Malam tadik, pas siap aku lipat2 kotak telo.. Aku terasa nak tengok deko bilik panten. Siyes cakap, aku part nak deko lebih2 ni aku tak berapa nak pandai. Maka, sebagai rujukan, aku carik kat Encek Google. Bilik aku tuh tecik jer, cuma 4 syiling, bayangkan la.. Tu pasal aku rasa nak sumbat katil dengan meja solek jer nati. Lemari tanak letak dulu nati sempit. Maklom la time kawen ni, orang ramai nak masok bilik panten. Bak kata Abg. Man cekgu Faezah... "orang pompuan ni kalo pegi kenduri kawen tak sah kalo tak tengok bilik penganten & balik lambat nak bawak balik gulai.." Wakakaka.....
Sambung balik, hehe... Oyer, lagik satu, aku rasa akan memerlukan karpet nati pasal bilik tuh dah lama di tinggalkan, maka lantai2 parquet dah banyak yang tertanggal. So, secara rasminya aku kena menutupkan segala kecacatan tersebut. Di sebabkan aku dah survey katil yang aku nak, aku kene la pikio cemana nak deko bilik aku nati. Bukan la nak hiasan yang mahal2 asalkan sedap mata memandang, tak serabot pale otak bila tengok da la. So kat bawah ni ada beberapa deko yang aku dapat dari tenet. Mungkin ada di antaranya akan diaplikasikan dalam bilik aku nati. Asalkan ia sesuai & tak melebihi bajek aku... Ni contoh2 bilik orang, bilik aku nati akan aku upload kendian coz tak sentuh apa2 pun lagik.
Katil kayu vs katil besi => katil aku, katil kayu jer, murah2 jer tak der laa.. Sampai beribu untuk satu set. SILA AMBIL PERHATIAN ~ Katil di atas bukan katil aku yer, hehe... Tu sekadar contoh sahaja.
~Tengok.. Tuan bilik kreatip lekatkan cermin kat dinding ~
Aku suka warna ginih. Wane lembut vs wane gelap. Bilik aku sekarang ada 3 wane. Gilerrr kan, wakaka... Bilik tuh aku cat sendiri dulu, wane maroon + pink + biru.. Pintu lak wane putih.
~ Aku suka design luv tue.. ~
~ Aku suke jugak petak berbunga ni, hmmm... Idea ni.. ~
( Psttt.. Untuk hiasan bunga2 ni, bli bunga2 yang murah jer, dah di susun nati cantik la dia )
~ Yang ni pom cantek gak kan... Bunga merah.. Fuhhh ~
~ Yang ni, kain susun style silang2 ni menarik gak.. ~
~ Haaaa, aku sukek betol style yang ni, nampak manis jer, sapa erk tuan punya bilik ni, lupa suda, apa2 pom... Idea kamu memang la sangat menarik skalik ~
~ Luv dari bunga, hmmmm.. ~
( Kalo takdek orang nak duduk ok la kot, kalo ramai yang nak dok bergamba, nati luv dah berterabor.. Hehe.. )
Eh... Ehh cam kenal jer. Ni namanya bunga rampai. Tadik aku ada terbaca, dak tu kata, kalo nak wangikan bilik panten, kena la ada bau-bauan. Lebih baik guna bunga rampai, baunya sangat kuat & lebih menyerlah dari bau2 yang beli2 tuh.. So, aku rasa idea ini sangat bernas. Kebetulan kat umah aku kat Sibu, ada bekas yang sesuai untuk letak bunga rampai ni. Tapi, aku rasa nak letak dua bekas la, bekas ni boleh jer aku sebey2 kedai Anty Kraf kat Sibu nun. Di sebabkan aku dah lama kenal dengan dia, boleh jer mintak diskaun nati, hehehe... Tak pom, cakap la aku nak kawen, silap hari bulan dia kasik free jer... Haha...
Nota Kecik : Jangan terlalu berharap, kelak kita yang akan terluka.. Wakakaka
IMAGE : Taken By Google
IMAGE : Taken By Google
No comments:
Post a Comment