Malam tadi aku tak dapat tido lena lagi. Sama seperti malam sebelumnya. Dua malam berturut-turut aku sedeh. 'Hujan gerimis' diwatnya. Sudahnya, bangun pagi.. Mata kebengkakkan. Naseb, mak tak tanya. Mungkin dia prasan, mungkin jugak tak. Tapi dia malas nak tanya kenapa. Bukan aku sengaja teringat, tapi dah mende alah tu nak datang tanpa aku undang. Nak wat cemana. Sebenarnya, semakin dekat tarikh aku nak balik semenanjung, semakin aku dup dap dup dap. Aku tak suka, kalo boleh aku tak nak balik langsung. Aku tak nak terserempak dengan dia. Aku tak nak nampak dia dengan minik dia. Aku tahu dia sedang bahagia. Mungkin sangat2 bahagia kerana bakal nak dapat baby, yer la... Dia kawen seminggu sebelum Mawi & Ikeen kawen. Ikeen pun dah gugur.. Mesti minik dia pun dah ada isi. Huk huk.. Ramai kawan2 kasik nasihat/pandangan/sampai dah jemu pun nasihatkan aku. Lupakan dia, lupakan jantan kaberet tuh.. bla bla bla.. Yer, cakap memang senang. Tapi orang yang menanggungnya yang susah nak merealisasikan seme tuh. Sungguh, aku tak tipu. Aku rasa, inilah bezanya lelaki dengan perempuan. Lelaki, kalo dah putus, dia boleh cari lain. Sekejap jer, tak yah lama2.. Dah dapat yg baru. Perempuan??? Memang susah. Kalo jenis yang cepat jatuh hati, memang senang dapat pengganti. Macam aku ni, susah sket. Aku asik teringat dia hampir setiap hari. Padahal aku dah cuba sibukkan diri. Aku tau, dia langsung tak ingat aku sejak hari dia pergi dua tahun yang lepas. Ada sorang member aku kata, "watpe ko berkeras tanak balik.. wat tak tau jek, ko balik, ko dok umah ko.. tenang jek dok umah sendri.."
Masalahnya, umah aku tuh la.. yang aku tak boleh nak dok lama-lama. Bila aku balik umah aku kat sana, aku jadi sedeh. Aku akan ternampak dia di mana2. Aku ternampak dia duduk kat kerusi yang dia suka duduk. Aku akan nampak dia tengah betulkan paip bilik air. Aku akan nampak dia mengusung piring/pinggan selepas dia makan. Aku akan nampak dia tolong aku melukis komik kat meja makan... semenya.. wat aku sedeh!!! ((BUKAN KITRG DOK SEKALI YER.. DIA DATANG KALO HARI RAYA/HARI2 BESE, FAMILY AKU ADA SEKALi TAU)) Setiap hari, aku berdoa semoga aku diberi kekuatan supaya akhirnya aku akan dapat lupakan dia. Supaya bayang2nya tak lagi mengekori kemana aku pergi. Supaya akhirnya aku akan dapat lupa bagaimana rupa, namanya buat selama-lamanya. Aku juga berharap, satu hari nanti, aku akan berasa tenang di rumah sendiri. Aku rasa nak cat semula bilik aku dengan warna yang lain menggantikan warna yang asal.. Warna yang dipilih untuk hari ...... yang akhirnya tak kesampaian. MENGECAT!!! Yer, betul jugak, bulan 6 nati time aku balik sana.. Cuti 16hari.. Aku nak sibukkan diri dengan mengecat semula bilik aku. Err, kalo takde program len la. Bese kalo balik, sibuk jugak ke sana ke sini. Sebelum ni, setiap kali aku balik, aku jarang naik ke bilik aku tuh. Aku tak tido langsung pun kat bilik tu. Aku tido kat bawah. Aku tak suka berada dalam bilik aku tuh lama2. Mungkin selepas aku cat semula bilik tuh, suasana akan berubah. Mungkin aku mengambil masa yang lama untuk pulih, berbanding orang lain. Biarla orang nak cakap apa. Dorang tak rasa apa yang aku rasa. Dorang tak tau bagaimana rasanya kalo dorang berada di tempat aku. Dulu, aku pernah rasa jelek melihat kawan2 yang baru pas clash, menangis macam histeria coz tak dapat terima hakikat. Sampai aku kata, apa la yang beriya sangat nanges bagai nak rak kat seorang mamat... Tapi, tu dulu, bila kene kat aku. Baru aku tau, bagaimana rasanya. Tuhan aje yang tau. Dah tuh, amek ko.. Dah dua tahun lebeh pon aku masih lagi macam ni. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan. Mungkin aku jugak seorang yang bodoh kan. Maklumlah.. 1st luv. Susah nak lupa beb!!! Walopun umah kitaorang hanya sejengkal jek. Dah lost contact pon. Lepas dapat tau dia nak bertunang, teros aku sepikan diri. Tukar number tepon segala. Dalam hati, cepat betol dia dapat pengganti. Cepat betol dia lupakan aku. Yerla, dia yang pergi kan. Lainla.. Kalo aku yang pergi. Mesti dia masih ingat aku (heh.. ye ker..? tak mungkin!!!)

No comments:
Post a Comment