Monday, May 14, 2012

Jalan2 Ke Kuala Gandah Lanchang, Pahang - 25 Dis 2011

Bismillahhirahmannirahhim...

Pada 25 Dis tahun lepas atau bersamaan dengan 2011 kami sekeluarga di iringi kaum kerabat, anak2 angkat maklong telah menerjah secara tidak rasmi ke Kuala Gandah. Kalo dah ke sana nak tengok apa lagi, tengok gajah la adik2.. Hehe... Asben & adik tak dapat pergi masa ni macam biasa asben aku keje, adik aku lak ada test masa ni, tak silap la...

Ramai sebenarnya orang masa kat sini... Tapi berkat sabar, lepas la jugak kami ke depan... 


Sungai tu tempat mandi sang gajah... Ada waktu dia kalo nak tengok gajah mandi, atau nak mandi sama2 dengan si gajah tersebut, boleh la nak naik atas dia ke, main sembur2 air dengan dia ke.. Tapi aku sudah lupa pukul berapa waktunya untuk aktiviti tersebut...

Lepas da tengok gajah, kitaorang bantai makan pulak. Sebab dah sampai waktu makan haruslah perut ini di isi dengan 'minyak' dulu yer sebelum berjalan ke tempat lain pulak.

Masing2 bawak bekal, seronok dapat makan berkelah walo bukan di tepi pantai  tapi hanya di tepi pagar.. Kekeke...

Perut da kenyang, maka kami menuju ke tempat rusa pulak atau kat sini di panggil Deerland.

Da bayar tiket, maka bolehla masuk. Kat dalam ni sebenarnya, bukan hanya rusa je yang ada. Macam2 binatang lain pun ada. Dan, kepada sesiapa yang berani tahap gaban, nak bergamba dengan pak batik a.k.a ular sawa pun boleh. Aku..??? Heh, awal2 dah cabut bila nampak abah orang pertama yang bergamba dengan ular tersebut. Sori aku tanak upload gamba tu kerana aku memang penakot dengan menatang tu..

Boleh bagi makan rusa yer.. Adeh, takot2 sebenarnya nak bagi dorang makan sebab aku takot tangan aku kena ngap.. Hahaha...

Bukan setakat bagi makan rusa kat luar pagar je, malah boleh masuk dalam kandang dia ok...


Siyes takut jugak sebenarnya, tengok la tanduk dia. Kat sini ada macam2 jenis rusa ada. Kalo bawak budak2 dorang suka la ni sebab ada macam2 binatang. 

Aku amek gambo burung unta ni aje. Sebabnya dia kat sebelah pagar rusa jer... Hehe....

Ok selesai satu cerita jalan2.. 
XOXO

No comments:

Post a Comment