Saturday, January 2, 2010

Bila Dah Boring

Bismillahhirahmannirahhim...

Hari ni tadi pas wat apa2 yang patot, aku tengok tiwi. Sambil makan sambil tengok tiwi. Tengah2 makan, aku dengar ada orang datang. Owhh... Ana & Ashraf datang. Pelawa sekalik dia makan nasik. Dia tak mao. Borak2 r jap. Pas dorang balik, mak ajak aku kuar sekalik gi bli barang. Bawang tak silap. Aku tak nak la, lagipun adik aku takder. Kua ngan kawan dier. Aku boring, aku amek kamera abah, aku snap gambar2 ni seme.. Hehe, ni yang dinamakan takder keje carik keje, hahahaha..

Mak abah aku minat sangat dengan barang2 jati. Majoriti la kalo gi umah orang semenanjung kat area Sarawak ni, kompem mesti ada barang jati kat umah dorang. Bek cikgu ker, askar ker, polis ker, PGA ker, kastam ker.. Apa2 kerjaan la pun asalkan orang dari semenanjung, kompem ada punya. Sebab apa??? Sebab ni barang jati Indon, dah la cantik, murah lak. Bukan lah murah singgit dua hengget, tapi rege dia lebih murah kalo bli kat semenanjung. Ramai kawan2 mak aku dah mula kumpul sebelum nak balik semenanjung. Macam ada sorang kawan mak aku nama Kak Ida Mansor dia sebey dulu rege kat kedai2 jati kat semenanjung, dia nak sofa jati, cam sofa kat sini yang paling lawa sekali baru 5k, kat semenanjung jual sampai 15k... Design yang sama. Manyak tuh lari. Pe lagi, Kak Ida pun teros sambar r tanpa pikir banyak kali. Dah sah2 beza benor regenya.

Tak semua barang2 jati kat umah aku ni dah lengkap. Kosi makan, sofa, rak tiwi belum ada lagi. Yang ada, ni jer lah... Mula, aku macam tak berminat gak, tapi bila dah hari2 ngadap. Eh'eh.. Lawa la plak. Dulu2 aku suka barang rotan. Tapi aku pun dah mula minat barang jati/barang yang berasaskan kayu. Dalam gambar2 ni ada gak barang aku, hehe.. Ala yang kecik2 jer, yang besar2 tak mampu la plak.. Hek hek..

Surah Yassin ni aku punya - beli kat Serikin, Kuching



Ayat Kursi ni pun aku punya - beli kat kedai kraf




Set teko jati ni - mak yang punya





Basikal - mak punya
rehal - aku punya
motor - abah punya




sampan - abah punya
congkak - mak punya




Lampu ni abah punya




Meja sotong rendah - abah punya




Meja sotong tinggi - abah punya




Cermin ni... Abah & mak yang punya




Peti Jati ni aku pangey 'peti musang berjanggut' - abah yang punya




Tingkap jati - aku punya
Topi kat atas tuh, dua dari kiri abah punya, yang last aku punya




Tanduk2 ni - abah punya




Kapal - abah punya




Kusi ni - abah punya




Meja kacang - mak punya




Meja separuh bulat & meja lonjong telo - abah punya





Meja 3 beradik - abah punya




Troli - mak yang punya




Meja konsul 3 laci - abah yang punya




Meja Oshin - mak yang punya ( meja kesayangan mak ni.. ) hehe..




Almari dua pintu - mak yang punya




Aku tak tau apa nama almari ni tapi - abah yang punya



Almari sudut ni - mak yang punya




Almari 3 pintu ni - mak yang punya




Meja ni aku pun tak tau nama apa tapi - abah yang punya





Tikar sarawak - aku yang punya




Tikar sawak yang ni - abah yang punya


K, sekian...

Friday, January 1, 2010

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada..


Bismillahhirahmannirahhim...

Hari ni, petang.. Kat Sibu cuaca agak baik. Semalam ujan lebat. Tak tau la kat dataran Sibu semalam ramai orang pegi ke tak. Teringat kat seorang sahabat bertanyakan tentang tahun baru. Di mana aku menyambutnya & dengan siapa. Aku ada di rumah jer. Tak kuar gi memana pun. Lagipun aku demam. Siap pakej kooooo.... Pening + Batuk + Selsema, huhu... Dengar gak munyik mercun bunga api yang 'kebommm kebommmm' tuh. Aku sempat jenguk kejap jer la kat pintu.

Dah tahun 2010 dah yep. Lagi setahun lebih aku & family akan pulang ke semenanjung atau orang sini pangey 'Malaya' buat selama-lamanya. Setahun bertambah lagi usia aku. Apa ada pada usia, hanyalah angka. Memang betol semakin berusia corak pemikiran kita semakin matang. Persoalannya, matang ker aku ni...?? Hahahaha...

Okey... Siyes-siyes! Kadangkala, cewahhhh.. Hehe.. Bila aku duduk berseorangan banyak perkara yang terlintas di fikiran aku. Apatah lagi di tambah dengan beberapa kejadian yang berlaku di seluruh dunia. Aku paling sayu bila melihat saudara se-Islam kita ditindas dengan kejam. Bayi, kanak-kanak, wanita tua, sering menjadi korban. Sayu juga hati bila melihat anak-anak kecil di luar bumi Malaysia tak cukup makan pakai. Betapa susahnya mereka bila tanah air tercinta di ragut sedemikian rupa. Memang di Malaysia juga ramai orang yang susah, tapi kita tidak di serang, rumah kita tidak ada lelaki2 bersenjata untuk membedil kita bila2 masa. Masih lagi boleh bernafas walau makan hanya ubi rebus, nasi berkuahkan air.

Aku bukan nak bercakap soal politik, tapi aku ingin menyentuh tentang betapa kalo kita rasa susahnya kehidupan kita sekarang, di luar sana ramai lagi yang susah sebenarnya. samada di tanah air kita sendiri atau negara luar. Teman2 rajin mengeluh, kos sara hidup meningkat & sebagainya. Tapi sedarkah korang dalam susah2 kita, pernah tak korang tak makan untuk beberapa hari. Anak2 korang, pernah tak dorang tak menyusu, tak makan nasi, tak makan apa2 langsung untuk beberapa hari. Namun, sesusah-susah hidup kita, insaflah.. Ramai bayi2 & kanak2 di luar bumi kita sedang menderita kelaparan. Usahkan nak menjamah nestum, nak menjamah roti pun belum tentu. Pernah tak korang bayangkan, yang bayi2 serta anak2 sekecil itu pun mampu menahan lapar. Takkan kita baru di duga dengan kesusahan yang sedikit terus tak mampu lagi untuk menanggungnya.

Kita ada segala-galanya, tapi mereka tidak. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi hari ini. Sebagai contoh : Walau kecik rumah yang kita ada, bersyukurlah kerana itu rumah kita. Walau kecik kereta yang kita ada, bersyukurlah kerana itu kereta kita. Ada jugak kan, dari takder. Walau pada satu ketika kita rasa susah sangat, tapi kita masih berpeluang minum air masak, dari minum air parit. Kita masih mampu beli maggie & roti untuk alas perut. Bersyukurlah kita tidak kelaparan berhari-hari, kecualilah kalo kita berpuasa kan.. Haaaa....

Nota Kecik : Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Tinggal Kenangan

Bismillahhirahmannirahhim...


Salam pagi Jumaat. Eh'eh... Dah tahun baru la. Hmmm... Sambil aku manaip neh, ditemani ujan tau kat luar. Sejokkk jek. Aku takleh nak tdo r. Mesti sebab minum kopi pagi takdi. Tak rasa ngantuk pon. Pas tengok konsert Dewa 19 kat Ria tadi aku baring la, tapi mata tetap gak celik. Sempat lak tengok program adik aku kat cenel Discovery. Pastu kan, tengah nak lelap2 tuh, tiber lak tingat kat mamat tuh, ala mamat tuh la.. Yang chenta pertama aku tuh. Yang dah kawen tuh la. Bukan sengaja maaaa.... TERRR ingat jer, ni gara-gara tengook citer Devdas takdi ni (tiber jer salahkan SRK lak..)

Mungkin dah tertulis aku & dia tidak di ciptakan untuk bersama. Kami ditakdirkan untuk menjadi kawan, sahabat & bercinta tapi tidak untuk hidup berdua hingga ke akhir hayat. Mungkin aku ni bukanlah yang terbaik untuk dirinya.

Ermmm, tapi kan masa aku balik raya haji dulu, aku tesempak lak dengan dia. Mak aaaaaiiiii aku punya geram sampai naik ketar badan. Aku ni rabun sket, tapi masih nampak lak nombor kete dia masa tuh. Masa tuh aku nak bli jagung kat Pasaraya T** T**, sambil2 borak dengan adik aku, aku pandang2 kat jalan tempat parking. Boleh lak aku ak perasan bila masa dia masuk parking tuh. Yang aku perasan, aku ternampak kete merah, dengan number plat yang memang aku dah tau. Apa lagi, bila nampak jer kelibat dia teros aku jadi tak tentu arah, menyumpah gak la maser tuh sebab aku memang kalo boleh dah tak nak ternampak dia lagi. Bila aku nampak tudung wife dia, cepat2 aku pusing & turun bawah, nyuruk kat sebuah van. Fuhhhh... Ni la yang watkan aku tak suka berada dalam situasi macam ni.

TinggaL Kenangan - Saleem

Pernah Ada Rasa Cinta
Antara Kita Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu
oohhh
Kini ku Coba
Mencari Penggantimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita

Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu
oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara
Kita
Kini Tinggal Kenangan....

Nota Kecik : Lagu ni ditujukan khas untuk diri aku, tima kaseh banyak la untuk aku tu yer, wat susah2 jer tuju2 lagu.. Kekekeke

Wednesday, December 30, 2009

Detik - Detik Akhir

Bismillahhirahmannirahhim...


Salam malam jumaat a.k.a mlm tahun baru, waahh... Tengok pada tajuk entri cam siyes jer, cam tragik jer kan, hua hua hua.... Takder apa2, malam ni bertemankan kipas orijenal ni, orang nak menghabiskan citer saki-baki tahun 2009. Nak abis dah kan, cepat jer masa berlalu. Tahun depan ( macam la lama betul, hehe.. Padahal esok jer tahun baru) maka bermula la kisah hidup kita yang baru.

Soklan paling glemer mesti la.. "Apa azam tahun baru ko?"
Kalo sesapa tanya orang, orang jawab.. " Tak dok..." Dah, sudah.. Hehe.. Sepanjang tahun ni, memang banyak la kisah2 yang terjadi dalam hidup neh. Tak mo la citer seme, sikret r kan!

Cuma aku paling SUKER SANGAT kan, dapat jumpa semula dengan kawan-kawan kat kolej dulu, waaaa.. Seronok sangat, tak tau r nak diskraib cemana punya hepi tuh. Bayangkan lah.. hampir 10 tahun tak jumpa, lama lost cantact akhirnya.. Di penghujung tahun 2009 ni dapat gak berhubung semula dengan dorang semua, tima kaseh banyak-banyak la kat En. Facebook, sumbangan beliau dalam talian ini amat-amat di hargai.

Bila dah berhubung, mulalah soklan terhangat di pasaran pun bermula...
Soklan pertama : " Ko kat mana sekarang.."
Soklan kedua : " Ko keje apa sekarang.."
Soklan ketiga : "Ko dah kawen ke.."

Kepada kawan-kawanku tersayang, udahku menjawab semuanya kan. Tapi, ada gak yang tak percaya yang aku masih single, masih sendiri. "Bagaimana ini" bak kata kezen kecik orang - Dekna, ater.. Dah memang betol aku single, nak wat cemana kan, takkan nak cakap dah kawen lak :p Hehe...

Memang la kat entri yang sebelum ni aku ada tulis sesuatu kan, "Adakah orang ni dah jatuh cinta?" Tapi tak bermakna semua tu betul, coz aku memang suka wat ayat yang menjadi tanda tanya/persoalan. Kalo sesapa yang rapat dengan aku time dok umah sewa dulu, macam-macam aku kenakan dorang, haha... Salah-satu citernya ;

Masa dok umah Bukit Chedang zaman dulu2, aku pena kena hambat dengan dak-dak umah cam Kak Waty, Kak Nora, Ana.. Hehe, sebab aku kata akudah nak "jalan".. Kena sakit buah pinggang. Yang kelako Ana percaya, wakaka.. Seme tuh bermula masa Ana anta aku gi klinik r. Muka aku lg sembab & bengkak-bengkak. So, doktor saspek sakit buh pinggang, upanya aku elergic makan. Bila dengar doktor kata macam tuh, aku dapat satu idea nak kenakan budak-budak tu. Punya la wat muka kesian, si Ana sampai tutup-tutup pintu nak bitau kat bilik seblah , padahal aku saja jer cakap ngan dia supaya jangan bitau sesapa. Sebab aku au, dia tetap akan bitau sesapa, hehehe.. Dalam seminggu gak r, aku rahsiakan perkara tu, lama-lama aku tak leh tahan la, nak gelak ajer... Sebaik jer aku citer kisah sebenar, hah ambik kooo.... Trus kena kejar ngan dorang, dorang nak lepuk paler aku, hahahaha.. Padan muka aku.

Ada lagi senanya, tapi yang paling best yang tuh r. Satu lagi orang kenakan kawan baik orang, tapi ni bukan masa dok Semban r, ni dah dok kat Sawak. Aku kenakan si Fendi & Hazreen. Masa tuh April Fool. Aku kenakan dorang dengan cakap aku nak "jalan" jugak. Sakit otak, wakakaka... Konon ada darah beku, akibat bertahun-tahun tarik rambut. Dorang percaya lak tuh, walhal mana ader. Hehe.... Si Hazreen sampai nangis-nangis sampai tak lalu makan memandang kan kononnya dia bakal kehilangan kawan baik dalam masa terdekat buat selamanya. Si Fendi lak, aku anta SMS konon menyamar sbg abah aku la yang anta msg kat member-member suh Fendi ni bitau member yang lain konon aku dah "takder" setengah jam yang lalu, tak lama pastu dia kol, dia bagi salam jer, terus aku sergah dia cakap.. "April Fool" Fendi punya la mengucap panjang, ketar-ketar sore dia, hehe.. Sori Fendi, Sori Hazreen... Hehe.. Puas lak dengar si Hazreen & Fendi berceramah, tak pasal-pasal aku kena clorox malam tuh.
Padan muka aku kan.. Hehe... Jaat sangat.

Tu lah antara citer yang paling tak dapat dilupakan bila megenakan kawan-kawan sendiri.
Sebelum aku mengakhiri entri kali ni, aku nak minta maaf banyak-banyak kepada kengkawan yang pernah aku kenakan, hehe.. Juz for fun jer, huhuhu..
Pada kengkawan yang rajin bertanya bila aku nak kawen, insyaallah.. Kalo jodoh ada, kawen lah aku, kalo takder.. Tak kawen lah aku, itu jer la yang boleh aku bitau.
Okla, sama-sama kita berdoa semoga kehadiran tahun baru yang menjelma tidak lama lagi memberi kita seribu satu kebaikan, kenikmatan kepada kita semua. Semoga hari-hari yang bakal kita tempuh, kita seme dapat melaluinya dengan tabah walau seribu dugaan yang datang. Akhirulkalam... Selamat Tahun Baru & Salam Satu Malaysia...

Nota Sempoi : Ketahuilah bahawa dalam jasad itu ada seketul darah (daging), apabila ia bersih, maka akan bersihlah tubuh badan semuanya dan apabila ia rosak (keji) maka akan rosaklah seluruh tubuh itu, ketahuilah itulah "Hati"

Sunday, December 13, 2009

Sedikit Tensen...

Bismillahhirahmannirahhim...


Erm.. Laptop wat hal.
So tak dapat org nak update apa2 pasni.
Memang la boleh gi CC, tapi tak mau..
Nati nak upoad gambar, mesti pdrive kena virus.
Dah serik.
Dah dua pdrive jahanam kena virus kat CC.
Sementara ada laptop adik, boleh la pinjam jap.
Update kedai, emel & bla2...
Esok nak mintak tolong member tengokkan.
Kalo tak ok gak, kena anta kedai..
Huhu..
Sedey r...

Monday, November 9, 2009

Wife Rosham Nor...

Haaa... Inilah Dia Wife Rosham Nor.. Lawo Kan...



Orang dapat gambar ni pun dari paper on9 jugak ni.. Mesti ada di antara tetamu yang datang umah terbuka Rosyam yang send pic ni kat wartawan kan..

Umah Mawi...

Dapat gambar-gambar ni pun dalam on9 jugak.. Saja jer nak tengok.


Cantik Ek Dalam Umah Mawi Ni, Untungnya Ekin Kan...

Mawi dan Ikin
Mawi dalam bilik tidur.

Inilah sebahagian ruang dalam rumah Mawi...
Mawi dan Ekin


Mawi di salah satu ruang tamu
Mawi dan Ekin.
Bar pun ada dalam rumah.
Mawi dan Ekin
Posing di ruang dining.
Mawi dan Ekin
Ruang tamu utama.
Mawi dan Ekin
Lobi tingkat atas menghadap ke luar rumah.
Mawi dan Ekin
Ada meja pool untuk hilang kebosanan.



Monday, October 26, 2009

Orang Lain Kata...

Bismillahhirahmannirahhim...

Orang lain kata, kalo hati kita berdebar bila kita berdepan dgn seseorang tuh, tanda kita dah jatoh cintan.
- Yeker?
- Wat2 tanya lak, macam la baru pestaim bercintan, wakaka...

Orang lain kata, kalo kita asik teringat dia, mata kita pun bersinar-sinar bila sebut tentang dia, pun kita dah jatoh cintan.
- Yeker?
- Ye la kot agaknya..

Orang lain kata, dulu bercinta bagai nak rak, berkapel bertahun-tahun akhirnya putus jugak. Tapi bila seru dah sampai, Tuhan bagi jodoh untuk kita dengan cara yang paling senang tanpa kita sangka.
- Yeker?
- Hmm.. Mungkin jugak iyer...
- Jawapan paling stendet : Dah Sampai jodoh...

Persoalannya, orang ni dah jatoh cintan ke?
- Hahaha... Yang ni susah nak jawab.
- Ye la, betol la, tak tau nak diskraib cemana. Bila dia msg2, rasa biasa jer. Bila dia x msg2.. Rasa rindu plak. Cewah...

Persoalannya lagi, dengan sapa.?
- Ntah xtau.. Hehe...
- Biarlah rahsia...

Nota Sempoi : Semalam orang tdo awal jugak. Lepas tengok ZOOM IN - Lagenda Rock, mata layu jer.. Hehe.. Tapi *saspek r kat Ali Terra Rossa masa dia pepom, fuhhh.. Best, Aly AXL's pun beh gak. Layan siot lagu2 slow rock semalam..

Tuesday, September 1, 2009

Masa@Waktu

Bismillahhirahmannirahhim...


Pheww.. Lama giles tak update blog neh. Mukan malas, tapi tak berapa nak berkesempatan nak taip pepanjang kat sinih. Asal mukak on9 jer, update dua lagi blog, peh tuh memulakan penjelajahan dari blog ke blog ("bekerja" maa.. mukan jenjalan sesaja) ngee.... & macam2 lagi la yang orang wat, huhu...

Kadang rasa pantas betol masa berlalu, rasa cam baru jek on9, dah pukul 5 petang. Setiap hari rasa tak cukup jer waktu. Mesti terkejar-kejar. "Letih" kekadang dalam mengejar waktu coz seme mende kena wat pada hari yang sama, pada waktu yang sama. Sebab tuh kengkawan ramai tanya, nape tak on YM? Cemana nak on, kalo on kang tak siap la keje kan, huhu.. Memang tak cukop mase la. Hmmm.. Sori yer kengkawan jangan la terasa hati mukan seng-a-jer takmo YM, nati keje2ku terbengkalai, tapi orang selalu cakap kat dorang, kalo orang tak kebizian, memang orang on YM nyer.... Tak cayer leh tanya Linda - staff JPPH Segamat, hehe...

Sama jugak ngan mulan pose ni kan, dah nak abes da, cepatnya maser berlalu, rasa cam baru semalam jer mula pose. Setiap kali sampai pertengahan pose mesti rasa sedeh sebab tak tau tahun depan masih sempat ke tak kita merasa nikmat bulan ramadhan ni. Sebab, hayat kita hanya Tuhan saja yang tau. Ntah esok, lusa, tulat.. Kita akan dipanggil pergi. Bersediakah kamu orang seme dengan panggilan ilahi..? Hmm...

Owh yer, orang ada satu kisah, ehh.. mukan, ada dua kisah. Pes, orang sangat2 gumbira coz my classmate/housemate masa blaja & keje dulu iaitu Kak Nora telah pon peknen. Lagi best coz dia peknen kembar. Waaa... Sangat tak percaya rasanya. Congret to ah kak gebuku itu & sominya coz telah berjaya mengkembarkan babynya, ekekeke.. Opsss!!! Niwey, tuh seme kuasa Tuhan. Syabasss inspekter sahabb..!!! Nati, dah lahir, orang nak tengok baby akak yer. Mesti comey & gebu jer cam mak dier.. Hehehe... Haa, chop2 jangan guna nama..

Nur Laila Salsabila
Nur Husna Saffiya

Mohd Alif Rayyan

Mohd Qalif Muszaphar

B-coz, ni nama bakal anak2 orang key, haha.. (ntah biler tah tawen, tibe jer dah rancang2 nama anak segala, iskkk.. ska ati orang la kan, mukan masok penjara pon.. hik hik)


Kedua kisahnya.. Esemen, dah pukol 5.11am la, ekceli orang tak boleh tido takdi (awal pagi tadi), tu la orang mangun & sahur skalik. Kisah kedua sambung nati la.. Hehe..






Thursday, July 30, 2009

Yeay.. Dah Sampai...

Bismillahhirahmannirahhim...


Yeay.. Sabun dah sampai. Masa pos laju datang tadi, aku takder. Gi pejabat pos. Time balik tadi, adik aku cakap, sabun dah sampai. Tengok kat intenet macam besar jer sabun dia. Upanya tecik jer.. Ngee, cam tak padan jer ngan reger dia.. Hehe.. 1 kotak = RM340.. Tapi 1 kotak ni kongsi ngan 4 orang, so jimat la sket.. Err... cam sayang lak nak pakai sabun ni, bli mahal2 kan.. Kekeke.. Oyer, nak bagitau, hati2 kalo nak korang nak beli takot terkena yang tak ORI. Lagik satu, kat blog memang ramai yang jual, then tak sama rege tau. Ada mahal ada murah.. Kitaorang beli ni ngan kawan maklong kat Raub.

Ni kat bawah ni ada testi & keterangan tentang sabun ni :-

- Ruam -


- Rambut Mulai Tumbuh -


- Bekas Jerawat -


- Jerawat Kering Pas Kena Sabun Ni -


- Parut Lama -

EUMORA Facial Bar ini bukanlah produk 'pemutih', 'toner', 'conditioner', 'scrub' atau 'ubat jerawat'. Tetapi ianya sejenis produk kecantikan yang membantu memperbaiki sel-sel kulit secara semulajadi.

Eumora Facial Bar Adalah 100% semulajadi. Ia mengandungi 100% bahan-bahan yang diimport dari Eropah. Eumora Facial Bar sesuai untuk kegunaan harian dan sesuai untuk semua jenis kulit. Eumora Facial Bar akan membersih, menyegar dan melembap kulit untuk mendapatkan kulit yang segar dan berseri. Eumora Facial Bar mengandungi 95% bahan aktif. Eumora Facial Bar bukan sahaja merawat berdasarkan sympton atau gejala seperti produk lain tetapi Eumora Facial Bar akan merawat seluruh organ kulit kerana Eumora Facial Bar adalah produk untuk kesihatan kulit.
KEBAIKAN PENGGUNAAN EUMORA
  • Mengecilkan liang-liang pori.
  • Mengawal 'blackhead' dan 'whitehead'.
  • Mengawal keseimbangan pH kulit.
  • Mengawal masalah jerawat dan kulit sensitif.
  • Mengurangkan kesan parut pada kulit.
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah.
  • Mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat.
  • Membantu mengawal masalah penyakit kulit, eczema, psoriasis, stretchmark, kesan selulit dan sebagainya.
  • Kulit kelihatan satu tonalebih cerah kerana proses "exfoliation".
  • Kulit kelihatan kemerah-merahan secara semulajadi dan berseri-seri.
  • Sangat sesuai dan selamaf digunakan kepada bayi dan kanak-kanak.
  • Mengurangkan noda-noda hitam dan sel-sel mati pada sekeliling leher, celah ketiak dan "bikini line".
  • Bagus untuk mengekalkan keseimbangan minyak pada kulit kepala.
  • Melembut dan menyihatkan rambut.
CARA PENGGUNAAN EUMORA FACIAL BAR DENGAN BETUL
Bersihkan tangan sebelum menggunakan Eumora Facial Bar. Gosokkan Eumora Facial Bar pada tapak tangan untuk menghasilkan buih yang mencukupi. Pedapkan buih pada keseluruhan bahagian muka (IANGAN GOSOK). Kemudian biarkan selama kurang daripada 3 minit (jangan melebihi 3 minit). Basuh muka dan biarkan ia kering secara sendiri (JANGAN LAP !!) sesuai digunakan 2 kali sehari (pagi dan malam).


Kalo korang nak try beli, cube sebey2 kat blog bawah ni :-
http://alincolls.blogspot.com/
http://kedaisue.blogspot.com/
http://lovelymebeautyshop.blogspot.com/