oil to intensively moisturize and nourish skin while you sleep. Its light, aromatic rose scent creates a perfect state of relaxation and tranquility for a good night's sleep. Wake up to incredibly dewy-soft, supple, rosy-radiant skin the very next morning. "
                                               ** Pic taken from google


6. Deodorant Lilan Vital Naturals (Cosway)
- Dah banyak juga aku guna ubat keti ni, paling terbaik adalah dari Amway. 
- Tapi susah nak jumpa dealer, jadi aku guna yang ni pun dah best. Tak melekit, memang takde bau wangi. Pakai pun rasa fresh je. Tak menggelapkan kulit macam brand X tu. Sebab aku guna brand X, jadi gelap kulit susah betul hati jantung malah buah pinggang aku menengoknya. Jadi aku usaha (kalo time rajin) amek minyak baby titis pada kapas dan cuci nati lama-lama akan kurang kesan gelap tu. Bila aku mula pakai deodorant LV ni, kesan gelap tu memang beransur hilang. Yang penting rajin, usaha, tawakal barulah berjaya.. Eh ehhh
- Deodorant ni dia aluminium free tau, natural ingrediants gitue. 
- Harga RM17.90, 60ml kalau ada offer. Kalau takde offer mahal sikit.



7. Bedak Johnson Body Care
- Yess, aku guna bedak ni je untuk muka. Selepas cuci muka, toner(kalo rajin), pelembab dan terus sapu ni je kat muka. Setel. Sebab kulit muka aku ni pelik sikit doww. Salah pakai, lama sikit tak cuci muka... muka naik ruam.
- Harga tak ingat, tapi murah je. Aku beli yang kecik cinonet sebab senang isi dalam beg.



~Baik, ini saja yang aku guna setakat ni. Nak review tentang losyen dah lama tak pakai boleyy gitu.. Ada beli yang nivea pakai selepas mandi tu, tapi jap pakai jap tak pakai sebab tak sempat.. Cemananya nak buat testimoni.. Hahaha...

Gambar2 ni aku amek dari tempat keje, kecuali bedak &  pelembab tu memang ada dalam beg. Sebab buat entri time keje, jadi amek barang snap je terus. 

UPDATE:
Ok, sekarang yang masih kekal aku guna ialah;
* Gel Aloe Vera Cosway
* Rose Sleeping Mask
* Bedak Johnsons

Hehe...

Monday, November 25, 2013

Sabun Timun Hemani

Bismillahhirahmannirahhim...

Alhamdulillah... Akhirnya setelah berbagai dugaan, berjaya juga aku mendapatkan sabun timun ni. Teruja siot nak cuba pakai sampai tak dan2 nak balik umah. Tapi masa tu time kerja, sabar.. sabar...

Aterrr.. Balik jer kerja, letak beg terus potong sabun ni nak guna sikit dulu, takot tak serasi. Sambil nak cuci muka bau dulu sabun ni, perghhhh wanginya. Pastu terus cuci muka.. Hmmm.. Beshnyer... beshnyer... hihi...

Hari ni dah masuk 6 hari la guna. Yang penting ia tak mengeringkan kulit muka daku yang agak sensitif ni. Masa pertama kali guna dah rasa best dah. Bila dah berhari-hari ni baru perasan liang roma kat pipi ni dah kecik sket, kalo tak terbuka besar jer, gewaaam tol.. huhu. Sebelum ni memang ada guna sabun beras thailand tu, sebab mak.. maklong pakai elok muka diaorang maybe serasi la tu. Aku pakai tak plak jadi macam diaorang. Dia jadi cemana tah nak cakap macam tak ok la gitue, macam kering jer.

Rasa-rasanya sabun timun ni la kot yang sesuai dengan kulit ni haa.. Tapi nak komen lebih pun macam tak boleh jugak, sebab baru sangat lagi gunanya.. Hehe... Nak tunggu dalam sebulan dua dulu tengok caner kan. Takot memula jer ok.. Kang tumbuh ruam. Harap-harap tak arrrr... Tak reti dah nak cari cleanser yang serasi dengan kulit muka ni. Ok, tu jer lah blog... Bye.. hihi

** Lupa lak nak amek gamba sebelum pakai sabun timun ni, kalo tak.. boleh wat perbandingan.. ececehhhh

UPDATE : Oh yeahhh, aku dah tak pakai sabun ni lagi.. hehe

Thursday, November 14, 2013

Buasir & Klorofil Cosway /Liquid Chlorophyll

Bismillahhirahmannirahhim...

Wah.. Tengok tajuk macam nak promot barang Cosway je kan. Tau la ko kerja Cosway.. Har har har..
Tapi tujuan aku kongsikan kebaikan dia ni bukan apa, sebab aku dah try minum & terbukti memang elok, testimoni sendiri ni haaa tau. Sesiapa saja diantara kita mesti tau itu sakit buasir kan. Kalo tak tau silalah tanya pakcik google... Ngeee. 

Ok, nak dijadikan cerita aku kena lagi penyakit itu sebabnya aku beriya mengangkat air berbaldi-baldi wat mesin kain, air tangki tak berapa nak besar masa tu pehal tah. Maka aku guna air sinki punggah dalam baldi. Berat kan. Sebelum ni memang pernah kena, tapi makan ubat farmasi je, dekat seminggu baru kurang sakit, tapi part sakit tak boleh tahan tu.. Huhuhu... Pernah jugak minum air siput gondang, lama tak kena lepas minum air siput tu, dah lepas bertahun.. kena lagi. 

Dipendekkan cerita, masa aku kena tu, aku kerja jugak hari tu, tapi bos perasan macam aku tak sehat. Lepas cakap dengan dia, dia syor minum klorofil, bancuh pekat sikit dari biasa. Lepas tanya pendapat asben, dia galakkan untuk aku cuba. Sebab aku dah makan ubat farmasi dua hari, tapi sakitnya.. bengkaknya tak kurang.

Balik rumah lepas mandi segala terus aku minum dengan pekatnya. Rasa dia kalo minum pekat? Macam bayam yang diblender. Tahan je la nak sembuh kan. Malamnya sebelum tidur minum lagi. Esoknya bos bagi aku cuti, dia yang wasap aku dulu tanya "u nak cuti tak," "u macam mana ok ke tak.." Ngee.. Baik betul bos ni.. Hehe.. Pastu, tau tak.. tak sangka & macam tak percaya betul, esoknya sakit ada berkurangan. Aku minum lagi sampai 3x sehari masa aku cuti tu. Dan akhirnya selepas 4 hari minum... tak de sakit langsung dan bengkak memang makin surut. Yang penting sakit tu cepat hilang, tak tahan siot.. huhu.. Asben aku pun macam tak percaya, sebab masa tempoh sakit tu aku punya muka memang tak boleh blah wakaka...

Cara aku minum & simpan klorofil tu mudah jer.. Simpan dalam peti, nak bancuh pun guna air sejuk/peti. Masa tempoh aku sakit tu, aku guna 3 sudu besar + setengah gelas air sejuk. Minum pagi sebelum bekpes, petang & malam sebelum tidur.

Kalo takde sakit kronik keke.. Boleh minum 1-2sudu besar dan 1 gelas air sejuk. Macam ada sekali tu anak kecik bos aku demam, dia minum 1 botol punya botol air yang pergi sekolah tu. Kiranya tak kesah minum banyak pun sebab dia dari tumbuh-tumbuhan. Masa bos aku sakit tekak pun dia minum klorofil tapi secara pekat mcm aku punya cara.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dia antaranya :
1. Dapat hilangkan bau nafas & badan
2. Menyahtoksin badan dengan lembut & berkesan
3. Dapat menambah bilangan sel-sel darah merah
4. Mengurangkan risiko penyakit batu karang
5. Membersihkan kulit & jerawat
6. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
dan macam-macam lagi..

Inilah rupanya.. Bila minum secara biasa tak rasa apa pun. Cuma bila minum pekat tu baru rasa macam bayam yang diblender... hihi
Sekian.




Tuesday, February 5, 2013

Daku Pun Ber Pure Marine Collagen Juga...


Assalamualaikum...
Dah masuk bulan Feb dah kita yer di tahun 2013 ni, ehewww... Bermakna umo aku pada 3 April nati genap 33 tahun lah. Tua dah aku upanya ( ingat kan tak sedor lagi ) ahahahaha.... 

Ok, merujuk kepada gambar di atas, apakah itu? Itu adalah rumpai laut atau lebih di kenali sebagai pure marine collagen. Member baik aku Sue telah memperkenalkannya & dia suh aku minum suami isteri setiap hari. Sebabnya dia tau aku sedang berusaha untuk hamil, dia baru minum dua bulan dah hamil. Maka, dengan itu dia suh aku mencubanya siapa tau ia akan berhasil. Tapi dengan syarat elakkan sebarang minuman yg berkafein. Huhuhu.. Ada masalah besar di situ kerana asben ku adalah hantu Nescafe, dia tak boleh kalo tak dapat minum nes, so apa ke sudahnya? Sudahnya, aku jer la yg bakal menghabiskan semenya. Setelah aku menjalankan penyiasatan ala2 Detektif Conan dengan mencari maklumat berkaitan, wahhh... Banyak giler khasiat dia. Aku pun ada bagi kat mak sikit supaya dia amalkan, dia ada penyakit angin dalam badan. Di sini aku kongsikan khasiat2 dia.. ( amek info dari Fb kawan baikku-Sue)
Oyer, yang aku makan ni ialah dari jenis gred AAA wane purple...

KEISTIMEWAAN PURE MARINE COLLAGEN:-
*Nilai nutrisi COLLAGEN 10 x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu ( 1 mangkuk kecil berharga RM 300 ++ )
*Khasiatnya bersamaan dengan khasiat sarang burung layang-layang ( berharga RM 400 sehingga ribuan ringgit)
*24% COLLAGEN ini bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang-layang.
*37% kalsium di dalamnya lebih tinggi berbanding dengan hati ikan dan nilai PH 7.6

1. Rambut semakin halus dan lembut
2. Tenaga semakin bertambah
3. Tumit kaki yang merekah beransur pulih
4. Kematu di tapak kaki sudah hilang
5. Pinggang sudah tidak sakit-sakit lagi
6. Masalah kulit iaitu eczema sudah dapat diatasi
7. Payudara dan punggung sudah push up
8. Jerawat dan jeragat hilang hari demi hari
9. Kulit wajah lebih anjal, halus, mulus, tegang dan berseri-seri
10. Sakit-sakit sendi semakin hilang
11. Kuku yang sihat dan cantik
12. Tubuh badan semakin gebu
13. Hubungan intim suami isteri semakin bertambah
14. Tona kulit wajah dan tubuh semakin cerah berbanding sebelumnya
15. Luka di tubuh semakin kering.


KEBAIKAN PURE BEAUTY COLLAGEN
*Melaraskan berat badan dan hormon
*Menganjalkan payudara
*Anti-bakteria
*Bertindak sebagai pembuang toksin di dalam badan
*Menghilangkan sembelit
*Mengurangkan darah tinggi dan hypertension
*Mencantikkan kulit
*Melicinkan kulit dan menengangkan payudara ( Bertindak sebagai agen anti penuaan )
*Memulihara sel-sel kulit mati ( Jerawat dan jeragat amnya)
*Menormalkan fungsi kalenjar tiroid
*Memperbaiki masalah kulit dan rambut
*Mengurangkan kedutann, flek-flek hitam, selulit dan jerawat
*Meningkatkan fungsi metobolisme tubuh dan perut
*membantu menghapuskan nefritis ( penyakit berkaitan buah pinggang), artritis ( inflimasi sendi ), dan basal
*Menguatkan saluran darah,meningkatkan penyakit sendi,
kecacatan kolagen atau darah dalam badan dan pupura haemmorrhagica
*Meningkatkan peredaran darah, kedinginan tubuh dan mencegah sakit bahu
*Berkesan bagi orang yang telah sarcoma atau tumor up abdomen dan punggung, melembutkan kulit dan mengurangkankan sakit pinggang
*Mencegah anemia,mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang dan sinews dan ligamen
* Mengurangkangkan sakit belakang


- Dia ada cara nak masak cemana, boleh google saje.
- Cara nak makan senang jer, amek 3 sudu besar collagen tu pastu campo dengan jus/air ribena/sunquick ikut citarasa anda, macam aku juz campo dengan sunquick anggur 1 sudu besar kaco2 & minum, sedap giler.
- Air rendaman masa rendam collagen ni boleh wat rendam kaki, elok untuk kaki yg pecah2, boleh jugak sapu kat kepala untuk rambut lebih sihat
- Boleh wat masker der, aku pakai hari2, kadang2 terlupa sehari nak pakai.. hehe.. Nati aku nak tgk perbezaan sebelum & selepas pakai mask collagen ni cemana, sebelum pakai dulu tlupa nak amek gambo, ni dah pakai dekat seminggu baru tingat nak amek gambo.. hehe

Marilah kita sama2 mengamalkannya kerana ia benar2 asli, tanpa pewarna / perasa tiruan seperti yg ada di pasaran.. Nati dah abis yg ni aku nak try yg Gred AA pulak, warna dia putih kekuningan gitue. Baru aku terpikir sejenak, patotla awek2 Sabah cantik2, gebu2 kulit dorang, mungkin tah sejak dari umur berapa dorang dah amalkan makan ni kan.... Hmmm, takpe2, belum terlambat bagiku untuk mencuba.. Daaa

UPDATE: Hmm... daku dah tak makan lagi rumpai laut ni, beberapa bulan je makannya.. Hehe

Sunday, May 13, 2012

Produk Yg Memang Sesuai Dengan Haku Tapi Dah Xde Di Pasaran / Susah Nak Dapat...

Bismillahhirahmannirahhim...
Weii.. Panjang giler tajuk entri ko ni Yatie.. Wakaka..! Hmm... Apa kabar blog. Sebenarnya da lama nak citer, tapi asik bertangguh je. Tapi sebelum tu aku nak mintak maap dulu yer kat tuan2/puan2/cik2 yang empunya gamba2 ni ek. Aku xde tujuan/agenda lain sekadar search image cari gambar berkaitan & save. Mintak maap la sekali lagi kat tuan empunya gamba yer, sebabnya masa aku guna barang2 ni dulu aku takder la plak simpan nawaitu nak snap gamba mereka2 ni seme.. Huuuuu


Kulit aku ni len sikit. Yang mana orang lain sesuai, aku tak sesuai. Bila dah sesuai, pastu dah takder plak jual kat mana2 kedai/pasaraya.. Hangin  jugak kadang. Yer r, nama pun pompuan kan.. Haruslah nak kulit yang elok.. Hehe

Produk yang pertama yang memang sesuai sangat dengan aku ialah pencuci muka ni... Dari JJ (5.5)
* Dulu aku guna yang sensitive skin *

Pencuci muka yang kedua ialah dari jenama Safi... Iaitu Safi Rania. Tak silap dia ada pegaga, anggur.. Memang ok dengan aku. Tapi sekarang dah xde sebab dia da wat jadi Safi Rania Gold.. Dia campo2 dengan emas pulak... Sama la dengan pelembab dia pun aku guna jugak. Memang masa  tu kulit muka aku elok je, sebab sesuai kan.

Haa.. Losyen plak aku sangat suka yang losyen JJ yang dulu2 punya. Lebey kurang macam ni la dia punya warna. Tak silap aku wane botol dia wane krim2 gitue pastu bau dia ada bau bedak. Sekarang dah takder kuar da.. Hmmm.. Sedeh la. Sebabnya aku sangat sesuai guna losyen yang ini. Makanya dah xde di pasaran lagi sekarang ni... Huuu

Dan aku juga sangat suka dengan cologne JJ yang dulu2 punya jugak. Botol dia warna hijau, yang dulu punya bau sangat2 sedap, bau fresh jer. Teringat satu kisah di mana masa aku keje Putra LRT dulu, aku memang guna cologne yang hijau ni. Ada sekali tu aku singgah kedai gamba, budak2 tu tanya aku pakai perfume apa. Haha... Pastu aku jawab, x pakai perfume la, guna cologne Jonhson hijau tu jer... Budak2 tu mcm tergezut jer, coz dorang kata wangi.. Hehe... Tapi sekarang bau2 cologne ni seme dah tukar bau da. Yang hijau ni dah tak wangi macam yang dulu. Bau pening jer aku rasa. Sekarang aku guna yang pink jer. 
Ok, Sekian dulu setakat ini blog, Lepas2 ni aku nak citer pasal jalan2 pulak. Sebab dah lama tak update. Walo agak ketinggalan dari segi masa & tahun, tak kesah lah. Blog aku kan, suka hati aku la.. Wakaka.... 

IMAGE : BY GooGLE

Friday, February 17, 2012

Enchanteur Paris... Wangi !

Bismillahhirahmannirahhim...
Salam Blog... Pagi ni nak citer sket tentang produk best ni. Sebelum beli ada gak tengok2 kat blogger cite tentang mereka2 ni. So aku pun try la beli. Wahhhh.. Memang wangi, tak syak lagi. Cuma part whitening2 tu tak pasti la berkesan ke tak. Sebab tujuan aku beli dua losyen ni nak wangi2 jer. Antara dua losyen ni aku suka yang wane kuning, memang wangiiiiiiiiiiii... Yang wane purple tu bau dia kuat sket, sapa suka bau yang kuat, seswai la guna yang wane purple. Lagi satu, yg wane purple ni seswai pakai malam coz dia tak mengeringkan kulit. Perfume dia aku guna yang Enchanteur Paris Belle Amour (wane pink), bau dia lembut... So sweet.

Pestime beli losyen ni, aku beli dua2 wane. Bila da pakai, da habis aku sambung beli yang wane kuning jer sebab apa tau, sebab aku suka bau dia. Teringat masa balik kampung belah suami, masa tengah sapu2 losyen ni, adik ipar perempuan tegur, 'wanginya, bau apa ni..' Dalam hati kata.. Eh, sampai ke luar bilik ke baunya keluar.. Mungkin sebab angin kipas yang tolak bau ni sampai ke luar kot, keke.. Itu satu. Masa kat umah atok aku plak, lepas jer aku kua dari bilik, mak2 sedara tegur jugak, 'wanginya.. bau apa ni, awak pakai perfume ke' hehe.... aku sengih jer pastu terus bagitau yang aku tak pakai perfume tapi cuma pakai losyen ni je. Pastu esoknya, terus mak ngah aku gi beli sebotol losyen yang wane kuning ni.. Hehe..

Ok, mari kita lihat apa fungsi sebenarnya kedua-dua losyen ni :
1) Enchanteur Paris Non Amie (wane kuning) Light & Fresh Body Lotion- For Outdoor (UV Protection)
- Which combines lemon orange & bergamot with pink peonies, roses & magnolias for a refreshing fragnance.
- Enriched with Aloe Vera & Portulaca extract, this fast-obsorbing water-based lotion deeply moisturises the skin with soothing & calming effect while providing UV protection.
- Its Licorice Extract lightens complexion for fair & soft skin you'll love to flaunt.
- Use it outdoors especially on hot & sweaty days to keep skin feeling fresh all day long.
2) Enchanteur Paris Adore (wane purple) Protect & Repair Body Lotion
- Which combines wild jasmine, pink mimosa & violet with lychee, spiced sugar plum, pomegranate & golden pear for a charming fragnance.
- Enriched with Swiss Edelweiss Extract, this nourishing lightweight lotion deeply moisturises & provides antioxidant benefits to protect against free radicals that cause premature ageing & repair UV-induced damaged skin cells.
- It Licorice Extract lightens complexion overnight for fair & younger-looking skin.
- Use it every night to reveal rejuvenated skin that is delectably smooth & beautiful.

Wednesday, July 6, 2011

Rosa T - Mild Cleanser

Bismillahhirahmannirahhim...
Seperti yang di janjikan, ini la cleanser yang aku & adik tak seswai pakai tu. Kawan dia pakai ok kotttt, bersih muka. Tapi kitaorang?? Pehh.... Naik jerawat macam apa jer. Tobat tanak dah pakai.


- Clean & Clear - Deep Action Cleanser -
So, di sebabkan itu, aku & adik pakat guna cleanser yang ni, memang ok. Siyess... Memang ada perubahan dari segi kawalan minyak kat muka. Jerawat kalo ada tu besela, tapi takde la banyak, secoit dua coit jer... Hehe... Muka pun rasa bersih & fresh jer pas cuci.

Thursday, June 30, 2011

Clean & Clear - Clear Fairness

Bismillahhirahmannirahhim...
Sapa dah try Clean & Clear yang baru ni, aku dengan adik aku da try da. Jawapannya, sangat bez kerana selain muka tak berminyak, macam minyak masak. Moisturizer dia SPF30 tau!!! Cleanser dia pom bez. Sebab, dulu dah pena pakai macam2, muka berminyak jer.. Tu yang beralih arah guna CC yang baru ni...

Size 50ml moisturizer rege RM 15 lebih.. Tecik jer, tapi puas hati pakai.

** Pena da pakai Garnier dulu, tapi muka still berminyak, kalo jalan tengah panas lagi la, maybe tak seswai dengan aku, seswai dengan orang lain. Cam CC ni gak, maybe seswai dengan aku & adik, dengan orang lain maybe ada yang tak seswai... Ada gak yang seswai. So, senang citer selagi tak jumpa yang seswai dengan kulit memang susah kan, hehe...

** Ni pom tak tau la aku dapat pakai sampai mana, sebab aku mudah sangat tukar2 pakai.. Hehe..

Monday, June 27, 2011

Krim Rojer - Putri Binari


Bismillahhirahmannirahhim...
K, dulu aku pena bitau ada satu ubat jerawat yang berkesan tapi dah susah nak dapat sekarang kan. So, sekarang aku nak kongsi satu jenis krim dari Putri Binari ni. Nama dia KRIM ROJER. Ekceli, ni adik aku yang beli, coz jerawat dia menjadi-jadi naik pas pakai satu cleanser ni. Nati aku tepek cleanser tu kat sini, nati la tapi...

Skang nak cakap pasal krim ni dulu. Yang bagusnya, pas adik aku guna, jerawat dia makin beransur sembuh, takderla benjolan, gelembungan dah kat muka dia.

Aku pun guna sekali la krim ni pasai jerawat aku pun naik gak pas guna itu cleanser, adoyaiiii.. Ku maseh ingati cleanser itu.. Huhu... Memang tak membaguskan, untuk kulit muka aku & adik aku la..

Krim ni dia beli setelah dia tanya kat kedai jamu kat tempat dia keje, akak tu sajes dia beli krim ni, coz akak tu pon guna krim ni tepek kat muka anak dia.. Hmmmm

So, rege dia berapa? Rege dia RM10.90. Kat kedai lain tak tau la berapa. Coz kedai jamu ni terletak dalam pasaraya Econsave, kot2 dia caj sket coz nak bayo sewa kedai dia ke, mana la tau kannn...

Tuesday, November 23, 2010

Baru Ka.. Lama Ka..

Bismillahhirahmannirahhim...

Hmmm, kali ni entri nak citer pasal produk lak. Produk yang aku pakai. Ada yang baru & ada yang dah lama pakai la... Siler2 lihat kat bawah erk... Kekeke, kepoh betul minah ni...


~ Ni air gamat + Bedak Sejuk Muntah Belut ~

Bedak sejuk ni aku guna malam seblom titon. Ianya aku guna pengganti ubat jerawat aku. Sebabnya, ubat jerawat yang seswai dengan aku tuh telah pun tidak ada lagi di pasaran. Sangat lah menyedihkan coz ubat "Panoxyl 5%" itu sangat mujarab untuk aku & adik aku, huhuhu... Bedak sejuk ni, selain dari menyembuhkan jerawat ia juga ada macam2 khasiat yer, salah satu nya ialah mencantikkan kulit muka kita, ahaaaa..... Yang tu aku nak tunggu tuh, pasai nya aku baru lagi guna bedak ni, baru je beli, setelah mengalami kekecewaan yang amat sangat akibat ketiadaan ubat jerawat aku tuh, hehehe...

** Kalo korang nak beli, bo lawat kat... sini


~ Cuci muka dengan sabun betik + pakai pelembab Safi + Krim Safi ( kadang2 pakai siang, kadang2 pakai malam + Toner Safi + Untuk my lip : Guna pelambab Vaseline & kadang2 Guna Cosway nya ~

Seblom ni aku dah pena pakai macam2, dari zaman sekola sampai dah besau panjang ada Hazeline, Ponds la, Garnier, Fair & Lovely, Olay la.... Tapi seme tak seswai dengan aku. Aku lak jenis pakai tak berapa lama jer dah tuko baru, kikiki... Selalunya bila aku dah tak pakai aku kasik adik atau kawan2 mak aku. So, yang terkini aku guna Safi. Haa, jangan pandang rendah dengan Safi tutup ijo ni, walo rege dia murah, tapi ianya berkesan tau. Aku try pakai Safi ni pon sebab aku tengok kandungan dia macam selamat sket. Aku cuci muka dengan sabun betik, murah jer. Tapi ianya bagos. Pastu kalo rajin, pakai pelambab Safi & krim dia. Kadang pas cuci muka aku pakai bedak jer, hihihi... Kalo aku tak pakai bedak sejuk malam, aku pakai pelembab Safi dengan Krim dia, esok paginya cuci dengan toner Safi.. Itu ajer....


~ Johnsons Oil + Lulur Bunga Tanjung + Lulur Susu Beras Putri Binari ~

Untuk rawatan badan, aku guna lulur la tapi time aku rajin jer ni, kekeke.... Masa aku dok semenanjung, aku memang suka guna lulur bunga tanjung & putri binari, la ni dah pun packnya di tukar baru kan, lawa... Sejak dah dok bumi kenyalang, aku guna skrub senirik. Pasal susah nak dapat lulur kuning ni. Biasanya aku blend beras yang di goreng & campo dengan susu tepung. Tak pun kalo aku terlebih rajin, seblom aku mandi aku sapu seluruh badan guna Johnsons oil wane pink tuh biar dalam 15 minit, baru mandi. Memang terasa r perbezaan dia. Johnsons oil wane putih tu lak, aku guna selepas mandi untuk sapu seluruh badan, ni aku guna kalo aku terasa kulit aku kering & terasa malasnya nak sapu losyen.. Hehe, memang ada hari nya yang aku rasa, ala... Malasnya nak sapu losyen ni, adoiii. Tu yang sambar jer JJ Oil & sapu, setel... Hehe...


~ Gambau amek dari google, pasainya aku balik cuti ni beli yg refill, isi lam botol mineral jer, keke ~

Mandian ni adalah mandian paling lama aku guna. Dari aku dok KL lagik. Dah tak ingat dah aku tahun berapa. Aku dah terai macam2 jenis mandian, Palmolive, Dove, Impulse, Shokubutsu ( tol ke ejaan ni ) hehe... lagik apa ekk.. Kira banyak la jugak, tapi kulit aku jadik kering. Sangat tak seswai. Tu aku yang guna JJ, pas sekali guna terus aku suka. Walo pun dia kata untuk cerah kan, aku tak kesah sangat nak cerah2 ni, janji dia seswai untuk kulit aku, berehhh....


Untuk losyen, aku pun selalu tukar. Tapi setakat yang aku puas hati, losyen TLC ni yang terbaekk wokkk. Seyes cakap, kalo untuk kulit kering, memang sangat bagus. Kalo tumit kaki pecah, sapu jer hari2 gerenti ok. Dahla murah, tak silap aku RM4 lebih jer kat Giant. Masa makcu aku datang Sibu dulu, aku kem 5 tiub kat dia. Kat Sibu takder jual. Puas da carik. Naik merajuk dah aku, wakaka... Losyen Vaseline tuh, aku baru jer try guna, so far ok... Bedak, memang dari dulu guna JJ gak, kadang tukar Purreen, coz muka aku ni kalo bedak wangi2 yang lain, akan tumbuh ruam di muka. So, dua jenis bedak ni jer yang selamat untuk muka aku, hehe... Biasanya, kalo dah siap mandi aku guna JJ nya pewangi la. Dari zaman aku blajo lagik memang guna yang JJ punya. Pena guna brand lain, tapi macam memeningkan kepala baunya, udahnya terdampar di tong sampah.. Sian dia, hehehe..
Sekian...

** Untuk syampoo, aku guna Clear Pink, lupa lak nak snap gambo dia, hehe...

Thursday, July 30, 2009

Yeay.. Dah Sampai...

Bismillahhirahmannirahhim...


Yeay.. Sabun dah sampai. Masa pos laju datang tadi, aku takder. Gi pejabat pos. Time balik tadi, adik aku cakap, sabun dah sampai. Tengok kat intenet macam besar jer sabun dia. Upanya tecik jer.. Ngee, cam tak padan jer ngan reger dia.. Hehe.. 1 kotak = RM340.. Tapi 1 kotak ni kongsi ngan 4 orang, so jimat la sket.. Err... cam sayang lak nak pakai sabun ni, bli mahal2 kan.. Kekeke.. Oyer, nak bagitau, hati2 kalo nak korang nak beli takot terkena yang tak ORI. Lagik satu, kat blog memang ramai yang jual, then tak sama rege tau. Ada mahal ada murah.. Kitaorang beli ni ngan kawan maklong kat Raub.

Ni kat bawah ni ada testi & keterangan tentang sabun ni :-

- Ruam -


- Rambut Mulai Tumbuh -


- Bekas Jerawat -


- Jerawat Kering Pas Kena Sabun Ni -


- Parut Lama -

EUMORA Facial Bar ini bukanlah produk 'pemutih', 'toner', 'conditioner', 'scrub' atau 'ubat jerawat'. Tetapi ianya sejenis produk kecantikan yang membantu memperbaiki sel-sel kulit secara semulajadi.

Eumora Facial Bar Adalah 100% semulajadi. Ia mengandungi 100% bahan-bahan yang diimport dari Eropah. Eumora Facial Bar sesuai untuk kegunaan harian dan sesuai untuk semua jenis kulit. Eumora Facial Bar akan membersih, menyegar dan melembap kulit untuk mendapatkan kulit yang segar dan berseri. Eumora Facial Bar mengandungi 95% bahan aktif. Eumora Facial Bar bukan sahaja merawat berdasarkan sympton atau gejala seperti produk lain tetapi Eumora Facial Bar akan merawat seluruh organ kulit kerana Eumora Facial Bar adalah produk untuk kesihatan kulit.
KEBAIKAN PENGGUNAAN EUMORA
  • Mengecilkan liang-liang pori.
  • Mengawal 'blackhead' dan 'whitehead'.
  • Mengawal keseimbangan pH kulit.
  • Mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif.
  • Mengurangkan kesan parut pada kulit.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
  • Mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat.
  • Membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmark, kesan selulit dan sebagainya.
  • Kulit kelihatan satu tonalebih cerah kerana proses "exfoliation".
  • Kulit kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi dan berseri-seri.
  • Sangat sesuai dan selamaf digunakan kepada bayi dan kanak-kanak.
  • Mengurangkan noda-noda hitam dan sel-sel mati pada sekeliling leher, celah ketiak dan "bikini line".
  • Bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala.
  • Melembut dan menyihatkan rambut.
CARA PENGGUNAAN EUMORA FACIAL BAR DENGAN BETUL
Bersihkan tangan sebelum menggunakan Eumora Facial Bar. Gosokkan Eumora Facial Bar pada tapak tangan untuk menghasilkan buih yang mencukupi. Pedapkan buih pada keseluruhan bahagian muka (IANGAN GOSOK). Kemudian biarkan selama kurang daripada 3 minit (jangan melebihi 3 minit). Basuh muka dan biarkan ia kering secara sendiri (JANGAN LAP !!) sesuai digunakan 2 kali sehari (pagi dan malam).


Kalo korang nak try beli, cube sebey2 kat blog bawah ni :-
http://alincolls.blogspot.com/
http://kedaisue.blogspot.com/
http://lovelymebeautyshop.blogspot.com/









Thursday, March 19, 2009

Oh Obat.... Oh Obat....

Ini hari.. Sudah petang. Pukul berapa? Pukul 3 lebeh. Ini hari aku nak kasiktau tentang sejenis ubat. Ubat apa? Ubat jerawat la. Tapi sekadar sajes-shen jek. Aku beli kat Guardian, $17 (rege kat semenanjung murah sket la kot..)
Bagi aku ngan adik, kitaorang memang serasi ngan ubat ni.
Berbaloi beli, tahan lama. Aku guna ni hampir setahun dah.
Tak silap, dia ada beberapa jenis:
1) PanOxyl 2.5
2) PanOxyl 5
2) PanOxyl 10
3) PanOxyl 15 - ada ke yg ni? Lupa dah.. hehe

Tapi, yang selalu aku guna yang PanOxyl 5. Pena beli yang PanOxyl 10, tapi tak serasi coz ubatnya kuat sangat. Merah2 muka den...

Tapi lagi sekali, siyes!!! Memang elok. Cuma jangan letak bebanyak. Buh nipis2 jek. Kalo jerawat batu, maybe elok guna yang PanOxyl 10 kot. Pasal, aku pena kasik anak jiran aku yg aku tersalah beli dulu. Dah elok muka dia.

Tapi, utk mengelakkan kekeliruan, seblom beli tanya dulu yg mana seswai ngan jerawat korang. Adioss..