Bismillahhirahmannirahhim...
Salam... Aku terlupa nak bagitau ko satu citer wahai blog. Hehe... Kisahnya ialah aku telah mencilok labu sayong mak aku yang dia da tak mau. Hmmm.. Aku kan suka ciri2 hiasan rumah berkonsepkan English COUNTRY Style. Maka aku telah mengecat labu tersebut dari warna asal coklat2 tanah ke warna putih. Lama la jugak labu ni berwarna putih.
Pastu kan, 3 minggu lepas kot, aku ajak asben gi Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Biasa la kemana lagi kalo tak ke Romantika kan, Tu jer la tempat aku selalu pergi atau dalam erti kata lain, wajib singgah.. Hahahaha
Dalam kepala dari umah lagi dah set memang nak beli tisu jer coz nak wat lapik almari. Tapi aku tau, otak aku ni bukan boleh pakai sangat, mesti akan amek barang lain jugak.. Keke
Ohh.. Panjang nya citer aku bila nak mula ni..?? Haha.. Nak mula dah la ni. Ok, seperti biasa ronda2 dulu setiap lorong, cari lukisan murah. Alamak takder yang menarik perhatian. Maka, aku terus cari carik tisu yang aku berkenan. Dan, seperti yang telah di jangka, aku telah berjaya mencapai satu lagi frame dari tin. Hmmm, gamba yang dah lama aku cari iaitu.. Ayam! Murah siot.. RM8 jer, besa lak tu. Tisu tadi RM5.. Ok, da terus balik, kang lama2 banyak lak aku capai.
Apa yang aku nak wat kat labu ni ialah... Menghias secara decoupage. Memang menguji kesabaran, coz nak gunting tisu ni kena hati2. Aku takder gi kursus pun nak wat seme ni, tapi berbekalkan minat, semangat waja (ececehhhh..) aku hanya belajar melalui internet sahaja. Aku google, tengok Utube, so bila dah faham, baru aku beranikan diri untuk mencuba.
So, inilah hasilnya. Aku tau tak secantik mana coz kat luar sana lagi ramai pakar2 & yang dah pro wat mende alah ni. Sebab nak wat teknik ni dengan cara yang betul ialah kena ada bahan2 dia, cam pengilat & sebagainya. Tapi, yang aku wat ni guna cara yang simple sahaja, dan aku dah cukup rasa puas hati sebab dapat hasilkan sendiri. Hehe... Ok, itu jer blog aku nak citer. Sampai jumpa lagi di entri seterusnya coz entri pasal jalan2 belum lagi selesai.. Hehe.. Daaaaa....
No comments:
Post a Comment