Saturday, February 4, 2012

Upah Memasak La Pulokksss...

Bismillahhirahmannirahhim...

Hohoho... Nampak banyak kan kalo nak makan untuk dua orang yakni aku & suami. Ehh.. Bukan untuk kami seme ni, giler apa nak makan banyak macam ni, terburai isi perut aku nati.. Haha, takderla gurau jer.
Sebenarnya petang rabu hari tu, suami aku balik keje & bagitau kawan2 dia nak aku tolong masak untuk dorang. Tapi dorang share2 la bayar. Aku mula terkejut jugak, boleh ke aku nak masak banyak2 coz aku biasa masak untuk dua orang makan je, kang masak banyak2 tak jadi pulok.. Har har har... Dorang kalo boleh nak aku masak untuk makan pagi/sarapan dengan makan tengah hari. Tapi aku takot tak sempat, nati rugi jer duit dorang. So, aku putuskan untuk amek masak tengah hari je. So, bermula hari kamis hari tu aku mulakan dengan kari ayam + kacang buncis dengan telo & papadom.. (yang ni tak amek gambar, terlupa nak snap )

Hari kedua, bersamaan hari jumaat. Aku masak menu di bawah ni. Ayam masak kicap + sambal telo & kangkung goreng belacan. Hari ni ikutkan dorang nak kasik lagi duit tapi ku tolak coz ingatkan nak balik Raub pagi tadi tapi tak jadi. Aku balik sama dengan suami la senang pas dia balik dari Melaka..
Aku tak tau sampai bila aku amek order dari dorang ni, selagi aku larat aku terima. Cewahhh.. Macam la berat benor keje memasak ni padahal mak2 yang anak 9, 10 orang tu lagi la macam lipas kudung siapkan makanan, nak kemas umah lagi. Huuuuu....Apa2 pun terima kaseh adik2 percayakan akak yer.. Kalo tak sedap jangan marah... Hehe..

No comments:

Post a Comment