Monday, April 13, 2009

Siapakah Gerangan... "Awang"

Bismillahhirahmannirahhim...


Seperti tajuk entri di atas. Siapakah gerangan "Awang"..? Jawabannya, Awang ialah kucing peliharaanku semasa aku tinggal di Raub, Pahang dulu. Yakni, sebelum aku bermastautin di bumi Sarawakian ini. Awang seekor makhluk yang comel, berbulu perang, mempunyai ekor yang panjang & sangat manja. Satu kisah kisah yang sangat lawak aku rasa, bagi aku la.. Pasal, Awang ni dia akan jaga umah aku dari depan sampai blakang umah. Umah aku corner lot, so.. Bila ada jer kucing-kucing lain nak lalu, walau pon tak masuk pon dalam pagar aku, Awang akan mengejar dan menyuruh kucing itu "nyah kau dari sini.." Kalau dia bersenang-senang kat pagar blakang umah aku tuh, kira macam lepak secara bermalas-malasan la, ada jer makhluk yang tak di undang lalu, dia punya bising mengalahkan ayam betina nak bertelur. Bagi dia, dia yang empunya kawasan tersebut. Jangan la ngader-ngader nak lalu lalang tanpa ada permit. Hehe.. Awang jugak tak kisah tentang makan. Apa jer aku kasik, seme dia makan. Kesian dia, time bulan pose, dia pon pose.. Hehe.. Tapi, aku akan pastikan dia minum susu la. Lama jugak dia tinggal dengan kami sekeluaga. Aku sayang dia, pasal dia tak b***k merata-rata. Aku ingat lagi, kalo pagi-pagi aku nak sidai kain, mesti dia ngiau-ngiau sambil belit-belit kat kaki. Aduss, payah nak jalan. Tapi, aku tau dia nak bermanja. Setelah beberapa tahun berlalu, satu malam, aku terdengar bunyi bising. Sapa lagi, kalo tak si Awang ni membebel. Mesti ada "penjahat" yang masuk dalam kawasan umah aku, sebab tuh dia bising. Ada gak aku dengar macam bunyi berlawan. Tapi, aku biarkan jer, pasal hari dah jauh malam. Tak koser aku nak turun bawah. Sebab, biasanya Awang kalo berlawan, mesti dia yang menang. Macam hero tamil Rajinikanth tuh, 10 lawan 1 pon boleh menang siot. Seperti bese, aku bangun pagi & sidai kain. Tapi, pagi itu, aku tak nampak langsung kelibat Awang. Aku pangey nama dia, banyak kali. Tapi dia tak datang. Pelik gak, mana dia ni. Tiba-tiba, hati aku rasa berdebar. Bawah almari, aku tengok ada semut, banyak. Aku melangkah ke depan secara perlahan. Pelik, mana datang semut-semut ni. Bila aku tunduk, nak tengok apa ada bawah almari. Tersentap jap jantung aku. Awang! Yer, Awang ada kat situ. Aku tarik dia keluar. Patotlah pagi tu dia tak berbunyi, patotlah dia tak membelit kat kaki aku, rupanya dia dah pergi. Dah takder, dah mati. Ada kesan luka kat leher dia, ada darah kat situ. Aku agak, dia berlawan malam tadi & leher dia terkena zink kat bawah almari tuh. Huhu.. Kesian dia. Kesian Awang aku. Aku rasa sedih sangat. Kalo la aku turun malam tu, mesti dia selamat. Lepas aku bagitau berita kematian Awang pada mak & abah. Abah semadikan dia kat blakang umah. Kat depan pokok betik. Sayu hati aku mengenangkan Awang dah pergi. Sejak itu, aku dah tak pelihara kucing lagi. Aku memang suka kucing, tapi aku tak sanggup kalo kejadian yang sama berulang lagi.
Kepada Awang... Jasamu tetap ku kenang.


No comments:

Post a Comment