Wednesday, May 16, 2012

Jalan2 Ke Langkawi ( 8 Jan - 11 Jan 2012)


Bismillahhirahmannirahhim...

Salam blog. Hehe... Kali ni aku nak update citer jalan2 ke Langkawi plak. Walopun dah beberapa bulan da, tapi keseronokannya masih terasa sampai sekarang, cewahhh over tau. Ok, masa gi sini asben tak dapat ikot sebab dia tak dapat cuti. Adik aku pun tak ikot jugak sebab dia tengah exam. 

Perjalanan di mulakan dari umah makde pakde iaitu dari Kuala Kubu, Bharu Selangor. Opkos la, kitaorang (mak, abah & aku ) gerak dari Raub dulu kan. Kitaorang pegi kaum kerabat jer. Ada 4 keluarga. So, kami bertolak lebey kurang pukul 1 lebih pagi. Pakde yang drive, oyer.. Kami pegi nek kete tau, dua kete. Kenapa pegi nek kete..?? Hah tunggu... Nati tau la sebab musibabnya.. Hehe...

Sampai Alor Setar dalam pukul 6am lebih gitu. So, sarapan dulu la kat kedai Kopi Haji Salleh. 1 lagi kete iaitu sepupu sepapat aku ( Ajar & Ary, Lyn & Nizam serta anak mereka Rayyan ) masih di belakang lagi sebab dorang ada keje nak setel dulu baru dorang gerak. So, janji jumpa kat jeti jer nati. Hmm... tengah2 tunggu dorang sampai, kami bergamba la dulu kan.. Harus...!!! Kami simpan kete kat jeti ni ada tempat simpan kete.
Tu dia muka2 ceria dalam keletihan.. Hehe... Baby Rayyan nasib baik tak meragam masa nek feri. Naik feri dari jeti ke Pulau Langkawi lebey kurang 45minit baru sampai.
Untuk pengetahuan, kami bukan pergi time cuti sekolah tau, kami pergi hari biasa, banyak kelebihannya kalo pergi bukan time cuti. Orang tak ramai, nak membeli pun senang. 

Setelah sampai, kami terus gi carik van. Tempat tinggal memang dah book awal2 da, dengan bantuan dari kezen aku Ajar.. Kami dok Homestay. Memang puas hati sangat2 sebab view dia memang cantik, nampak sawah siot... Alamak tapi aku tak ingat la kat mana lokasi H/stay ni seingat aku, ia da dekat dengan makam Mahsuri, Ulu Melaka, takder la dekat boleh jalan kaki yer.. Hehe..

*** Homestay ni kalo cuti sekolah sewa untuk 1 malam.. RM200 tau, tapi sebab kami datang bukan time cuti & ditambah lagi kezen aku kawan pada anak sedara pemilik ni, maka kami dapat murah iaitu RM150 untuk 1 malam... 

*** Untuk van pulak, kalo hari biasa sewa 1 hari... RM200, tapi kami dapat RM150 coz macam yang aku bagitau tadi bukan time cuti... Bestkan, dah la kongsi bayar.. Memang berbaloi..

H/stay ni ada 3 bilik, 2 bilik air. Kelengkapan seme ada macam aircond, kipas, dapo, peti air, mesin basuh.. Memang terbaiklah. 

Lepas mandi manda & sebagainya, kami pun gerak ke Langkawi Cable Car. Sebab sampai awal kan.. Memang terus tuju pegi sana. Nasib kami baik, orang memang tak ramai maka sesi beratur untuk naik kete Cable memang sonang ya amat... Jangan lupa tunjuk Mycard boleh dapat diskaun. Kalo warga asing.. Mahal yer... Yang gi kat jambatan Puncak Gunung Mat Cincang ni, cuma Ajar & asben.. Ary, aku & abah.. Makde, Pakde dorang da pegi.. Mak tak nak letih katanya. Memang letih pun, perjalanan dia mak aihhhhh.... Rasa nak tanggal lutut, hehe... Opkos la amek gamba kat jambatan ni, tempat Shah Rukh Khan berlakon kan citer Don.. Harusss.... 

Dah puas ronda di kawasan sekitar, maka kami menjamu selera lak kat gerai ni, kat area situ jugak.. Makan apalagi.. Makan laksa ler... Boleh tahan sedapnya...

Pastu jalan2 kat kawasan bandarnya pulak.. Pegi mana kalo tak ke Haji Ismail Group. Macam2 ada terutama coklat. Murah! Tapi kata orang, dulu2 lagi murah.. Aku memang peminat coklat tapi aku takderla beratus habis kerana coklat. Sebab misi aku datang ke Langkawi ni, nak mencari kelengkapan umah/dapor aku. Beratus habis pun takper, nampak sket barangnya kan.. Dari beli coklat beratus, makan.. pastu habis.. Hilang suda... Hahaha.. ( Ini aku la.. Kalo sesapa tak minat pinggan mangkuk/barang umah.. Dipersilakan untuk memborong coklat.. Hehe )

Hmmm.... VISIONS... Aku juz tengok harga dulu, sebab kitaorang datang sini bermalam kan, maka ada masa nak ronda2 survey harga.. Tapi, memang jauh beza la rege pinggan mangkuk kat Langkawi ni dari tempat kita... Bertuahnya sesapa yang menetap/bekerja kat sini kan. Kalo aku dapat dok sini, hahaha... tak dapat dibayangkan betapa beznya... ( nak angan2 kejap.. ngee )

Aku ngan mak beli sudu, penyepit kat Haji Ismail Group ni... Murah siot... Dah la berat, cantik la pulak tuh..
Syok wooo.. Tengok harga2 dia memang macam tak percaya jer itu barangnya coz lawa sangat...
Selain tu kami ada jugak pergi kat RAMS... Kat situ pun cantik2 jugak barang..

Hari kedua lak, lepas kami sarapan, kami gi ke Makam Mahsuri/Kota Mahsuri. Ia terletak kat Mukim Ulu Melaka. Nak masuk dalam kena bayar RM5 jer... 

Cantik tempat dia.. Aku ada beli air telaga Mahsuri & Pewangi Mahsuri (bau dia kalo kena aircond, wangi jer... Bau bunga) 

Selepas tu kamu pergi pulak kat tempat Beras terbakar. Kat sini, macam2 ada jual dari baju2, minyak gamat, kain batik, macam2 ada... Lepas makan tengahari, kami pergi lak sewa bot nak ke Tasik Dayang Bunting. 
Sewa bot ni RM200 jer, sekali lagi boleh share2 bayar.. Kebetulan kawan mak & abah ada join sekali, maka bertambah-tambah la jimat bayo.. Hehe..

Sebelum sampai ke Tasik Dayang Bunting, bot ni berhenti kat Pulau Beras Basah. Dalam 1/2 jam ke 45minit gitu la... Tak ingat suda. Yang aku ingat, mak aku kena ragut dengan beruk. Hah, hati2 yer, kat sini banyak beruk. Jangan bawak plastik yang ada jajan/makanan ringan. Memang kena ragut punya. Disebabkan mak aku terbawak, tu yang kena.. Nasib baikla beg tangan dia beruk tu tak usik, kalo tak.. Habisla, duit seme kat mak... Fuhhhh.... Pastu, destinasi seterusnya ke tempat bagi makan Helang. 

Pastu, sebelum sampai ke Tasik Dayang Bunting tu, bot ni berhenti jap supaya kami dapat tengok pemandangan bukit seperti orang mengandung tengah baring, siyess.. Memang ada nampak rupabentuknya.. Akhirnya, setelah mengharungi liku2 perjalanan yang agak mencabar, cewahhh.. Kena jalan kaki yer tuan2 & puan2 sekalian nak ke tasik ni, aduhai.. Masa nak pergi bestla, turun jer kan. Acer tiba time nak balik, memang mengah.. Hehe
Mula2 aku dok jer tiyam2.. Coz aku memang penakot air hahaha... Tak pandai berenang la katakan. Kalo sungai boleh jer pulak aku mandi.. 

Aku ada minum airnya & bawak balik sekali. Sampai sekarang ada lagi air dia.. Kalo nak amek air dia, elok amek kat bahagian tengah2 sikit kualiti air dia elok sikit, ni peringatan dari budak2 yang jaga tasik ni la.. Oyer, kat sini pun ada beruk tau, banyak sekali... Jaga2 yer.. Hehe.. Abah aku siap bawak lastik lagi.. Bukan nak kenakan dia cuma nak takutkan dia jer. Tapi ok la, coz dia tengok jer lastik, terus dia tak kacau... 
Lepas da puas tengok alam semulajadi, kami gerak ke Underwater World pulak. Kena bayar ek, jangan lupa tunjuk Mycard dapat diskaun.
Rayyan suka sangat dia tengok ikan2 kat sini, bukan takat ikan jer ada, macam2 binatang lagi ada. Kat dalam ni pun ada gak kedai2 cenderahati..

Masa on the way nak balik ke H/stay, kitaorang singgah pantai Chenang dulu. Sebab Rayyan nak mandi laut. Aku tak gi coz aku lebih berminat nak ronda2 kat kedai2 tepi jalan ni. Lepas tu kami singgah makan malam pulak, dorang seme makan nasik. Tapi aku order char kueyteow, perghhhh....!! Memang terbaik beb, memang sedap giler..

Hari ketiga.. Yeahhh, hari untuk supin2 sepenuhnya.. Tempat pertama dituju ialah Idaman Suri la beb. Masuk jer aku ngan abah.. " wow... " Masing2 terus amek bakul... Keke.. Kat sini, senang citer banyak la pilihan pinggan mangkuk, ada jugak cadar2, frame, towel, coklat2 pun ada jugak, beg.. Pilih jangan tak pilih.. 

Abah aku lagi kuat supin sebenarnya dari mak. Macam2 dia beli. Aku fokus konon nak cari teaset & barang2 umah. Alih2 nampak pinggan mangkuk, borong pulak. Dah tu murah kan hoho... Bayangkan mug dia cantik giler baru RM4 sebijik.. Yang set pinggan mangkuk corak bunga ros yang aku beli tu cuma RM69.90.. Set lapan.. Aku beli untuk pakai hari2.. Over tol, haha... Makde, Ajar, Lynn & Mak pun borong pinggan mangkuk, tapi yang cantik punya la.. Memang cantik pun tapi harga memang berpatutan. Kezen aku Lynn, memang dia borong abis, dari dulang, Visions, periuk belanga, memang dia sapu habis r.. Terbaek.. !!! Pendek kata, seme orang membeli la apa yang berkenan.. Sudahnya.... Teng teng teng... Tengggggggg ( siler imejin b/ground music citer A. P.Ramli )
Haaa... Cik Kiah, Cik Senah.. Penuh ngko satu van. Ni baru barang jer. Kami ni nak sumbat lagu mana...?? Wakaka.. Sudahnya, barang2 balik dulu la. Pastu baru turn kami naik van pulak, dahsyat betol penangan Idaman Suri. Aku rasa dah tak nak balik da, rasa macam nak bermalam kat dalam tu jer haha..  Walo kami beli banyak, tak kena tax yer, sebab kami bermalam lebih dari 2 malam... 
*** Barang2 tidak tertukar  walo plastik sama sebab kami bawak marker pen, so tanda jer 'nama' sapa punya barang.. ***
Petangnya, kami jalan2 ke lokasi terakhir iaitu bak kata mak aku, mercu tanda.. Langkawi, helang.. Kat sini ramai orang, terutama pelancong, macam2 pesen dorang bergamba dekat helang tu, sabor je la kami ni tunggu turn.. Hehe.. Sebelah malamnya, kami jalan2 lagi & aku sempat lagi beli beberapa barang kat Haji Ismail & RAMS.. Hehe.. Besela.. Nama pun pompuan kan.. ( sambey letak dua tangan atas bahu ) ngeee...
Hari Terakhir... Kami pun gerak la balik, masa naik feri sungguh best sebabnya, orang memang tak ramai, so keje memunggah barang2 ni dapat dilakukan dengan aman sekali. Tapi, hah gasak.. Puas menyusun tau dalam kete kalo tak kena gaya, memang tak muat. Siap beli kanvas nak tutup Storm Ajar ni takot hujan habis basah nati pinggan mangkuk kitaorang.. Keke... Ajar & Ary dorang beli dulang.. Coz dorang biz keje kawen, disebabkan nak jimat ruang, seme kotak2 dulang ni di bukak yer, hehe.. Tapi, naseb la ada Storm dorang ni boleh la letak barang2 yang di beli, beg2 separuh letak dalam kete makde. Haaa.. Tu la sebabnya kami pergi Langkawi naik kete. Kalo naik kapal terbang, tak best la nak borong barang kan, coz lebih muatan. Dengan kete ni senang, sumbat takat nak... !

*** Citer sedih : masa sampai jer kat umah mak kat raub, aku & mak serta abah tak sabar2 nak tengok semula barang2 yang di beli, tibe2... Aku carik teaset aku tak jumpa. Aku tak puas hati carik lagi, takder. Masih lagi rasa tak puas hati sebab aku memang pilih dan aku siap cek lagi takot ada serpih2 bagai. Aku cek plak pada resit pembayaran masa kat idaman suri, nak nanges rasa.. Coz teaset tu takder dalam list barang. Huwaaaaaaaaaaa........ Rupanya baru aku teringat, lepas aku cek barang2, aku tak angkut sekali kotak teaset dalam bakul... Huhuhhuhu... Manyak sedih lorrrrrr... Dah la cantik, tertinggal la pulak.. Hukhuk... Moral : lenkali sebelum nak bayar apa2.. Cek dulu barang yer.. Padan muka aku.. Hihi...

~ SEKIAN ~

2 comments: