Friday, March 13, 2009

Macam-Macam Hal...


Sambung balik. Sajek jek tanak campo ngan entri tadik. Seperti yg aku kata tadi, aku ada bace kat brite2 on9 tentang beberapa isu. Macam2 hal la sekarang ni. Sekarang ni, turn aku lak. Aku nak sentuh beberapa perkara. Cewahh.. Hehe.. Mengapa yer.. Pemimpin2 kita bersikap cam bebudak.. Terutama dalam parlimen. Hadoyai... Bertekak satu hal. Suka menyampuk dah satu hal. Menggunakan bahasa-bahasa yang kurang sopan pon satu hal jugak. Tak bley cakap bek2 ker. Sama jek bek gomen ato pembangkang. Kalo aku ada megik, nak aje aku masok lam parlimen & tekan butang 'Pause'... Bising tau! Hehe.. Bergado cam bebudak. Bebudak pon pandai berdamai, pas gado, pastu.. Bek smula. Salam tangan lagik tau. Ni? Hmmmm...

Aku nak sangat melihat satu suasana yang damai. Berbincang secara aman, bukan bertelagah sesama sendiri. Sebaiknya, jgn sesekali menyentuh hal2 sensitif terutama isu agama. Kita ni hidup dalam negara yang penghuninya bukan seme penduduk melayu. Ia meliputi pelbagai kaum, bangsa dan agama. Jangan la dek kerana sesuatu hal/isu, seblah pihak menggunakan cara yang salah. Gunakan cara yang betol. Aku tak suka betol dgn demo. Bek gomen or pmbgkang sama jek. Tak puas hati, wat demo. Dorang tak pikir ker hal tu akan menyusahkan ramai pihak. Jalan di tutup la... Itu la ini la... Kalo seseorang tu nak cepat, nak mghadiri temuduga, skalik jalam jem. Sapa yang susah? Dia jugak. Itu takper lagik, kalo keluarga len nak menghadiri majlis kematian, pengantin nak akad nikah ker.. Tak ker menyusahkan. Kalo yang ada lam kereta tuh nak menuju ke hospital, nak bersalin or sebagainya, alih2 tak sempat, meninggal... Tak rasa bersalah ker..??

Itu hal demo. Len lak yang mengutuk polis. Memang la, ada gak polis yang tak betol. Tapi, tak semua polis itu sama. Tak pikir ke satu hari nati, kalo ahli keluarga memasing (merujuk kepada individu yg mengutuk polis) hilang, anak istri, sedara mara kena culik, kena rogol, kena rompak, kena bunuh.. Nak ngadu kat sapa? Nak report kat mana? Balai bomba? Doktor? Haaaa...
Ke balai polis jugak peginya. Mintak tolong polis jugak menangkap penjahatnya.

Alangkah beknya kalo kedua-dua belah pihak berdamai, bergabung. Sama-sama menjaga & mentadbir negara. Bukan ker elok. Tapi, seme tu takkan mungkin terjadi selagi sikap ego, marah, berbeza pendapat, tidak menghormati, hasad & iri maseh berleluasa dalam sanubari. Sendainya mereka berdamai, seisi negara turut merasainya.
Sejarah ada menerangkan, para imam mazhab kita pon ada berselisih pendapat & pandangan.
Contohnya : Imam Shafie berbeza pendapat dgn Imam Malik. Tapi, Imam Shafie tak pena menyalahkan & menghina antara satu sama len. Imam2 tu saling menghormati walopon sudah meninggal dunia. Sepatutnya, perbezaan pendapat jgn jadikan kita saling berpecah tapi jadikanlah saling hormat-menghormati antara satu sama len. Ketegangan yg ada jgn ditambah lagi. Bahkan persamaan yg harus kita cari & bukan perbezaan yg patot kita besar-besarkan.

Al-Quran tak melarang kita berbeza pendapat. Hadis jugak tak melarang. Tapi, kedua-duanya melarang kita berpecah-belah. Takkan ada kemenangan tanpa kekuatan. Takder kekuatan tanpa kesatuan & takder kesatuan tanpa silaturrahim.

NOTA SEMPOI : Hidup di dunia ni tak ubah seperti seorang musafir yg sedang bernaung di bawah sebatang pohon yg sebentar kemudian pergi & meninggalkan pohon tersebut.

2 comments:

  1. bagus...ada sikit isu tp maseh terikat dengan 'perpaduan' yang terlihat dari satu sudut aja...hahaha teruskan menulis...

    ReplyDelete
  2. LALALALA.. timakaseh kasik komen..
    xper, len org len pandangan.. hehehe.. mcm ni la.. sy ni sebenarnya paling x suka hal2 yg berkaitan dgn kekerasan.. hal2 yg mggu ketenteraman awam... gituelah... pmbgkang pena wat, gomen pon sama..

    ReplyDelete