Bismillahhirahmannirahhim...
Hari ni, petang.. Kat Sibu cuaca agak baik. Semalam ujan lebat. Tak tau la kat dataran Sibu semalam ramai orang pegi ke tak. Teringat kat seorang sahabat bertanyakan tentang tahun baru. Di mana aku menyambutnya & dengan siapa. Aku ada di rumah jer. Tak kuar gi memana pun. Lagipun aku demam. Siap pakej kooooo.... Pening + Batuk + Selsema, huhu... Dengar gak munyik mercun bunga api yang 'kebommm kebommmm' tuh. Aku sempat jenguk kejap jer la kat pintu.
Dah tahun 2010 dah yep. Lagi setahun lebih aku & family akan pulang ke semenanjung atau orang sini pangey 'Malaya' buat selama-lamanya. Setahun bertambah lagi usia aku. Apa ada pada usia, hanyalah angka. Memang betol semakin berusia corak pemikiran kita semakin matang. Persoalannya, matang ker aku ni...?? Hahahaha...
Okey... Siyes-siyes! Kadangkala, cewahhhh.. Hehe.. Bila aku duduk berseorangan banyak perkara yang terlintas di fikiran aku. Apatah lagi di tambah dengan beberapa kejadian yang berlaku di seluruh dunia. Aku paling sayu bila melihat saudara se-Islam kita ditindas dengan kejam. Bayi, kanak-kanak, wanita tua, sering menjadi korban. Sayu juga hati bila melihat anak-anak kecil di luar bumi Malaysia tak cukup makan pakai. Betapa susahnya mereka bila tanah air tercinta di ragut sedemikian rupa. Memang di Malaysia juga ramai orang yang susah, tapi kita tidak di serang, rumah kita tidak ada lelaki2 bersenjata untuk membedil kita bila2 masa. Masih lagi boleh bernafas walau makan hanya ubi rebus, nasi berkuahkan air.
Aku bukan nak bercakap soal politik, tapi aku ingin menyentuh tentang betapa kalo kita rasa susahnya kehidupan kita sekarang, di luar sana ramai lagi yang susah sebenarnya. samada di tanah air kita sendiri atau negara luar. Teman2 rajin mengeluh, kos sara hidup meningkat & sebagainya. Tapi sedarkah korang dalam susah2 kita, pernah tak korang tak makan untuk beberapa hari. Anak2 korang, pernah tak dorang tak menyusu, tak makan nasi, tak makan apa2 langsung untuk beberapa hari. Namun, sesusah-susah hidup kita, insaflah.. Ramai bayi2 & kanak2 di luar bumi kita sedang menderita kelaparan. Usahkan nak menjamah nestum, nak menjamah roti pun belum tentu. Pernah tak korang bayangkan, yang bayi2 serta anak2 sekecil itu pun mampu menahan lapar. Takkan kita baru di duga dengan kesusahan yang sedikit terus tak mampu lagi untuk menanggungnya.
Kita ada segala-galanya, tapi mereka tidak. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi hari ini. Sebagai contoh : Walau kecik rumah yang kita ada, bersyukurlah kerana itu rumah kita. Walau kecik kereta yang kita ada, bersyukurlah kerana itu kereta kita. Ada jugak kan, dari takder. Walau pada satu ketika kita rasa susah sangat, tapi kita masih berpeluang minum air masak, dari minum air parit. Kita masih mampu beli maggie & roti untuk alas perut. Bersyukurlah kita tidak kelaparan berhari-hari, kecualilah kalo kita berpuasa kan.. Haaaa....
Nota Kecik : Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

No comments:
Post a Comment