Tuesday, November 23, 2010

Rahasia + Sah + Pening


Bismillahhirahmannirahhim...

Hari ni dari pagi sampai ke petang aku mencari-cari maklumat yang aku nak dari Encek Google.
Maklumat apekemendenya..? Ada la... Huhu...

Aku rasa dah tibe masanya kot aku membuka rahasia yang selama ni aku tiyam2 kan. Hehe... Bukan seng-a-jer maaa, aku ada alasan kenapa aku wat cenggituh. Wat kawan2 yang selama ni tertanya-tanya.. Ternanti-nanti.. Haaaa, ni aku dah tunaikan janji aku ok, hehe.. Mimang selama ni, dorang asik menanya soklan yang sama. Kadang, dorang baru nak buka mulot, aku dah tau apa soklan yang nak di tanya.

Ok, kali ni aku iyakan & sahkan bahawa hari2 bujangku/singleku bakal berakhir. Jangka waktunya hanya tinggal beberapa bulan lagi. Ekceli, aku macam orang bodoh sket bila hari kawen kali ni betol2 menjadi. Kalo yang dulu, aku orang pertama yang paling sibuk skali menulis, melakar & yang sewaktu dengannya.

Wat itu ini, siap ada buku catitan. Last2, bila tak jadi, aku rasa hampa. Tu pasal yang kali ni, aku rasa macam kosong jer, sebab tak nak da plan awal2 takot terkandas skali lagi. Tapi awal2 dulula.... La ni, aku dah berjaya menangkis perasaan tuh jauh2 sket, dan sekarang aku plak yang pening coz kalo boleh aku nak majlis aku simple, tapi ada memori yang aku tak boleh lupa.
Setiap bakal panten kan ada impian masing2. Aku bukan la orang kaya, orang bese2 ajer, so aku tak nak la melampaui bajek aku nati. Cukuplah sekadar yang termampu.

Tentang pencarian aku dengan Encek Google tadi adalah kerana aku mencari gambar2 deko, cenderahati, kad & sebagainya. Untuk tujuan sebagai rujukan. Tentang barang2 penting, aku dah beli kat Sibu. Dah pun ada kat Raub ni. Barang2 hantaran, tinggal beberapa jer lagi, yang lain dah ada. Aku lebih suka beli sendiri barang hantaran aku sebab aku yang tau apa yang aku nak. Wane cemana kan..

Gambar untuk kad kawen pun dah setel minggu lepas. Tukang amek gambau, adik aku la. Ada yang bez tentang 1 gambar tuh coz ia natural, kitaorang tadek wat ape2 pun kat gambar tuh, apatah lagi nak ubah2.. Memang amazing, tapi aku tak leh cerita apa, nati tak seprais la. Nak print jek lom lagi...

Katering... Pun suda, alhamdulillah... Kawan mak aku sudi gak tolong. Dah lama kenal Makcik Zah sekeluarga ni, dari aku tecikkkkk lagik tau. Lom sekola lagi dah kenal dia.

Baju..? Dah tempah jugak, cuma tinggal Encek Bakal S. jer lagi nak test baju tuh. Minggu ni dia balik untuk cuba try test.. Tadik Encek Bakal S. bitau, dia dah tempah band dgn karok. Hohoho.... Jangan tetamu2 request suh aku karok sudah. Kang ribut taufan melanda, kekekeke... Kalo Encek Bakal S. xpela, dia memang nyanyi punya olang.

Para jemputan, aku dah senaraikan, mak pun sekarang tengah senaraikan. Adik aku lom wat senarai lagik. Tapi, rasanya dia jempot kengkawan dia melalui FB jer tuh.. Keke... Cuma aku rasa tetamu aku idok la sampai 1000 orang. Kurang lagi dari 800, itu cuma andaian la. Aku rasa dalam 600-700 jer, coz time tuh mana la tau kot2 tesempak gak dgn kawen orang lain kan. Atau masing2 ada hal yang tidak dapat di elakkan macam keje ke, atau dalam pantang ke, mana la tau, hehe...

Kusus..? Elo, dah pegi da. RM20 jer tau, aku amek kat Sibu la, nama pun dok kat sana. Aku pegi dgn Wan ( Ikhwan Shafiq) member aku. Kat sana kusus mimang murah, banding semenanjung ni, ramai pekerja gomen amek kat sana, coz dorang keje sana, senang la amek kat sana kan... Cuma Encek Bakal S. jer x amek lagi, awal bulan depan kusus dia..

Adoiii... Dalam pale ni memacam pikir. Kalo di tulis lam buku, tah berapa jilid da, wakaka... Part yang aku tengah pikir tahap giler babas ni tentang cenderahati.
Pasalnya, x nak la bagi yang wat orang akan buang selepas dapat kan. Kalo bo, aku nak dorg simpan.. Huhuhu...

Ok la, len masa bo sambung lagi. Coz, aku rasa... Setat dari detik/masa/hari ni, entri aku akan banyak berkisar tentang majlis aku jer. Betapa susah senangnya nak menuju ke alam rumahtangga ni. Macam2 kena wat persediaan, dengan harapan semenya berjalan lancar, aminnnnn....

3 comments:

  1. ...keje keras aloy....
    selamat mendirikan rumahtangga...

    - fared

    ReplyDelete
  2. hehehe...akhirnya.....!!!!
    selamat menempuh alam baru nanti ya....

    -K.Waty -

    ReplyDelete
  3. FARED : tima kaseh banyak2.. Hehe
    K. Waty : welkam 2 da club... keke, tq

    ReplyDelete