Thursday, March 12, 2009

Siyes Ker..

Hari ini aku nak bersore secara siyes. Takder la sesiyes mana pun, hehe.. Tapi siyes la dari bese. Hmm.. Tadi, tak ler hengat lak jam berapa. Aku ada menconteng sket kat wall yakni group sekolah menengah aku kat Fb. Menyentuh beberapa perkara, tapi aku tapis jugak supaya tak menyentuh sensitiviti, berusaha agar menulis tidak menyinggung perasaan kengkawan aku. Aku cek beberapa kali seblom post supaya takde sapa yang marah, terasa n what eva.. Aku tak mau dek kerana hal itu, aku akan kehilangan kengkawan aku. Sayang siot.. kat dorg seme. Siapalah kita tanpa insan yang bernama kawan.

Katakanlah ada yang beranggapan aku terlalu global, langsung tak memikir tentang apa terjadi di waktu sekarang, aku terima apa sahaja anggapan mereka. Di ulangi, ''Katakanlah.." yer tadi hehe... Bagi aku, aku bersore kerana ada beberapa sebab. Bukan men blasah jek. Aku bukan menyokong atau menentang sesapa tapi aku berada di atas pagar. Memerhati apa yang terjadi & telah pun terjadi. Kebebasan bersore adalah hak kita seme. Kita bebas melontarkan pandangan/pendapat. Apa sahaja yang berlegar di minda, kita boleh luahkan.
Baiklah aku mahu menulis secara siyes sekarang. Wan.. Tu.. Tree.. Go..

Tuhan dah jadikan manusia dalam dunia ni, ada yang baik & yang buruk. Apabila kita baik dengan seseorang itu, mereka akan dipuji melangit. Apabila kita dibenci, mulalah diri kita difitnah, dikutuk & sbgnya. Inilah lumrah kehidupan manusia. Tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ni sebaliknya kita sendiri yang cuba mencari kesempurnaan itu.

Janganlah kita terlalu taksub dengan sesuatu perkara. Jangan menganggap 'dia/seseorang' itu adalah yang terbaik dalam segala hal sehingga terlupa yang terbaik hanyalah Satu. Setiap mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Ada kalanya kita tak nampak kesilapan kita maka sewajarnya pandangan & teguran orang terhadap kita hendaklah diterima.

Sebagai contoh, pakai serban & jubah itu memanglah sunnah. Tapi banyak lagi mende sunnah yang boleh jadi tonggak Iman & jati diri. Tak perlu jadi benggali, kupiah & jubah boleh dipakai dalam dada. Tak perlu mengada-ngada tunjuk alim & tunjuk warak. Watpe pakai serban melilit kalo hati berbelit-belit. Mana ada pendakwah yang Lillahi Taala menjadi kaya di dunia. Tapi pendakwah Lillahi Taala akan menjadi orang yang paling kaya ''di sana" nanti.
Berlakon pura-pura ikhlas memang mudah. Yang susah ialah adakah hati itu benar-benar ikhlas.

Aku tak mau ulas panjang lebar tentang 'perkara itu' cukup sekadar mengatakan yang sebenarnya.. Hidup ni merupakan satu bentuk lakonan. lakonan di satu pentas besar & berbagai. Lakonan setiap org di antara kita ni dah ada skripnya kat Luh Mahfuz. Allah swt yg myediakan skripnya, mengasah & Dia juga yg menilai lakonan kita tu. Cuma kekadang, lakonan kita menjadi sumbang bila ada gangguan. Gangguan dari Iblis & Syaitan. Ini adalah hakikat. Bila lakonan itu sumbang, ia ditertawakan oleh para malaikat, nabi-nabi & mereka yg terdahulu. Maknanya, kalo kita cukup takut digugurkan/ditolak oleh "pengarah" tu, kalo tak mau jadi sumbang, kita kan telah diberi panduan, untuk menegak & menafi kemungkaran. Kalo menyimpang, sumbang la jadinya kecuali kalo kita dah mati. Slepas mati, dah takde lakonan lagi. Itu baru kehidupan sbenar. Dah takde pura-pura & kebatilan lagi..
Kata Ustaz, kalo nak mati biarlah dalam iman dan dalam Islam. Harta benda tidak boleh membantu kita di akhirat. Iman dan amal yang soleh saja yang boleh membantu kita.

Akhirulkalam, yang benar & tepat datangnya dari Allah swt. Jika ada tersalah/khilaf maka tentunya datang dari diriku sendiri yang serba daif ini.

NOTA SEMPOI : Allah swt tidak memberikan apa yang anda mahu, tapi Dia menganugerahkan apa yang anda perlu. Allah swt tidak pernah pilih kasih kerana dia Maha Pengasih & Maha Penyayang...


No comments:

Post a Comment