Sunday, July 5, 2009

Hujan Yang Turun...

Bismillahhirahmannirahhim...





Alhamdulillah, setelah hampir 2 minggu bercuti ke Semenanjung, akhirnya aku kembali semula ke Borneo ini. Hujan yang turun.. Bagaikan mutiara, cewahh.. Nyanyi2 lak.. Tapi, itulah gambaran cuaca di sini. Ya, hujan... Sejokk jek rasa hari2. Tanaman kat tanah sekangkang kera kat depan umah tu pun 'sihat' bebenor. Sayur sawi, kangkung, pisang, cili.. Seme makin berisi. Tomato tak nampak muka lagi, tapi tembikai udah menjalar.. Amin. Tak lama lagi dapat makan tembikai.. Hehe..

Ada apa2 citer balik Raub? Itulah soklan panas dari kengkawan aku. Soklan yang nampak simple tapi aku malas nak jawab. Banyak citer yang aku dapat, maksudnya, bukan aku yang bertanya. Tapi, orang yang bercerita pada aku. Huiiii.. Dasat, citer panas tuh, tapi takpelah tak bek citer kat sini or mane2 pon, coz ia bakal mengaibkan orang, biarlah aku jer yang tau & kunco2 aku kat Raub. Tapi, saat aku menitiskan airmata apabila Si Polan menyampaikan citer tentang Dia. Huhuhu.. Nanges beb, tak boleh tahan la. Aku tak ingat pon, tapi terdengar. Nak wat cemana kan. Sambil msg sambil nanges. Ermm.. Tapi aku dah ok da la pas aku kuatkan semangat. Ni la yang aku malas nak balik dari dulu. Sebab aku tau, aku akan terdengar citer tentang dia. Susah la macam ni kan. Aku ni yang wat keadaan tu jadi susah senanya, mende tuh simple je. Erm, lagi satu, yang wat aku sedih, pasal Aki. Ya, aku terkejut giler bila mereka bercerita tentang Aki. Aku tak sangka sebenarnya. Tapi, aku tak nak bagitau apa kisahnya, kerana ia juga bakal mengaibkan keluarganya. Cukuplah aku katakan bahawa.. "Ibubapa memang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2 nya, tapi... Bila anak2 sudah dewasa, belum tentu dapat membahagiakan hati ibu bapa.."

Bila balik Raub, kaum kerabat aku merangkap sepupu sepapat aku ramai dah keje luar dari Raub. Bila nak kuar minum makan, rasa tak best sangat coz dah tak cukup korum. Kene tunggu ujung minggu time dorang balik cuti baru leh kua. Papepun aku berbangga dengan dorang seme coz masih nak lepak2 ngan aku walo umo aku jauh lebih tua dari dorang, hehehe... Tau pasal apa?? Pasal, aku umo jer tua, tapi aku ni kecik, dorang tuh seme badan besar gedabak, so.. Bila jenjalan ngan dorang, aku tetap nampak adik dari dorang.. Hahaha...
Ok la, nati ada masa, aku upload gambo2 time aku balik Raub. Gi Lubuk Semak, best..




No comments:

Post a Comment