Saturday, January 2, 2010

Bila Dah Boring

Bismillahhirahmannirahhim...

Hari ni tadi pas wat apa2 yang patot, aku tengok tiwi. Sambil makan sambil tengok tiwi. Tengah2 makan, aku dengar ada orang datang. Owhh... Ana & Ashraf datang. Pelawa sekalik dia makan nasik. Dia tak mao. Borak2 r jap. Pas dorang balik, mak ajak aku kuar sekalik gi bli barang. Bawang tak silap. Aku tak nak la, lagipun adik aku takder. Kua ngan kawan dier. Aku boring, aku amek kamera abah, aku snap gambar2 ni seme.. Hehe, ni yang dinamakan takder keje carik keje, hahahaha..

Mak abah aku minat sangat dengan barang2 jati. Majoriti la kalo gi umah orang semenanjung kat area Sarawak ni, kompem mesti ada barang jati kat umah dorang. Bek cikgu ker, askar ker, polis ker, PGA ker, kastam ker.. Apa2 kerjaan la pun asalkan orang dari semenanjung, kompem ada punya. Sebab apa??? Sebab ni barang jati Indon, dah la cantik, murah lak. Bukan lah murah singgit dua hengget, tapi rege dia lebih murah kalo bli kat semenanjung. Ramai kawan2 mak aku dah mula kumpul sebelum nak balik semenanjung. Macam ada sorang kawan mak aku nama Kak Ida Mansor dia sebey dulu rege kat kedai2 jati kat semenanjung, dia nak sofa jati, cam sofa kat sini yang paling lawa sekali baru 5k, kat semenanjung jual sampai 15k... Design yang sama. Manyak tuh lari. Pe lagi, Kak Ida pun teros sambar r tanpa pikir banyak kali. Dah sah2 beza benor regenya.

Tak semua barang2 jati kat umah aku ni dah lengkap. Kosi makan, sofa, rak tiwi belum ada lagi. Yang ada, ni jer lah... Mula, aku macam tak berminat gak, tapi bila dah hari2 ngadap. Eh'eh.. Lawa la plak. Dulu2 aku suka barang rotan. Tapi aku pun dah mula minat barang jati/barang yang berasaskan kayu. Dalam gambar2 ni ada gak barang aku, hehe.. Ala yang kecik2 jer, yang besar2 tak mampu la plak.. Hek hek..

Surah Yassin ni aku punya - beli kat Serikin, Kuching



Ayat Kursi ni pun aku punya - beli kat kedai kraf




Set teko jati ni - mak yang punya





Basikal - mak punya
rehal - aku punya
motor - abah punya




sampan - abah punya
congkak - mak punya




Lampu ni abah punya




Meja sotong rendah - abah punya




Meja sotong tinggi - abah punya




Cermin ni... Abah & mak yang punya




Peti Jati ni aku pangey 'peti musang berjanggut' - abah yang punya




Tingkap jati - aku punya
Topi kat atas tuh, dua dari kiri abah punya, yang last aku punya




Tanduk2 ni - abah punya




Kapal - abah punya




Kusi ni - abah punya




Meja kacang - mak punya




Meja separuh bulat & meja lonjong telo - abah punya





Meja 3 beradik - abah punya




Troli - mak yang punya




Meja konsul 3 laci - abah yang punya




Meja Oshin - mak yang punya ( meja kesayangan mak ni.. ) hehe..




Almari dua pintu - mak yang punya




Aku tak tau apa nama almari ni tapi - abah yang punya



Almari sudut ni - mak yang punya




Almari 3 pintu ni - mak yang punya




Meja ni aku pun tak tau nama apa tapi - abah yang punya





Tikar sarawak - aku yang punya




Tikar sawak yang ni - abah yang punya


K, sekian...

Friday, January 1, 2010

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Ada..


Bismillahhirahmannirahhim...

Hari ni, petang.. Kat Sibu cuaca agak baik. Semalam ujan lebat. Tak tau la kat dataran Sibu semalam ramai orang pegi ke tak. Teringat kat seorang sahabat bertanyakan tentang tahun baru. Di mana aku menyambutnya & dengan siapa. Aku ada di rumah jer. Tak kuar gi memana pun. Lagipun aku demam. Siap pakej kooooo.... Pening + Batuk + Selsema, huhu... Dengar gak munyik mercun bunga api yang 'kebommm kebommmm' tuh. Aku sempat jenguk kejap jer la kat pintu.

Dah tahun 2010 dah yep. Lagi setahun lebih aku & family akan pulang ke semenanjung atau orang sini pangey 'Malaya' buat selama-lamanya. Setahun bertambah lagi usia aku. Apa ada pada usia, hanyalah angka. Memang betol semakin berusia corak pemikiran kita semakin matang. Persoalannya, matang ker aku ni...?? Hahahaha...

Okey... Siyes-siyes! Kadangkala, cewahhhh.. Hehe.. Bila aku duduk berseorangan banyak perkara yang terlintas di fikiran aku. Apatah lagi di tambah dengan beberapa kejadian yang berlaku di seluruh dunia. Aku paling sayu bila melihat saudara se-Islam kita ditindas dengan kejam. Bayi, kanak-kanak, wanita tua, sering menjadi korban. Sayu juga hati bila melihat anak-anak kecil di luar bumi Malaysia tak cukup makan pakai. Betapa susahnya mereka bila tanah air tercinta di ragut sedemikian rupa. Memang di Malaysia juga ramai orang yang susah, tapi kita tidak di serang, rumah kita tidak ada lelaki2 bersenjata untuk membedil kita bila2 masa. Masih lagi boleh bernafas walau makan hanya ubi rebus, nasi berkuahkan air.

Aku bukan nak bercakap soal politik, tapi aku ingin menyentuh tentang betapa kalo kita rasa susahnya kehidupan kita sekarang, di luar sana ramai lagi yang susah sebenarnya. samada di tanah air kita sendiri atau negara luar. Teman2 rajin mengeluh, kos sara hidup meningkat & sebagainya. Tapi sedarkah korang dalam susah2 kita, pernah tak korang tak makan untuk beberapa hari. Anak2 korang, pernah tak dorang tak menyusu, tak makan nasi, tak makan apa2 langsung untuk beberapa hari. Namun, sesusah-susah hidup kita, insaflah.. Ramai bayi2 & kanak2 di luar bumi kita sedang menderita kelaparan. Usahkan nak menjamah nestum, nak menjamah roti pun belum tentu. Pernah tak korang bayangkan, yang bayi2 serta anak2 sekecil itu pun mampu menahan lapar. Takkan kita baru di duga dengan kesusahan yang sedikit terus tak mampu lagi untuk menanggungnya.

Kita ada segala-galanya, tapi mereka tidak. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi hari ini. Sebagai contoh : Walau kecik rumah yang kita ada, bersyukurlah kerana itu rumah kita. Walau kecik kereta yang kita ada, bersyukurlah kerana itu kereta kita. Ada jugak kan, dari takder. Walau pada satu ketika kita rasa susah sangat, tapi kita masih berpeluang minum air masak, dari minum air parit. Kita masih mampu beli maggie & roti untuk alas perut. Bersyukurlah kita tidak kelaparan berhari-hari, kecualilah kalo kita berpuasa kan.. Haaaa....

Nota Kecik : Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Tinggal Kenangan

Bismillahhirahmannirahhim...


Salam pagi Jumaat. Eh'eh... Dah tahun baru la. Hmmm... Sambil aku manaip neh, ditemani ujan tau kat luar. Sejokkk jek. Aku takleh nak tdo r. Mesti sebab minum kopi pagi takdi. Tak rasa ngantuk pon. Pas tengok konsert Dewa 19 kat Ria tadi aku baring la, tapi mata tetap gak celik. Sempat lak tengok program adik aku kat cenel Discovery. Pastu kan, tengah nak lelap2 tuh, tiber lak tingat kat mamat tuh, ala mamat tuh la.. Yang chenta pertama aku tuh. Yang dah kawen tuh la. Bukan sengaja maaaa.... TERRR ingat jer, ni gara-gara tengook citer Devdas takdi ni (tiber jer salahkan SRK lak..)

Mungkin dah tertulis aku & dia tidak di ciptakan untuk bersama. Kami ditakdirkan untuk menjadi kawan, sahabat & bercinta tapi tidak untuk hidup berdua hingga ke akhir hayat. Mungkin aku ni bukanlah yang terbaik untuk dirinya.

Ermmm, tapi kan masa aku balik raya haji dulu, aku tesempak lak dengan dia. Mak aaaaaiiiii aku punya geram sampai naik ketar badan. Aku ni rabun sket, tapi masih nampak lak nombor kete dia masa tuh. Masa tuh aku nak bli jagung kat Pasaraya T** T**, sambil2 borak dengan adik aku, aku pandang2 kat jalan tempat parking. Boleh lak aku ak perasan bila masa dia masuk parking tuh. Yang aku perasan, aku ternampak kete merah, dengan number plat yang memang aku dah tau. Apa lagi, bila nampak jer kelibat dia teros aku jadi tak tentu arah, menyumpah gak la maser tuh sebab aku memang kalo boleh dah tak nak ternampak dia lagi. Bila aku nampak tudung wife dia, cepat2 aku pusing & turun bawah, nyuruk kat sebuah van. Fuhhhh... Ni la yang watkan aku tak suka berada dalam situasi macam ni.

TinggaL Kenangan - Saleem

Pernah Ada Rasa Cinta
Antara Kita Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu
oohhh
Kini ku Coba
Mencari Penggantimu

Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita

Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu
oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu

Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara
Kita
Kini Tinggal Kenangan....

Nota Kecik : Lagu ni ditujukan khas untuk diri aku, tima kaseh banyak la untuk aku tu yer, wat susah2 jer tuju2 lagu.. Kekekeke