Thursday, May 30, 2013

EDISI SIASIAT 1 : Erkkkkk.... Sungguh-Sungguh Tak Di Sangka

Bismillahhirahmannirahhim...
Pertama sekali aku nak cakap, satu perasaan LEGA ya amat. Sebab dari awal minggu baru ni aku dapat tau bahaya bahan-bahan kimia dalam produk penjagaan diri/kosmetik, aku jadik seriau derr... Sebenarnya dulu kawan baik aku dah pernah bagi nasihat, tapi masa tu aku wat derk jer. Tak amek kesah langsung. Apatah lagi kalo beli barang-barang cam losyen, bedak gitue aku main hentam taram jer beli janji wangi. Huuu... Teruk kan. Aku tak pernah nak amek tau apa isi kandungan dalam sesuatu produk tu. 

Disebabkan aku telah tersentak dengan artikel yang telah aku jumpa, dari Dokter ni... Dr. Totin Jamain terus aku celik mata. Sejak tu, terus aku carik lagi info-info yang berkaitan. Perghhh... Lagi banyak maklumat yang aku dapat, cam rasa nak demam jer bila aku tengok barang-barang aku ada tertulis bahan ni: 

Raksa/Merkuri, Urea, Parabens, Phthalates, Mineral Oil, Propylene Glycol and Polyethylene Glycol (PEG), Sodium Laurel/Laureth Sulfate, Diethanolamine (DEA) and Triethanolamine (TEA), Formaldehyde, Synthetic Fragrances, Synthetic Colors, Talc /Talkum, Hydroquinone, Tretinoin/Ratia-a, Hidrokuinon

Bukan la semua bahan tu ada dalam losyen aku. Tapi ada la beberapa bahan tu ada kat dalam dia. Maka apalagi terus gigih lagi cari maklumat kot-kot ada produk yang bebas bahan kimia ni semua atau sekurang-kurangnya... Walaupun ada bahan tu tapi kurang. 

MAKLUMAT BAHAN BERBAHAYA  *Sumber : Miss Ena
1) Urea
Contoh : diazolindyl urea, imidazolindyl urea
-Sekali baca teringat macam something wrong pula , hehe . Ok , sebenarnya urea ni adalah pengawet yg juga dikenali sebagai carcinogen boleh menyebabkan kita pening kepala , dermatitis dan pendarahan dalaman .

2)Parabens
Contoh : butylparaben, ethylparaben, isobutylparaben, methylparaben, propylparaben
-Haa , ni agak terkenal di kalangan pembaca . Ia selalunya akan mengakibatkan KANSER PAYUDARA .

3)Phthalates
Contoh : di-butyl-phthalate, di-ethylhexyl-phthalate
-Selalu digunakan dalam produk kecantikan kulit , kosmetik , pengilat kuku , produk rambut dan deodoran . Memberi kesan kepada hati , buah pinggang , paru-paru dan sistem reproduktif . Ia juga suspek utama kesan kepada anak yang dilhirkan cacat dan meningkatkan kesan kanser payudara .

4)Mineral Oil / Minyak Mineral
Contoh : mineral oil , liquid paraffin , petroleum
-Ia adalah bahan berasaskan petroleum yg menggangu aktiviti semulajadi kulit kita dengan menyebabkan lubang pori tersumbat , membesarkan lagi jerawat  dan dicemari carcinogen yang mempunyai kaitan dengan kanser payudara .

5)Propylene Glycol and Polyethylene Glycol (PEG)
 -Akan memberki kesan kepada buah pinggang hati dan hotak kita :p

6) Sodium Laurel/Laureth Sulfate
-Kerapkali digunakan dalam ejen untuk berbuih dan terkenal dalam menyebabkan gatal-gatal kulit .  Bahan ini selalu menyamar dalam produk yang kononya "natural/semulajadi" dan ditulis sebagai "derived from coconuts/diperoleh daripada kelapa" .Jangan tertipu !
-Ia akan mengakibatkan merengsa kepada mata dan menghasilkan carcinogen yg menyebabkan kanser payudara  .


7)Diethanolamine (DEA) and Triethanolamine (TEA)
 -Akan memberi kesan kepada hati , perut , pundi kencing dan kanser esophagus .


8) Formaldehyde
-Kerapkali dijumpai dalam produk untuk kuku , ia selalu akan menyebabkan carcinogen , alergi dan merengsa kulit.

9)Synthetic Fragrances
-Walaupun perkataan ringkas seperti "fragrance" atau "parfum" , ia sebenarnya terdiri daripada banyak bahan-bahan yang kebanyakan daripada phthalates . Ia adalah penyebab kepada penyakit asma dan pencetus penyakit asma .


10)Synthetic Colors
Contoh: FD&C Yellow 5, D&C Red 40
-Selalunya dilabel sebagai FD&C atau D&C dan selepas itu disertakan dengan kod warnanya . Ia akan menyebabkan kulit kita menjadi sensitif  dan iritasi . Dipercayai juga boleh menyebabkan carcinogenic .

11) Talc /Talkum
-Memang mengejutkan ! Ia adalah bahan utama dalam bedak bayi . BEDAK BAYI tau tak! Toksik daripada talkum akan  menyebabkan tumor tumbuh pada ovari dan paru-paru .

12)Hydroquinone
-Bahan yang pernah satu ketika dulu gempar di Malaysia kerana banyak bahan-bahan yang berjenama disita oleh pihak berkuasa . Jaga-jaga bahan berjenama pun bukan boleh percaya

MAKLUMAT TENTANG TALC/TALKUM

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my
PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.
Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.
Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.
"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.
"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm#ixzz2UkVpkeFo © Utusan Melayu (M) Bhd 

Ini pulak sebahagian pendapat dari orang ramai mengenai bedak talkum:-

2 comments:

  1. perkongsian yang sangat bermanfaat. saya juga ada share mengenai bahaya bahan kimia, yang sering kita terlepas pandang, setiap kali kita membeli produk kecantikan. jom blogwalking. :)

    ReplyDelete
  2. tu la.. bila kita pakai dia meresap ke dalam kulit, sbb tu mungkin timbul mcm2 penyakit skrg ni, selain faktor makanan, apa yang kita guna pun mmg kene amek tau kan.. huhu

    ReplyDelete