Aku teringat masa zaman dulukala.. Maser aku kecik2.. Memang agak nakal. Boleh tahan nakalnya aku ini lebih2 lagi bila ada kengkawan main sama2 kat umah. Waktu tu, aku sekolah rendah, belum darjah 4 lagi. Selalunya aku main selepas makan nasik. Dah balik dari sekolah la. Asyik main jek. Pergi semak sana, kolam situ, panjat bukit, panjat pokok rambutan. Bukan kat kawasan umah, tapi jauh2 sket. Aku, kalo ada kawan, memang menjadi. Jalan jek kepala otak.. Hehe.. Satu hari tuh, disebabkan aku main terlalu lama, sampai mak aku pun dah bising2.. Aku tak balik2.. Akhirnya, mak aku kurung aku kat luar umah.. Siap kunci pintu dari dalam. Tak kasik aku masok. Huhu.. Dah la malam, umah aku tuh kat cerok.. Banyak pokok2.. Suasana tak yah cakap la, memang menyeramkan. Dah la takder lampu jalan. Harapkan lampu kat umah kawan aku E.T kat atas tu jek. Meraung giler aku maser tuh. Tapi, mak aku wat derk jek. Nak kasik pengajaran... Katanya. Supaya aku sentiasa ingat jangan sesuka ati nak main lama2 sampai tak ingat umah... Mak aku kata!!! Hehe..
Tapi, aku ni degil boleh tahan. Bukan sekali kena kurung.. Ada la beberapa kali..
Nota Sempoi : Kena kurung takder la lama sebenarnya. Tapi, rasa macam satu jam..!!!Tapi, aku ni degil boleh tahan. Bukan sekali kena kurung.. Ada la beberapa kali..
No comments:
Post a Comment