Wednesday, August 19, 2015

Terkini...Guna...

Bismillahhirahmannirahhim...

Haa.. Sekali aku ada masa untuk update entri, hari-hari la pulak nak postnya keke..
Ok, kali ni aku nak review pasal beberapa produk. Kalau perasan hampir semua barang Cosway, boleh jadi duta Cosway ni mekk. So apa cerrrr... suplimen shak ko, err tak dapat nak buat review sebab lepas makan aku tak istiqamah untuk guna. Habis je sebotol aku tak repeat order. Kesan adakah sama macam testimoni yang lain, kulit cantik, tak letih ke apa ke. Pada aku tak jadi sebab aku amek sekali maksudnya aku tak amek dalam masa yang lama, habis sebotol tak sambung makan dah. Begituhh.. Sama jugak dengan sabun timun tu, pakai sekali je, pastu stop cemana nak ada kesan. Pahangg dop? Hehehe

So apa yang nak aku kongsi kali ni adalah :

1) Vitamin C-500 With Rosehip (NN~Cosway)
- Kan banyak sangat dekat muka buku orang duk jual Vit.C+Rosehip, tapi siyes aku tak berani nak guna mekkkk. Tah dari mana datangnya, sapa yang buat, tak tahu. 
- Jadi untuk keselamatan diri aku guna dari Cosway. Sah-sah mereka ada professor, dan ada sticker KKM. 
- Aku kenan nak beli sebab mak kepada staff aku makan, jeragat kat muka beransur kurang. Diulangi 'kurannggg' bukan hilang terus. Sebab kan ada rosehip. 
- Dah beli aku tak makan hari-hari juga, sebab lupa. Hehe.. Tapi memang ada amek la. 
- Harga kalau ada offer (member price) RM31.50, 60 biji. Kalau bukan member mahal sikit RM47.70
- Kadang offer dia tak tentu ada harga 1st 2nd, kadang satu harga kadang beli tiga kotak, kadang buy 2 free 1. So, bila ada offer, boleh la beli.  
- Cara makan : 1 ke 2 biji setiap hari, sebaiknya selepas makan. Biasa digalakkan ambil waktu pagi lepas sarapan. 



2. Pencuci muka Oil Control, Bioglo (Cosway)
- Dah banyak cleanser aku guna. Yang set, yang dijual kat Guardian bagai dah terai belaka. Cosway punya pun macam hat yang gamat, susu kambing, yang whitening punya, sabun ketul phyto bar pun tak jalan. Akhirnya yang warna oren ni rupanya baru serasi. 
- Dah nama pun oil control, memang tak buat muka aku berminyak macam dulu. 
- Dia ada kayu manis dan ekstrak buah-buahan. Seperti yang kita sedia maklom kayu manis sangat elok untuk membasmi/mengurangkan jerawat.
- Bila aku guna yess opkos jerawat memang kurang, ada tapi bukan banyak macam dulu yakni macam dorang duk berkampung kat dahi aku. Penuh, macam buat open house raya gamaknya. Dari jauh dah nampak menggerutu biji2.. yerrrr~
- Harga kalau tak offer RM15.40. kalau offer murah dari ni.



3. Pure Aloe Skin Perfecting Moisturiser (Cosway)
- Sama macam pelembab, pun dah berjenis-jenis guna. Ni aku beli sebab terpengaruh dengan testimoni dari customer. 
- Bila sendiri dah guna baru tau kesannya. Sangat sangat sangat sangattttt lah ohsemmm. Memang meresap cepat ke dalam kulit, bila sapu sejuk je kulit sebab dia memang 200% pure aloe gel. Bau pun wangi je.
- Aku guna setiap hari waktu pagi nak pergi keje. Lepas solat Zuhur, dan malam kalau rajin. Muka memang tak nampak berminyak. 
- Lain dengan pelembab yang aku pernah guna sebelum ni memang buat muka berminyak, muka jadi naik ruam etc~
- Kalau tengok dalam risalah dalam kotak dia kata, pelembab ni khas untuk kulit cantik, gebu mengekalkan lembapan 24jam. Mampu memudarkan jeragat dan cerahkan warna kulit, anti penuaan, kulit jadi sihat.. Katanya. Tapi untuk dapatkan semua tu mestilah kene rajin dan hari-hari guna. Jangka masa untuk nampak kesan sebegitu mestilah ambil masa sebab dia kurang bahan kimia kan. 
-Dari pemerhatian yang mana customer aku guna memang muka dorang bersih dan bila tanya dorang kata dah pakai bertahun.. Erkkkk. Aku baru nak mula pakai, hehe..
- Harga RM38.20, kalau ada offer dalam RM20++ je, Jimat sebab tak perlu beli setiap bulan coz dia banyak 50g. Oh ya, dia takde spf ye, jadi kalo nak lindung matahari silalah pakai sunblock.


4. Pure Aloe Skin Relief Gel (Cosway)
- Gel ni pun dari group yang sama dengan pelembab di atas. Aku beli pun sebab tengok review orang. 
- Gel ni dari baby kene ruam susu ke nyamuk sampai lah orang tua macam kita-kita ni boleh guna. Ya, boleh sapu kat muka takde masalah. Kalau muka kene sunburn pun boleh.
- Aku sapu pada jerawat memang kecut jerawat. Kadang sapu je satu muka lepas cuci muka bila muka naik ruam/bintik-bintik. Kadang sapu kat satu muka sebelum tido krokhh krokhhh... ZZzzz
- Harga kalau ada offer RM12.90 je... 60ml.



5. Rose Essence Sleeping Mask Bioglo (Cosway)
- Haaa, ni pun aku terpengaruh dengan iklan sebenarnya. Ala jenama cap X tu. Juga terpengaruh dengan my boss, hehe. Muka dia bersih doww. 
- Aku mula beli perghh excited giler. Da lama-lama asik lupa je. Kali ni nak pakai semula. Sebab mask ni best, bau wangi bau rose. Lembut je.
- Cara pakai : selepas cuci muka-toner-pelembab, baru sapu mask ni ke muka dan leher. Tunggu beberapa minit untuk dia serap ke dalam kulit sebelum ko boom atas katil untuk ZZzz. Esok paginya, baru cuci. Pakai mask ni 2 ke 3 kali seminggu atau setiap malam for the best results.. Ho yeahhh.
- Aku kadang pakai, lepas cuci muka terus pakai mask ni takde toner2 keke.. Teruk betul tak ikut arahan. 
- Harga RM37.10,.. 70g.  Kalau nak murah tunggu dia offer.
- Efek pada kulit kalau pakai mask ni untuk apa, aku copy paste ayat pada kotak dia yekkk.. katanya :

" Bioglo Rose Essence Sleeping Mask is a specialized cream-gel mask applied just before bedtime. It drenches your skin with rose water essence and nutrients from Aloe Vera, Olive & Ginkgo Biloba extracts and Grape Seed Oil to intensively moisturize and nourish skin while you sleep. Its light, aromatic rose scent creates a perfect state of relaxation and tranquility for a good night's sleep. Wake up to incredibly dewy-soft, supple, rosy-radiant skin the very next morning. "
                                               ** Pic taken from google


6. Deodorant Lilan Vital Naturals (Cosway)
- Dah banyak juga aku guna ubat keti ni, paling terbaik adalah dari Amway. 
- Tapi susah nak jumpa dealer, jadi aku guna yang ni pun dah best. Tak melekit, memang takde bau wangi. Pakai pun rasa fresh je. Tak menggelapkan kulit macam brand X tu. Sebab aku guna brand X, jadi gelap kulit susah betul hati jantung malah buah pinggang aku menengoknya. Jadi aku usaha (kalo time rajin) amek minyak baby titis pada kapas dan cuci nati lama-lama akan kurang kesan gelap tu. Bila aku mula pakai deodorant LV ni, kesan gelap tu memang beransur hilang. Yang penting rajin, usaha, tawakal barulah berjaya.. Eh ehhh
- Deodorant ni dia aluminium free tau, natural ingrediants gitue. 
- Harga RM17.90, 60ml kalau ada offer. Kalau takde offer mahal sikit.



7. Bedak Johnson Body Care
- Yess, aku guna bedak ni je untuk muka. Selepas cuci muka, toner(kalo rajin), pelembab dan terus sapu ni je kat muka. Setel. Sebab kulit muka aku ni pelik sikit doww. Salah pakai, lama sikit tak cuci muka... muka naik ruam.
- Harga tak ingat, tapi murah je. Aku beli yang kecik cinonet sebab senang isi dalam beg.



~Baik, ini saja yang aku guna setakat ni. Nak review tentang losyen dah lama tak pakai boleyy gitu.. Ada beli yang nivea pakai selepas mandi tu, tapi jap pakai jap tak pakai sebab tak sempat.. Cemananya nak buat testimoni.. Hahaha...

Gambar2 ni aku amek dari tempat keje, kecuali bedak &  pelembab tu memang ada dalam beg. Sebab buat entri time keje, jadi amek barang snap je terus. 

UPDATE:
Ok, sekarang yang masih kekal aku guna ialah;
* Gel Aloe Vera Cosway
* Rose Sleeping Mask
* Bedak Johnsons

Hehe...

5 comments:

  1. Assalamualaikum.. tau..post ni sah lame, tp teringin nk komen psl skin relief gel tu. Baru2 ni terkena ketumbit..yer ketumbit yg mcm venjol kt kelopak mata tu...sakit. huhu.. iktiarnya letak gel ni la...pergh dia punya effect mmg pedih abis kt bengkak2 tu..sapu 5 kali sehari dlm 5 hari.. pastu baik sepenuhnya dah. Kihkihkih.. best btol

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. tau..post ni sah lame, tp teringin nk komen psl skin relief gel tu. Baru2 ni terkena ketumbit..yer ketumbit yg mcm venjol kt kelopak mata tu...sakit. huhu.. iktiarnya letak gel ni la...pergh dia punya effect mmg pedih abis kt bengkak2 tu..sapu 5 kali sehari dlm 5 hari.. pastu baik sepenuhnya dah. Kihkihkih.. best btol

    ReplyDelete
  3. w'salam, nurul hidayah... oyeke.. wahhh.. best kan, sy kalo ada jerawat ke ruam ke memang letak gel ni je. lagipun sy pernah sapu ori punya lendir lidah buaya tapi muka gatal, mungkin sy taka betul cara ke tak tau la.. hehe.. tu yg guna gel cosway ni je la senang... hihi

    ReplyDelete
  4. Salam... hehe. Saya pun sama. Especially kalo jerawat, mmg letak gel ni. Kecut habis jerawat. Terbaik la..

    ReplyDelete
  5. Masih guna produk cosway ke sekarang?
    Zu tgh mencari2 nak guna produk apa.
    Kat pasaran ada macam2 produk tp tak yakin. Sebab banyak sangat krim timbang kilo lepas tu packing2 sendiri.
    Dah lama jadi agen cosway tp tak pernah try skincare nyer.. hanya utk beli brg2 kegunaan dapur.
    Tq utk preview awak. Hari ni jugak nak cuba. Sebab masalah jerawat sangat teruk. Kalau ok nanti zu bg feedback yer.

    ReplyDelete