Friday, December 31, 2010

Pegi Genting - 29 Nov 2010

Bismillahhirahmannirahhim...

Hehe.. Nak tergelak pun ada sebab pegi GH ni secara tibe2 da lewat sebenarnya. Masa ni aku lom kawen lagi ekkk.. Pegi ramai2 tau. Pak sedara, mak sedara, sepupu-sepapat segala serta mak & adik aku, tak ketinggalan bakal suami aku.


Al-kisahnya, paklong aku keje kat sini. Dia keje kat Hotel Highlands ni. Kebetulan dia cuti, so maklong aku ajak kami semua gi jalan sini. Kebetulan lagi, bakal suami aku pun ada jugak balik Raub time tu. So diskas punya diskas, akhirnya dalam pukul 2 lebih petang baru gerak. Apa..?? Ha'a.. Yer. Sebabnya, kete maklong aku wat hal so sempat la pulak gi masuk hospital dalam beberapa jam, hadoiiii.. :p

Akhirnya, sampai masa jalan jugak kami. Sampai jer jalan2 ler di kawasan sekitar. Best jugak sebab waktu tak ramai sangat orang.


~ tempat paklong keje ~


~ dengan sepupu-sepapat ~

~ maklong tengok apa tu sampai terpusing kepala.. Hehe ~

~owhhh... tak di rancang pun ok, nak pakai warna sama putih itam.. ni namanya kebetulan ~

~ next station... Wangsa Maju ~ (eh.. tibe2 Wangsa Maju) :p
~ tgh jalan2 kat dalam, nampak pakcu, dia tengah keje, tapi boley jer ajak dia kuar jap.. ~
~ siyes, aku suka area ni, seme ni di buat dari botol mineral ok... ~
~ hohoho... nak balik da, tapi sempat gak la, masuk tempat salji, umah antu, masa tak mengizinkan nak berlama-lama kat dalam ~
~ ngan adek tersayang... ~

~ sebelum 'turun' singgah kat tempat stoberi genting.. ~
~ wahh.. segar dari ladang ~

Ok, sekian cerita pasal Genting Highlands... Babai Genting, babi stoberiiiii....
xoxo...
apakah..?? dah macam Gossip Girl la pulak... kekeke

Tuorial Tudung2

Bismillahhirahmannirahhim...
Salam... Sekarang dah ramai awek2/wanita2 pakai tudung dengan macam2 style kan. Pemakaian tudung yang paling popular sekarang adalah trend Hana Tajima / Arabic Style... Kalo ada di antara korang maseh lagi tertanya-tanya cemana cara nak pakai, cerrrr tengok dorang ni pakai cemana..... Acerr coba.. Cer cobaaaa....

Dari :- Hana Tajima








Dari :- Scarftrends


Ang... Ang.... Angpau

Bismillahhirahmannirahhim...

Yeahhh... Ini adalah sebahagian koleksi angpau/sampul wit raya yang aku kumpul...
Ada yang mak sdara kasik, kawan kasik & kutip dari kezen2 ku yang kecik.. Dari dorang buang, bek aku amek kan.. Hahaha...
Lawo aper... Macam banknyer sampul, tiap2 tahun kasik tukar dia nyer design.. Ok r.. Sampai sini dulu.. Len masa citer lagik.. Hehe.. Wassalam...

Tuesday, December 28, 2010

Serba Sket Persiapan...

Bismillahhirahmannirahhim...

Hari tuh aku ada kata aku gi 'Cowboy' Temerloh carik munge kan... Ha, ni dia munge2 tuh. Aku saja pilih wane merah supaya dalam gambar nampak seri & kebaboomm...


~ Munge2 yang telah aku pisahkan satu persatu ~

Murah jer munge2 ros ni, 1 tangkai ada 5 kuntum = RM3.95... Cantik munge dia macam bunga hidup, sangat sesuai dengan apa yang aku carik selama ini, cewahhh...


~ Munge2 yang telah siap di ikat dengan jayanya.. Credit tok mak saya kerana sudi menolong, hehe.. ~


Gambar di atas yang ada npon tuh, bersepah la sangat wat kejenya, baru hias munge.. Kecoh betol, hehe.... Tapi di antara munge2 ni ada yang aku ikat riben biru.


K, pasu2 Sawak ni aku bawak balik masa cuti raya hari tuh. Masa balik cuti tuh, aku memang tak kasik sapa2 pomm nak kem barang dengan aku, ikan masin ke, kek lapis ke, pasal aku bawak balik banyak barang kawen aku.. Sori yer kawan2... Hehehe.... Pasu2 ni telah pomm siap di gubah dengan jayanya oleh aku, hehe... Biru & pink, sweet giler, hak hak... Puji2 an la plak...


K, ni adalah salah satu gubahan hantaran aku. Ni nak letak Al-Quran & sejadah. Kan aku wat sendirik jer hantaran, huhu... Jadik, santek ke kurang santek ker, ia adalah hasil kerja tangan aku, so.. Aku tanak komen lelebih.. Haha... Yang penting aku nak ia simple tapi nampak kemas & sedikit cute.. Hehe.. Tang mana cutenya ntah la... Kekeke.... Gubahan yang lain, lain bulan aku upload gambau yer, nati tak seprais la plak, hehe... Ok la, chow cin cau...
Daaaaa...

Wednesday, December 22, 2010

Penat Gak....


Bismillahhirahmannirahhim...

Fuhhh... Letih gak aku beberapa hari ni. Berjalan ke sana ke mari cari barang. Penat gak erk, maklom la nak jadi raja untuk sehari ni bukan senang. Persiapan lama tapi majlis tuh berlangsung cuma sehari jer, phewww...

Semalam aku ke Temerloh, gi cari bunga & sebagainya kat kedai nama 'Cowboy'. Pestaim pegi sana. Pegi dengan maklong, adik & mak. Lebih kurang cam Mydin la, dia jual barang banyak2 borong kan, rege dia boleh tahan murah. Sebenier pun banyak, sedia duit ajer bagi yang mampu. Bagi yang kurang nak mampu cam aku ni, kekekeke.. Aku carik barang yang perlu ajer, hehe.... yang penting, aku dapat bunga ros yang aku nak dengan rege yang murah pada aku la. Serta dapat beberapa barang yang agak comel giler, hehe...

Pas dah ronda2 lama kat dalam tuh, kitaorang gi makan, depan kedai makan tuh ada satu kedai panten, pas makan kitaorang gi situ. Pastu aku jalan2 dalam tuh, syok jugak banyak barang lawa, rege pun lawa gak... Keke... Tapi aku terbekan kat satu bunga ni so aku beli la.

Pas sampai umah, mandi manda & sebagainya, aku terus sambung siapkan barang2 tok gift nati. Semalam tok member2 dah siap. Pastu buh munge2 kat beg tangan mas.. Pun setel. Hari ni lak, tugas aku, riben biru yang dipasang secara senget pada pasu2 Sawak khas tok barang hantaran nati. Untuk orang2 Band nati... Guna pasu Sawak gak, dalam dia sumbat potpuri rose yang wangi giler di punjut cantik dengan nett biru beriben pink yer.... Hahaha

Insyaallah, malam ini akan sambung wat bunga ros merah yang beli semalam tuh tok wat bunga gubahan atas barang2 hantaran nati. Kalo siap seme malam ni, bagos la. Coz sebelum aku balik Sibu ni, aku nak mende2 remeh ni siap. Malas nak tggu beberapa hari nak kawen baru nak wat. Penat lah.. Hehe..

Ok la, maklong aku, adik Zati & Dekna dah sampai, nak borak2 dulu.. Papai


Wednesday, December 8, 2010

Nak Yang Cantekkk, Tapi Murah...!


Bismillahhirahmannirahhim...

Ermmm, aku gitu la. Nak yang cantik tapi murah. Selera beso tapi bajek ciput, keke... Orang kata, mana nak dapat?? Ehh, ada. Kalo rajin sebey mesti dapat punya. Ingatkan aku sorang jer nak yang maca tuh. Upanya, Mak Cik Pah pun sama jugak.. Keke, Mak Cik Pah ni kawan mak & kawan mak long aku jugak. Dia datang umah atok aku pagi tadi. Anak dia pon nak kawen jugak bulan 4 tahun depan. Seminggu awal dari aku. Dia amek inai, sambil2 lurut inai tuh borak2 la.

Aku nak cari bunga untuk hantaran ni. Bunga wane pink. Tanak bunga plastik yang bese2 ni, dia ada sejenis lagi yang nampak macam bunga idop. Demand betol, keke.. Tapi nak yang rege murah la, haha.. Aku baru beli sket2 jer hiasan untuk hantaran ni. Macam dulang nak letak kasot, bakol untuk sireh junjung, ada lagi sket2 barang, aku cilok makcu aku punya jer. Masa dia kawen ngan pakcu aku dulu, barang2 dia tuh, ada yang aku simpan. So, aku bo guna semula. Da bagitau dia da, dia tak kesah, dia kata dari letak atas lemari tak di guna, baik aku amek... Hehe, tima kaseh makcu!

Selain telo, aku nak kasik satu lagi barang ni. Tapi tengah dok sebey lagi ni. Dalam kepala ada memacam jenis, tapi rege jer tak tau lagi berapa. Sebab, selain telo dapat di makan, kalo ada sejenis lagi, boleh la tetamu aku wat kenangan. Kalo dorang nak kenang kat aku la... Wakakaka....
Tapi aku nak barang tuh cantek/nampak berharga tapi dia murah, bila di beli dalam kuantiti yang banyak. Haaaa... Kat mana tuh nak cari, huhu... Aku ada terjumpa satu makhluk barang ni, tapi aku tanak bitau apa dia nati tak seprais la.. Tapi, aku nak gi cari lagi kot2 kat tempat lain ada yang lagi menarik.

Tentang bilik panten lak, kebetulan aku memang dah siap cat dulu, masa nak kawen tapi tak jadi dulu, so aku guna semula wane pink cair & pintu putih tuh cuma aku nak gantikan wane coklat & biru tuh pada wane pink yang gelap sket. Aku kan tak suka wane bilik cerah2... SAKIT MATA LA. Wane cerah wat aku SILAU... Hehe... Ni bilik sendiri la, kalo gi umah orang, takkan lak aku nak jerit.. "silaunya... cat la kaler lain" Melampau la tu kan, aku maksudkan, untuk bilik aku jer la, coz aku yang nak duduk, tdo seme..

Pastu, set cadar panten memang aku tak beli. Aku pinjam cadar panten arwah maktam aku punya. Wane biru, cantek sangat. Aku orang yang ke-3 guna. 1st.. Arwah maktam aku, 2nd.. Pakcu aku guna masa sambut menantu. 3rd.. Aku lak yang tibai. So, part cadar aku memang takde masalah nak pening2 gi beli ke, sewa ke. Lagipun set cadar dia, ada free langsir tingkap, langsir pintu & tirai sekalik.

Pastu, set katil, aku dah tengok lagi sekali semalam dengan Encek Bakal S. aku, coz sebelum ni aku jer yang gi ronda, tuh yang ajak dia gi tengok. Aku & dia terbekenan kat set yang satu ni. Satu set ada katil, almari pakaian, meja solek pastu yang bestnya.. Dapat free tilam, bantal 2 biji, meja sisi 1, meja tb 1.. Pastu dapat cadar free satu. Ikotkan dia nak kasi free bantal pelok, tapi Encek Bakal S. kata, tanak.. Boleh kasik barang lain, aunty tu kata boleh, kasik cadar.. Haaa... Cantek, pas kawen nati cadar tuh boleh guna pakai hari2... Tenkiu manyak2 aunty, hehe...
Tapi kan, tak silap aku, mak ada mintak tolong ngan makde KKB wat langsir aku la, wane biru. Ermmm.. Cuma tak tau la, dia amek upah jahit berapa. Errr, makde.. Apa kata, makde kasik orang free jer langsir tuh.. Hehe... Dua tingkap jer makde, tak manyak pon.. Hehe...

Untuk majlis beso.. Keputusan telah pun di wat. Secara rasminya.. Wat kat dewan. Dah dapat info terkini lagi sahih, kusi meja dewan memang cukop. Kusi banyak, meja buffet ada, meja untuk VIP ada 6, meja tetamu makan ada 40 tak silap aku. Tapi kusi memang banyak la, lebih 300.. Tak silap aku, ada 500 lebih. Maka, aku dah tak pening2 nak sewa kat MDR...
Adiossss...

Saturday, December 4, 2010

Rumah VS Dewan

Bismillahhirahmannirahhim...

Sesungguhnya, aku tol2 dalam dilema ni. Kepeningan ni. Sebabnya, sebelum ni cadang nak wat majlis kawen kat umah. Tapi aku rasa macam sket cuak coz umah aku tuh kecik jer. Lagipun umah tinggal, faham2 jer la. Kalo sebut umah tinggal cemana, dengan atap bocor nya, dengan toilet atas dah rosaknya. Lagik satu umah tuh memang nampak horror sangat, wakaka... Ye r, aku tinggal Sawak dah 5 tahun lebih, mana la tak macam umah 'antu' umah kitaorang tuh, kekeke.... Pastu, Encek Bakal S. cadangkan wat kat dewan. Pas dah diskas2, aku pun setuju. Coz, kitaorang rasa sewa dewan dah boleh save duit sewa kanopi.

Kalo ikotkan mak, dia nak wat majlis kat umah wan aku jer. Lagipun umah besa sket dari umah aku. Tapi, adek-badek ayah aku merangkap pak2 & mak2 sedara aku kata, kalo wat kat umah wan, dorang rasa segan. Dorang cadangkan wat kat umah sendiri jer, kecik pun takper.

So, pas aku & Encek Bakal S. diskas2, kitaorang pun setuju & dah bayar booking untuk wat kat dewan. Senang & tetamu tak la panas nati coz ada kipas. Lagi satu, kawasan besa so boleh la aplikasikan apa yang patot. Masalahnya sekarang ni, tadi aku di bagitau, kusi meja kat dewan tuh tak cukop la plak. Untuk tambahan kena amek dari lua. Terutama Majlis Daerah punya, tapi kan... Satu kusi, dorang sewa RM4 . WHAT..?? RM4, giler mahalnya. Kalo 200 kusi dah RM800. Bek sewa dewan Jubli dari bayar rege kusi, belum sewa meja lagi. Mak aiiii.... Masa mak long bitau tadi, aku dah pening dah, mana plak akui nak pi cari kusi meja ni. Encek Bakal S. dah la jauh nak diskas2. Nak pangey dia balik bukan senang. Dia tak bley cuti sesuka ati coz tempat dia takde orang nak ganti.

Aku bitau mak, mak kata nampak gayanya wat kat umah jer la. Kat taman aku, tak silap ada dua kanopi serta kusi so dah tak paya nak bayar sewa da. Kalo nak tambah kanopi, aku rasa boleh try pinjam taman umah wan aku, Taman Muhibbah. Tak silap aku ada dalam 4 kanopi, so rasanya dah cukup. Time aku duduk2 tadi, aku dah terpikir tentang kanopi ni. Lagipun aku rasa, ok jugak la kot wat kat umah, aku dah tak paya pening2 nak bayar sewa alas meja. Coz, katering kawan mak aku ni takde alas meja. Alat2 lain seme ada.

Senanya, kalo ikotkan.. Aku nak majlis kawen, pas dah sambung umah. Besa sket, cat pun masih baru. Tapi lambat lagila, coz lepas abah bersara. Abah bersara tahun depan bulan 11. Kira, kalo siap sambung umah dalam tahun 2012.. Time tue umo aku dah 32, erkkk!!!


Ermm, ni la umah aku. Lama di tinggalkan. Kitaorang balik semenanjung, setahun dalam 1 atau 2x jer. Tapi atok ada la upah orang mesin rumput.
Umah ni kitaorang tak sewakan, barang penuh dalam ni, pegi Sawak dulu, bawak beg baju jer. Dulu berseri jer umah ni, sekarang dah kusam... Huhu...
Ni kat kawasan garaj. Mak cadang, kalo nak wat pelamin, wat kat area ni la. Tapi, aku riso kalo ujan, tengokla.. Sampah lumpur akan masok. Ni seme gara2 jiran seblah sambung umah gi tutup longkang. Ada ke patot. Tak patot betol. Da tu, bila ujan.. Memang jadik macam ni, kotor & lumpurnya tebal ya amat...
Kolam air terjun ni, aku ngan abah yang wat. Time kitaorang ada dulu, memang sentiasa bersih jer kolam ni. Siap ada bangau2 hiasan lagi. Pasu pokok2 bunga. La ni.. Gini la upanya..
Nampak tak ada batu pijak2 tuh, aku yang tanam senirik. Dulu taman ni memang cantek coz aku yang jaga, hehe... Setiap pagi / petang memang aku sapu daun2 / bunga2 kering yang gugur. Pokok2 bunga abah aku yang trim la... La ni, semak dah, pokok2 pom dah banyak yang kena tebang. Termasok pokok mangga, rambutan & kedondong.. Huhu...
Ni dalam umah, habuk banyak, tahi cicak pun banyak. Kalo jadik wat kat umah nati, mak aku kata, kalo tanak wat pelamin kat lua, boleh wat dalam umah ni. Cari dinding2 yang agak luas sket. Cat baru, aku memang tanak cat. Sebabnya, aku suka wane yang ada ni. Cat ni, aku ngan abah yang wat style ni. Ala dulu2 kat Astro ada rancangan cat Debbie Travis tuh, dia kan banyak mengajar cara mengecat. So, kitaorang berminat dengan style dia, kitaorang copy paste la...

Dah lama bilik ni tak digunakan, tengok ada sarang burung lagi.. Keke

Ayoppp... Ni bilik aku. sebelum pindah ke Sawak, aku sempat cat bilik aku ni. Bilik aku ni asal wane putih. Tapi aku tak suka bilik aku berkeadaan terang. Aku suka redup2 & gelap2. Tu pasal aku pilih wane ni, langsir ni. Bila bangun pagi, mata aku tak silau. Tak berair. Ekceli, cat bilik aku ni ada 3 jenis wane. Wane coklat ni, wane biru & pink.

Aku tak tau lagi samada nak tukar cat baru atau tak bilik aku ni. Aku suka 3 wane ni. Aku suka kegelapan, tak suka terang benderang, sakit mata la...!!!

Oyer, kesudahan persoalan samada rumah atau dewan, kena tunggu kata putus dari Encek Bakal S. aku dulu.. Dia tak reply lagi jawapan dia. Bila pk kos kusi meja kena amek dari lua, aku dah serabot dah.. Huhu, ok la.. Adiosss...


Pilihan Photographer....

Bismillahhirahmannirahhim...

Aku dah makan ubat selsema tadik, selsema pom dah benti. Cuba dah baring, tapi tak boleh nak baring la. Dalam kepala ni, memacam pk. Masa dah tinggal 4 bulan. Tapi aku tak tempah lagi tukang amek gambo kawen aku. Hmmm... Aku dah sebey2 dah 2, 3 tempat kat area Raub ni. Tapi aku belum wat keputusan lagi nak yang mana ser.

Tapi lagi sekalik. Aku terasa cam nak kongsi lak link2 ni. Aku ada beberapa senarai. Kalo ada sesapa ter terjah ke blog aku ni, boleh la lawat2, wat pilihan kalo nak guna khidmat dorang. Yang penting, ikot bajek korang, coz kehidupan kita bukan tok hari kawen tu jer. Pas kawen, barulah kehidupan sebenar akan muncul.

K, ni antara link2 yang boleh korang lawat untuk mengabdikan gambar2 kawen :-



~ Contoh Gambar Kawen Dia ~




~ Contoh Gambar Kawen Dia ~


( 3 ) http://www.shahkasahias.com/


~ Contoh Gambar Kawen Dia ~


( 4 ) http://ahmadfairus.com/blog/

~ Contoh Gambar Kawen Dia ~

( 5 ) http://www.usophoto.com/

~ Contoh Gambar Kawen Dia ~

( 6 ) http://www.selphya.com/


~ Contoh Gambar Kawen Dia ~

( 7 ) http://ironiirisresources.blogspot.com

~ Contoh Gambar Kawen Dia, Bo Tgk Sendiri Coz Dia X kasik Copy, hehe ~

Alas meja & Gabus

Bismillahhirahmannirahhim...

Petang semalam masa lepak2 kat lua umah mak long aku, kebetulan aci depan umah dia tuh anak dia kawen dulu pena guna dewan yang aku nak guna ni. Coz aku nak tau kusi meja cukup ke tak & mana dia carik alas meja. Bila di soal siasat, dewan punya kusi meja tarak cukup la.. Kena amek dari Majlis. Ayoyoyo... Itu macam ka, nampaknya kena cepat gak gi jumpa orang Majlis ni, sat gi tak dapat lak, coz tahun depan ramai nak kawen ni. Alas meja aci tuh orang katering yang punya. Hmmmm.....

Ekceli alas meja aku dah dapat dari mak andam yang aku amek tuh. Dia nya sewa cuma RM2. Cuma dia ada wane merah dengan oren jer. Alamak, aku kalo boleh nak wane pink. Kalo takder sangat, wane putih pun ok. Tapi merahhhh....???

~ Gambar contoh : Haa.. suweeeeetttt jer wane pink ~

~ Gambar contoh ~
Aku cuba bayangkan kalo pelamin biru & alas meja tok tetamu wane merah seperti gambar di atas, mak aku kata, boleh la.. Masuk punya. Asalkan jangan wane oren lagi tak masuk. Huk huk..

Aku guna katering kawan baik mak aku, dia memang ada seme barang kecuali alas meja jer. Tuh yang pas diskas dengan Encek Bakal S. dia nak wat kat dewan, aku terus terpikir tentang alas meja. Takkan nak bio kering gituh jer sekurangnya mesti ada lapik tol tak.

~ Gambar contoh ~
Tapi seperti gambar di atas boleh jer backdrop wane hijo+pink, alas meja wane merah kan.. Kusi biru pekat.

~ Gambar contoh ~
Ni backdrop biru, alas cream+putih, masuk apa.. Putih & Cream akan boleh masuk wane apa ajer...

~ Gambar contoh ~
Ni lagi satu contoh, pelamin dia biru, alas meja (maybe meja depan VIP punya tu) wane kunin merah... Boleh jer.

Ok la.. Kalo camtuh, aku ikut jer la cakap mak aku guna jer la wane merah tuh. Tak kisahlah tak dapat wane pink. Aku bukan apa, tanak guna wane seme sama. Aku nak ada wane lain sket. Tema aku wane biru & pink. So, kalo pelamin aku dah biru, bunga2 kat pelamin tuh kaler pink, aku nak la alas meja wane pink gak.

Tapi, katakan lah, alas meja aku kompem wane merah, perghh... Aku akan pikir secara positif, dalam gambar, akan menyerlah la kot. KOT!

Takperla, apa yang aku harapkan ialah, seme tetamu aku dapat makan, dapat telo/sebenier ikhlas dari hati aku. Kalo boleh aku tanak sebarang kekomplenan, kekecohan dalam majlis aku nati, misal.. Air basuh tangan tak cukup/kehabisan air. Jangan riso tetamu aku sekalian, aku akan sediakan tong paip air yang mencukupi, insyaallah... Tapi tak silap, kat luar dewan tuh ada paip, masa mak pegi kawen kezen dulu, dorang tak sedia tong pun juz guna paip air kat luar dewan jer. Aku tanak la guna kendi untuk setiap meja, kesian orang2 yang nak kutip isi air dalam kendi tuh. Nak cuci tangan sila ke paip air, jangan malu dan jangan segan yer, siler2... Wahhh gitue!

Kalo ikut ati aku, aku nak guna pinggan gelas gabus. Tapi mak aku kata, mak cik zah ada pinggan gelas plastik, gabus pon ada. Kalo dah abis seme pinggan di guna, dia akan kuarkan yang gabus. Bukan apa, kalo boleh aku tanak susahkan orang, kalo guna seme gabus, tak paya nak cuci2 services terus jer buang. Plastik sampah, awal2 aku dah book dengan pakcu aku. Nati dia bawak turun dari genting plastik mastik sampah tersebut. Aku suka genting punya plastik, pasal ianya tebal & beso, dan yang penting ianya... FREE. Haha, aku kalo part2 free ni memang la teramat ya amat sangat suka bangat. Ater, dah anak sedara, free jek la, hehehe.....

Untuk kenduri tahlil selepas akad nikah, aku memang nak guna gabus ajer. Tak kisahlah untuk orang masjid ker, sedara mara ker, atau jiran2 tetangga yang tolong masak nati, seme pun makan minum guna gabus, sapa yang nak cuci nati? Aku boleh cuci takder hal, cewahhh! Guna gabus senang, dah siap, campak jer. So, jimat tenaga keje. Umah aku kecik jer, tang mana nya nak letak seme pinggan gelas kalo di guna nati, mana lagi nak letak piuk belanga seme. Takder pendek kata panjang kata, keputusan muktamat aku, guna GABUS JER.

Dalam dewan nati satu hal jugak, secara ringkasnya apa yang perlu dalam dewan nati ialah :-
1. Orang jaga meja - meja kena sentiasa clear slepas tetamu dah siap makan
2. Jaga tong paip air - pastikan air sentiasa ada & tong untuk air kotor jgn sampai melimpah
3. Jaga menu & air - pastikan jangan sampai kering, baru nak tambah
4. Jaga sebenier - tengah dok pikio ni, sapakah yang layak.. keke
5. Lebihan makanan - ni kene sedia pastik sampah banyak ni, supaya tak berterabor merata-rata.

Setakat ni, itu jer yang aku ingat. Lagipun otak aku tengah tak center ni, kena selsema lak. Badan pom macam nak demam jer ni. Adiosssss.....

Thursday, December 2, 2010

Bilik Panten - Ikot Bajek

Bismillahhirahmannirahhim...

Malam tadik, pas siap aku lipat2 kotak telo.. Aku terasa nak tengok deko bilik panten. Siyes cakap, aku part nak deko lebih2 ni aku tak berapa nak pandai. Maka, sebagai rujukan, aku carik kat Encek Google. Bilik aku tuh tecik jer, cuma 4 syiling, bayangkan la.. Tu pasal aku rasa nak sumbat katil dengan meja solek jer nati. Lemari tanak letak dulu nati sempit. Maklom la time kawen ni, orang ramai nak masok bilik panten. Bak kata Abg. Man cekgu Faezah... "orang pompuan ni kalo pegi kenduri kawen tak sah kalo tak tengok bilik penganten & balik lambat nak bawak balik gulai.." Wakakaka.....

Sambung balik, hehe... Oyer, lagik satu, aku rasa akan memerlukan karpet nati pasal bilik tuh dah lama di tinggalkan, maka lantai2 parquet dah banyak yang tertanggal. So, secara rasminya aku kena menutupkan segala kecacatan tersebut. Di sebabkan aku dah survey katil yang aku nak, aku kene la pikio cemana nak deko bilik aku nati. Bukan la nak hiasan yang mahal2 asalkan sedap mata memandang, tak serabot pale otak bila tengok da la. So kat bawah ni ada beberapa deko yang aku dapat dari tenet. Mungkin ada di antaranya akan diaplikasikan dalam bilik aku nati. Asalkan ia sesuai & tak melebihi bajek aku... Ni contoh2 bilik orang, bilik aku nati akan aku upload kendian coz tak sentuh apa2 pun lagik.


Katil kayu vs katil besi => katil aku, katil kayu jer, murah2 jer tak der laa.. Sampai beribu untuk satu set. SILA AMBIL PERHATIAN ~ Katil di atas bukan katil aku yer, hehe... Tu sekadar contoh sahaja.

~Tengok.. Tuan bilik kreatip lekatkan cermin kat dinding ~

Aku suka warna ginih. Wane lembut vs wane gelap. Bilik aku sekarang ada 3 wane. Gilerrr kan, wakaka... Bilik tuh aku cat sendiri dulu, wane maroon + pink + biru.. Pintu lak wane putih.

~ Aku suka design luv tue.. ~


~ Aku suke jugak petak berbunga ni, hmmm... Idea ni.. ~
( Psttt.. Untuk hiasan bunga2 ni, bli bunga2 yang murah jer, dah di susun nati cantik la dia )


~ Yang ni pom cantek gak kan... Bunga merah.. Fuhhh ~


~ Yang ni, kain susun style silang2 ni menarik gak.. ~


~ Haaaa, aku sukek betol style yang ni, nampak manis jer, sapa erk tuan punya bilik ni, lupa suda, apa2 pom... Idea kamu memang la sangat menarik skalik ~


~ Luv dari bunga, hmmmm.. ~
( Kalo takdek orang nak duduk ok la kot, kalo ramai yang nak dok bergamba, nati luv dah berterabor.. Hehe.. )


Eh... Ehh cam kenal jer. Ni namanya bunga rampai. Tadik aku ada terbaca, dak tu kata, kalo nak wangikan bilik panten, kena la ada bau-bauan. Lebih baik guna bunga rampai, baunya sangat kuat & lebih menyerlah dari bau2 yang beli2 tuh.. So, aku rasa idea ini sangat bernas. Kebetulan kat umah aku kat Sibu, ada bekas yang sesuai untuk letak bunga rampai ni. Tapi, aku rasa nak letak dua bekas la, bekas ni boleh jer aku sebey2 kedai Anty Kraf kat Sibu nun. Di sebabkan aku dah lama kenal dengan dia, boleh jer mintak diskaun nati, hehehe... Tak pom, cakap la aku nak kawen, silap hari bulan dia kasik free jer... Haha...


Nota Kecik : Jangan terlalu berharap, kelak kita yang akan terluka.. Wakakaka
IMAGE : Taken By Google