Pagi semalam aku gerak balik Raub. Saing ngan asben nak pergi kerja so hantarlah aku sekali ke KTM Shah Alam. Sampai Raub dalam kul 1.30pm... Lepas campak beg segala terus ngap nasik.. Buruk betul perangai wakaka.... Lapar tahap gaban siot... Kalau dah nama balik kampung walaupun aku sengsorang, tetap bizi jugak. Ikut mak abah gi pekan Dong la (pasar malam), gi Tong Fatt beli barang dapur (maklumlah orang pencen kan dah dapat gaji) hehe...
Dipendekkan citer, pagi tadi aku tengok suasana kat luar rumah, perghhhh.... Berkabus-kabusan. Maka aku cakap ngan mak nak sarapan kat luar lah. Nak tengok kabus & nak rasa sejuk kena tiupan angin sepoi-sepoi bahasa haha... Kalau balik kampung memang rasa best, aman damai je tak sesak fikiran ngan bunyi-bunyian yang tah apa-apa. Mula-mula, aku ronda dulu dari belakang rumah sampai ke depan sambil snap gambar.
Ni dari pintu dapur aku amek gambar ni...
Kat sini la aku sarapan... Makan kuih Pahang- hati pari & nasi himpit ngan kuah kurma coz kuah kacang dah abesss...
Pokok cili tu tumbuh sendiri, ingat hari tu nak jugak tanam kat umah aku, tapi takde anak lah pulak...
Ada pokok kaduk, teringat arwah wan dia suka wat nasi ulam buh daun ni & macam-macam daun lagi...
Umah mak abah ni baru siap bulan berapa ekk, tak ingat pulak lah, tu pasal pokok pun kecik-kecik lagi, barang-barang renovate pun masih ada, dulu kami kan tinggal kat Sibu, Sarawak. Bila dah balik semenanjung baru abah besarkan umah yang secoit ni...Hehe
Pokok-pokok yang dapat di selamatkan masa renovate umah dulu, dulu mak banyak sangat bunga kertas tapi sejak pindah-randah mak buang je la...
Pokok bunga kertas yang ni abah sayang, dulu masa kami tak pindah-randah, abah siap wat bonsai...
Set kerusi batu/simen ni abah wat sendiri, aku pun ada gak tolong-tolong menyumbangkan tenaga... Hehe.. Ala wat cat dia jer... Itupun untuk kerusi yang aku punya jer.. Hehe... Lepas abah siap wat kerusi ni tak lama lepas tu kami pindah ke Sarawak. Hampir 7 tahun kat sana, balik sini kerusi ni macam buruk je.. Baru ni abah cat kan jadi baru semula...
Abah ni dari belakang, sampai depan sampai luar rumah, seme pun dia nak tanam pisang.. Hehe..
Ni pisang tanduk.. Selain pisang tanduk abah tanam pisang lemak manis, pisang kapal jugak... Jiran-jiran india kat sini selalu jugak mintak daun pisang, nak makan alas daun pisang... Kami bagi jer, aterrrr kata banyak pokok pisang kannnn.. Hehe
Esok, aku mak & abah akan ke Shah Alam. Mana lagi kalau tak ke rumah aku kan. Lagipun adik cuti seminggu. Tu yang mak nak pergi sana, cadangnya mak nak duduk seminggu tapi baru ni ada lak sedara menjemput datang kenduri kawen, adehh... Sedara dekat plak tu kalo kengkawan boleh 'tinggalkan' je kan huhu.. Jahat. Abah macam nak pergi kenduri tu, maka mak kata mungkin duduk umah aku sampai khamis jer la. Jumaat pagi mak & abah nak gerak balik Raub da. Hmmmm.... Tak seronok betul, bulan dulu pun sama, mak balik awal sebab ada kenduri. Takperlah... Ok, daaaaa
No comments:
Post a Comment