Thursday, April 25, 2013

Jalan-Jalan Ke Anggerik Mall...

Bismillahhirahmannirahhim...
Kisahnya, lepas asben amek kitaorang (aku, mak & abah) kat Pekeliling, ingat nak pergi makan kat area situ. Tapi takde parking la pulak. Nak makan kat tempat lain, pun sama banyak yang tak meniaga sebab hari minggu kan. Pastu, terus jer la ajak mak & abah pergi jalan-jalan kat Anggerik Mall, sebab jualan garaj ni hari minggu jer ada, bukak sampai pukul 6pm.. Diaorang ni minat barang lama. Lagipun mak kata dia tak rasa lapar lagi. Sesudah sampai...

 Lihatlah pemandangan barang-barang lama yang maha hebat ini...

Iklan-iklan lama pun ada...  

Kat sini bagi penggemar teko, pinggan mangkuk, talam, pelita memang ada... 

Abah tu ada barang la tu dia carik... Hehe 

 Seronok ooo... Jalan sini, tapi kepada yang tak minat barang lama, memang tak rasa apa-apa la bila tengok semua ni.. Hehe

Boleh tawar-menawar juga, jangan risau.. Pandai cakap, dapatlah kurangkan harga...  

 Wohooo... Para pengumpul tin/pelita/botol... Mesti takkan lepaskan peluang untuk membeli kat sini..

Abah dari dalam kereta lagi dah berhasrat nak cari piring hitam, tapi bila dah sampai sini, hehe... Terkejut dengar harga dia... Hehe.. 

Aku & mak tengok-tengok jer.. saja bawak dorang sini, selain barang-barang ni seme, ada cadar, selimut pakaian yang di jual secara murahan.. 
Ok lah... Daaaaa

*** Seronoknya mak abah datang duduk seminggu kat umah sebab adik tak dapat balik Raub, sebab dia ada keje nak buat, dia cuti seminggu ni duduk dengan kami, tu yang mak ajak abah datang.. Nak duduk bercuti dengan anak-anak.. hehe.. ***

Saturday, April 20, 2013

Damainya Rasa...

Bismillahhirahmannirahhim...
Pagi semalam aku gerak balik Raub. Saing ngan asben nak pergi kerja so hantarlah aku sekali ke KTM Shah Alam. Sampai Raub dalam kul 1.30pm... Lepas campak beg segala terus ngap nasik.. Buruk betul perangai wakaka.... Lapar tahap gaban siot... Kalau dah nama balik kampung walaupun aku sengsorang, tetap bizi jugak. Ikut mak abah gi pekan Dong la (pasar malam), gi Tong Fatt beli barang dapur (maklumlah orang pencen kan dah dapat gaji) hehe... 

Dipendekkan citer, pagi tadi aku tengok suasana kat luar rumah, perghhhh.... Berkabus-kabusan. Maka aku cakap ngan mak nak sarapan kat luar lah. Nak tengok kabus & nak rasa sejuk kena tiupan angin sepoi-sepoi bahasa haha... Kalau balik kampung memang rasa best, aman damai je tak sesak fikiran ngan bunyi-bunyian yang tah apa-apa. Mula-mula, aku ronda dulu dari belakang rumah sampai ke depan sambil snap gambar.
Ni dari pintu dapur aku amek gambar ni...

 Kat sini la aku sarapan... Makan kuih Pahang- hati pari & nasi himpit ngan kuah kurma coz kuah kacang dah abesss...

Pokok cili tu tumbuh sendiri, ingat hari tu nak jugak tanam kat umah aku, tapi takde anak lah pulak... 

Ada pokok kaduk, teringat arwah wan dia suka wat nasi ulam buh daun ni & macam-macam daun lagi... 

Umah mak abah ni baru siap bulan berapa ekk, tak ingat pulak lah, tu pasal pokok pun kecik-kecik lagi, barang-barang renovate pun masih ada, dulu kami kan tinggal kat Sibu, Sarawak. Bila dah balik semenanjung baru abah besarkan umah yang secoit ni...Hehe 

 Pokok-pokok yang dapat di selamatkan masa renovate umah dulu, dulu mak banyak sangat bunga kertas tapi sejak pindah-randah mak buang je la...

Pokok bunga kertas yang ni abah sayang, dulu masa kami tak pindah-randah, abah siap wat bonsai... 

 Set kerusi batu/simen ni abah wat sendiri, aku pun ada gak tolong-tolong menyumbangkan tenaga... Hehe.. Ala wat cat dia jer...  Itupun untuk kerusi yang aku punya jer.. Hehe... Lepas abah siap wat kerusi ni tak lama lepas tu kami pindah ke Sarawak. Hampir 7 tahun kat sana, balik sini kerusi ni macam buruk je.. Baru ni abah cat kan jadi baru semula...

Abah ni dari belakang, sampai depan sampai luar rumah, seme pun dia nak tanam pisang.. Hehe.. 

Ni pisang tanduk.. Selain pisang tanduk abah tanam pisang lemak manis, pisang kapal jugak... Jiran-jiran india kat sini selalu jugak mintak daun pisang, nak makan alas daun pisang... Kami bagi jer, aterrrr kata banyak pokok pisang kannnn.. Hehe

Esok, aku mak & abah akan ke Shah Alam. Mana lagi kalau tak ke rumah aku kan. Lagipun adik cuti seminggu. Tu yang mak nak pergi sana, cadangnya mak nak duduk seminggu tapi baru ni ada lak sedara menjemput datang kenduri kawen, adehh... Sedara dekat plak tu kalo kengkawan boleh 'tinggalkan' je kan huhu.. Jahat. Abah macam nak pergi kenduri tu, maka mak kata mungkin duduk umah aku sampai khamis jer la. Jumaat pagi mak & abah nak gerak balik Raub da. Hmmmm.... Tak seronok betul, bulan dulu pun sama, mak balik awal sebab ada kenduri. Takperlah... Ok, daaaaa

Monday, April 8, 2013

Suka Laaa.......

Bismillahhirahmannirahhim...
Mata ni tak boleh bak tido plak dah. Lepas abis layan ABPH tadi, aku online FB jap, lepas wish kat adik pasal dia nak present. esok so aku terus sign out. Aku terus layan intai-intai deko kat youtube. Haaaaaa... Suka sangat konsep english. Tapi, aku ada barang kayu kayan.. Maka ia jadi, country english style. Begituhhhhhhh.... So video ni aku suka sangat, umah kak lynn @ lynncottage, dia ada FB gak jual barang english. Sukanya tengok umah dia...


Wednesday, February 6, 2013

So... Ada Masalah...???

Bismillahhirahmannirahhim...
Tak tau lah kenapa. Pagi ni masa aku tengah cuci pinggan, emo semacam. Tetibe aku teringat kata-kata orang2 yang pernah memperlekehkan aku sebelum ni. Apa dia..? Haaa.. Ni makan dia. Eh, tak tak.. Ok macam ni...

So, dipanjangkan citer, aku ni mmg suka beli barang. Masa aku zaman bujang, walopun pun masa tu umo aku  masih muda belia lagi & duit poket pun kadang dapat sumbangan dari pihak MAS, kalo kuar pi mana-mana tempat, yang paling menarik tangkai jantung aku ni ialah tempat jual barang dapo/pinggan mangkuk/barang2 umah @ yang seangkatan dengannya lah. Aku dah lupa apa barang umah pertama yang aku beli, set pisau / mug ekspresi muka. Style aku macam ni, walopun masa tu aku tak tau aku akan kawen dengan sapa, tapi aku beli jer sebab dalam kepala otak aku da set, 'aku akan berkahwin & ada umah sendiri ' itu jer la ayat penyata yang sering bermain kat dalam pale otak ni. 

Pastu tau tak ( mesti xtau, kekeke ) aku siap list dan tulis dalam buku tau. Untuk dapo barang apa, ruang tamu apa.. & bla  bla bla bla... Memang la sampai sekrang pun tak complete lagi tapi sekurangnya aku berjaya mendapatkan banyak barang2 yang aku nak mengikut spesifikasi yang aku nak, bentuk apa, jenis apa, warna apa, seme tu memang memainkan peranan yang penting. Ko apa hal.. Nak larang2 aku dari beli barang haaaa..?? Emo plak aku, hahahaha

Disebabkan itu, aku tak kisah langsung walo aku bujang lagi atau masa dah kawen duk umah sewa ke, aku tetap gak membeli. Sebab apa? Sebab, kalo nak tunggu ada umah sendiri baru nak beli, bangkrap C la aku & suami, korang gaji riban2 boleh la tunggu ada umah sendiri, terus beli barang serba baru, hehe... Kalo dapat asben yang sama2 suka memilih ikut citarasa ok la kan. Kalo dapat asben yang tak suka tunggu lama2, nampak barang cth : set pinggan terus je amek. Kalo nak lama2  pilih, takot asben wat muka sardin muncung panjang macam ikan todak sebab lama sangat dok dalam kedai. Padahal kalo nak ikutkan set pinggan ada banyak jenis, bentuk, warna so amek masa sket la nak yang mana, boleh sebey2 kat pasaraya, order kat katalog/beli kat langkawi ker haaa.. Dah nama pun nak pakai kat umah sendiri, mesti semangat kat umah baru tu bangkit sket, kalo men amek apa yang nampak jer, pastu balik umah tak puas hati plak, kan dah rugi kat situ. Beli awal kan senang, ada masa nak pilih tak de la men rembat & tangkap muat jer. Aku bab2 macam tu memang aku amek kira, walo nak beli kain tuala dapo, kekekeke... 

Aku biasa dengar ayat ni.. "Leceh la kalo beli awal2 takde tempat nak simpan.."
Itu soalan banyak kacang parang @ kacang buncis sajalah. Tempat nak simpan? Bilik kan ada, buh dalam bekas/kotak & tulis kat luar bekas tu apa dalam dia, nati nak pindah senang nak cari, owh frame kat sini, gelas kat sini, senang sangat. Lantak pi lah bilik nampak hodoh penuh dengan kotak/bekas dah nama pun ada barang, hoh. Janji seme barang tu selamat berada dalam bekas & susun elok2. Takde masalah besar langsung kat situ. Lagipun bukan ada ketua pengawas/guru displin/rukun tetangga pun yang nak melawat bilik kita. Tapi ni juz my opinion la, lain orang lain pendapat. Aku jenis yang cerewet giler kalo bab beli barang umah... ahahahaha... Style aku, aku tak suka beli barang secara memkhinzir buta, mesti kene ikut citarasa aku, hahahahaha.... Aku teringat lagi seseorang pernah berkata sedemikian... "lesung batu tak nak beli ker" amboi amboi amboi, ko kemain perli aku ekk, suka hati ketua kampung aku r nak beli apa, bukan mintak ringgit malaysia ko pun, ko dah kenapa, apa masalah ko sebenarnya.. Hehehe

Kesimpulannya : Bagi aku, aku tetap pertahankan beli barang yang kita suka awal2, aku pun ajar adik aku macam tu, dan aku tengok dia cenderung gak nak beli barang dapo yang bewarna, macam periuk nak kaler hijau, cerek pun, kuali pun nak wane oren ala2 dapo Rachel Ray katanya, Bagus2.. Hehe... Contoh terbaik aku ialah : aku pernah beli set pisau berharga RM28.90 kat katalog XYZ masa tu tahun 2003. Dan aku tengok semula katalog tu dua tahun lepas, harga dia naik sampai RM45.90 padahal pisau yang sama.. Perghhhh, seb bek dah beli awal2. Hehehe... Sekian.

Da. Ko jangan nak emo ngat la Tie, jujum kita minum dulu, mei secahawennnnn.... Hehe

Tuesday, February 5, 2013

Daku Pun Ber Pure Marine Collagen Juga...


Assalamualaikum...
Dah masuk bulan Feb dah kita yer di tahun 2013 ni, ehewww... Bermakna umo aku pada 3 April nati genap 33 tahun lah. Tua dah aku upanya ( ingat kan tak sedor lagi ) ahahahaha.... 

Ok, merujuk kepada gambar di atas, apakah itu? Itu adalah rumpai laut atau lebih di kenali sebagai pure marine collagen. Member baik aku Sue telah memperkenalkannya & dia suh aku minum suami isteri setiap hari. Sebabnya dia tau aku sedang berusaha untuk hamil, dia baru minum dua bulan dah hamil. Maka, dengan itu dia suh aku mencubanya siapa tau ia akan berhasil. Tapi dengan syarat elakkan sebarang minuman yg berkafein. Huhuhu.. Ada masalah besar di situ kerana asben ku adalah hantu Nescafe, dia tak boleh kalo tak dapat minum nes, so apa ke sudahnya? Sudahnya, aku jer la yg bakal menghabiskan semenya. Setelah aku menjalankan penyiasatan ala2 Detektif Conan dengan mencari maklumat berkaitan, wahhh... Banyak giler khasiat dia. Aku pun ada bagi kat mak sikit supaya dia amalkan, dia ada penyakit angin dalam badan. Di sini aku kongsikan khasiat2 dia.. ( amek info dari Fb kawan baikku-Sue)
Oyer, yang aku makan ni ialah dari jenis gred AAA wane purple...

KEISTIMEWAAN PURE MARINE COLLAGEN:-
*Nilai nutrisi COLLAGEN 10 x ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu ( 1 mangkuk kecil berharga RM 300 ++ )
*Khasiatnya bersamaan dengan khasiat sarang burung layang-layang ( berharga RM 400 sehingga ribuan ringgit)
*24% COLLAGEN ini bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang-layang.
*37% kalsium di dalamnya lebih tinggi berbanding dengan hati ikan dan nilai PH 7.6

1. Rambut semakin halus dan lembut
2. Tenaga semakin bertambah
3. Tumit kaki yang merekah beransur pulih
4. Kematu di tapak kaki sudah hilang
5. Pinggang sudah tidak sakit-sakit lagi
6. Masalah kulit iaitu eczema sudah dapat diatasi
7. Payudara dan punggung sudah push up
8. Jerawat dan jeragat hilang hari demi hari
9. Kulit wajah lebih anjal, halus, mulus, tegang dan berseri-seri
10. Sakit-sakit sendi semakin hilang
11. Kuku yang sihat dan cantik
12. Tubuh badan semakin gebu
13. Hubungan intim suami isteri semakin bertambah
14. Tona kulit wajah dan tubuh semakin cerah berbanding sebelumnya
15. Luka di tubuh semakin kering.


KEBAIKAN PURE BEAUTY COLLAGEN
*Melaraskan berat badan dan hormon
*Menganjalkan payudara
*Anti-bakteria
*Bertindak sebagai pembuang toksin di dalam badan
*Menghilangkan sembelit
*Mengurangkan darah tinggi dan hypertension
*Mencantikkan kulit
*Melicinkan kulit dan menengangkan payudara ( Bertindak sebagai agen anti penuaan )
*Memulihara sel-sel kulit mati ( Jerawat dan jeragat amnya)
*Menormalkan fungsi kalenjar tiroid
*Memperbaiki masalah kulit dan rambut
*Mengurangkan kedutann, flek-flek hitam, selulit dan jerawat
*Meningkatkan fungsi metobolisme tubuh dan perut
*membantu menghapuskan nefritis ( penyakit berkaitan buah pinggang), artritis ( inflimasi sendi ), dan basal
*Menguatkan saluran darah,meningkatkan penyakit sendi,
kecacatan kolagen atau darah dalam badan dan pupura haemmorrhagica
*Meningkatkan peredaran darah, kedinginan tubuh dan mencegah sakit bahu
*Berkesan bagi orang yang telah sarcoma atau tumor up abdomen dan punggung, melembutkan kulit dan mengurangkankan sakit pinggang
*Mencegah anemia,mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang dan sinews dan ligamen
* Mengurangkangkan sakit belakang


- Dia ada cara nak masak cemana, boleh google saje.
- Cara nak makan senang jer, amek 3 sudu besar collagen tu pastu campo dengan jus/air ribena/sunquick ikut citarasa anda, macam aku juz campo dengan sunquick anggur 1 sudu besar kaco2 & minum, sedap giler.
- Air rendaman masa rendam collagen ni boleh wat rendam kaki, elok untuk kaki yg pecah2, boleh jugak sapu kat kepala untuk rambut lebih sihat
- Boleh wat masker der, aku pakai hari2, kadang2 terlupa sehari nak pakai.. hehe.. Nati aku nak tgk perbezaan sebelum & selepas pakai mask collagen ni cemana, sebelum pakai dulu tlupa nak amek gambo, ni dah pakai dekat seminggu baru tingat nak amek gambo.. hehe

Marilah kita sama2 mengamalkannya kerana ia benar2 asli, tanpa pewarna / perasa tiruan seperti yg ada di pasaran.. Nati dah abis yg ni aku nak try yg Gred AA pulak, warna dia putih kekuningan gitue. Baru aku terpikir sejenak, patotla awek2 Sabah cantik2, gebu2 kulit dorang, mungkin tah sejak dari umur berapa dorang dah amalkan makan ni kan.... Hmmm, takpe2, belum terlambat bagiku untuk mencuba.. Daaa

UPDATE: Hmm... daku dah tak makan lagi rumpai laut ni, beberapa bulan je makannya.. Hehe

Monday, January 7, 2013

Mana Mood Aku Nie... Huhu

Bismillahhirahmannirahhim...
Hari ni dah 7 Jan 2013, tapi aku tak mula wat lagi felt craft aku. Masuk tahun baru ni memang aku tak mula menjahit pun lagi... 

Adoi, kemana kah menghilangnya mood aku ni weiii.... 2, 3 hari ni aku dok lepak tengok tiwi jer kat umah. Tu pun setelah selesai wat kerja umah la kan. Aku memang camni, kalo lama berehat mula la, mood nak menjahit tu agak lambat sikit datang. Nasib aku tak amek banyak order kali ni. Betul2 nak siapkan mereka2 yang da lama order dengan aku. Terutama kawan2 aku la. Nasib mereka sabar menanti.

Pagi tadi, aku rasa nak mulakan jahit da, tapi aku takat lukis2  lakaran jer, gunting kainnya tak jugak. Aku bagi alasan pada diri aku, laptop takde cemana aku nak copy font2 tu seme.. Hehe.. ALASAN..

Hari ni memang banyak free pun, aku masak pagi tadi jer untuk sarapan.. Mee Goreng Mamak. Tengah hari memang tak masak coz asben memang tak makan tengah hari. Biasa aku masak seblah petang, untuk makan malam. Dan untuk malam ni, aku wat ni jer... Huhuhu.. Ok la.. Semoga esok aku dah ada mood untuk menjahit, adiosss...


Thursday, November 15, 2012

Bekas Sudu Dan Senduk

Bismillahhirahmannirahhim...
Salam Maal Hijrah kita yer... Hari ni takde aktiviti luar rumah sangat, setakat pergi Mydin je jap tadi dengan asben beli barang sikit. So, pagi tadi ko wat apa Yatie..? Haa, besela, sarapan la dulu kan. Pastu macam biasa kemas umah la. Masak awal sket hari ni tadi, sebab kami nak mengecat tangga. Buruk benor nampak upanya, maklum la dah lama usianya kan. Nak jugak dia melawa, ater 'orang lain' seme dah lawa2, dia jer yang kureng comel kat dalam umah ni. Maka, setelah kata sepakat di ambil, kami wat keputusan untuk menyolek si tangga tersebut dengan warna coklat & putih. Hmmm, Nanti di lain entri aku buh part tangga tu yer, hehe....

Okey, panjang benor mukadimah nya wei. Nak cite tempat letak sudu je pun, kui kui kui... Hah, kat mana ko cilok menatang ni..? Ehem ehem.. Hello... Aku tak cilok tau, aku terjumpa seramik yang cantik kat Carefour, SS24. Maksud aku bukan la dalam Carefour tu ada jual ni, maknanya kedai2 kecik yang dalam tu la. Nama kedai tu ialah 'Rose Garden Home Deco' tak silap aku la . Kedai ni majoritinya jual barang deko berkonsepkan English Style. Memang cantik tertarik, ko memang da boomm mata ni Kak Kiah ooii bila tengok barang2 dia. 

Disebabkan aku dah jadi ahli yang sah, maka sebagai ahli aku layak dapat diskaun. Cemana nak jadi ahli senang je. Ko beli barang2 lebih RM50, dapat la jadi ahli. Bez jadi ahli, contohnya macam bekas sudu/senduk ni la. Harga asal RM39.90... Tapi aku cuma bayar RM11 lebih je dek non. Bekas ni besar tau, dia ada yang berpenutup, makna boleh letak biskut/apa2 la.. Bekas sudu ni plak, harga asal RM12.90... Aku bayar dalam RM7 gitu, maka dua barang ni aku bayar dengan harga RM18 berapa sen tah, gitu lah. Murah kan....?? Hehe...

Cantik tak.. Cantik tak... (sambey wat muka teruja mcm Eric)

Tapi yang ni bukan untuk aku, tapi untuk bonda aku. Besela, aku kalo jumpa barang best mula sibuk menalipon bonda. Bila cakap kat dia tentang bekas ni, terus dia kirim tolong belikan. Aku berminat juga sebenarnya, dia cuma ada dua kaler je. Satu yang macam kat atas ni, satu lagi warna kuning bunga apa aku tak pasti pulak. Dia ada banyak size. Yang warna kuning tu siap ada bekas garam segala. Kalo tak disebabkan aku nak beli stok kain felt, dah lama aku sambar dah ni, siap dengan bekas untuk letak biskut lagi. Tapi tu la, sabarkan je la hati ni dulu. 

Ok, la.. Sampai sini dulu, semoga berjumpa lagi di lain entri. Adiosss

Wednesday, November 7, 2012

Para Untuk Ruang Membasuh..

Bismillahhirahmannirahhim...
Projek keras tangan aku kali ni ialah buat para. Kali ni aku mintak tolong abah yang buatkan sebabnya ada lebihan kayu masa abah sambung rumah dulu.


Papan ini yang akan digunakan untuk para nanti. Suka.. Suka... Hehe... Cat pun aku tak beli, sebab ada lebihan juga. Best kan, semuanya free tak menggunakan modal langsung...

Tada... Sudah siap. Sebenarnya dah lama giler aku nak para ni sebab senang nak melakukan proses mendobi. Bukan apa, takder lah aku nak menunduk, membongkok nak amek sabun setiap kali nak membasuh kain. Bila sabun ada kat atas kan senang kejenya.. Hehe... Terima kasih abah tolong buatkan para ni... Ok, semoga jumpa lagi di lain projek pulak. Adiosss...

'Pondok Kecil' Kami...

Bismillahhirahmannirahhim...
Hmm... Ok. Lamanya kau amek masa nak upload gambar rumah kau Yatie, hehe.. Ala, saja peram gambar2 ni seme (alasan). Oh yer, pesen rumah kami ni macam gambar kat atas tu la. Bentuk A kan, masa ni, aku pestime datang tengok rumah ni. Masa ni jugak, rumah dah start ubahsuai. Pokok yang ada tu pokok jambu air, tengoklah tinggi benor, tak nampak rumah ai.. hihi

Selepas ubahsuai, begini la pesennya. Bahagian atas tu di tutup, ruang tamu tarik ke depan sket. Baru la terasa luas sket rumah ni.

Seterusnya, inilah warna rumah kami. Warna coklat ni, asben yang pilih. Kami guna cat kilat jenama Kansai Paint, sebab beli sendiri kan, agak kompius juga masa nak pilih cat dalam & luar rumah. Tapi asben memang dah 'aim' nak warna coklat ni dah. Dalam umah, dapo & bilik dia serahkan pada aku. Terus-terang cakap, warna coklat ni kalo tengok hidup2 sebijik macam aiskrim coklat tau. Abah aku pun suka warna ni... Mak pun sama... Pintunya, aku nak warna putih. Hihi... Ok la,nati sambung lagi, adiosssss....

Tuesday, September 18, 2012

' Rumah Baru.. '

Bismillahhirahmannirahhim...
Lama tak bersiaran. Masa bulan puasa, raya pun aku takde wat apa2 entri, sungguh tak patot hehe.. Bukan apa masa bulan puasa baru ni aku sibuk wat kraf, kawan2 makngah yang order, jait felt kraf ni memang makan masa sikit, lebih2 lagi macam aku ni jenis cerewet, tak sama besar jahitan mula la aku bukak semula, dah tu nak wat keje umah lagi, kueh raya lagi, mana tak lambat nak siapkan order.. ( alasan paling kukuh sekali ) har har har..

Okey2, tutup citer part kraf, aku nak citer pasal rumah. Sungguh tak sangka sebenarnya, setelah menunggu akhirnya lepas gak hajat nak memiliki rumah sendiri. Sebelum ni rasa macam dah putus asa, sebab ada sebuah rumah teres setingkat kat Raub, aku & asben memang nak beli, tapi prosesnya macam2 betul, itu la ini la... Nak beli atas orang la, kira ada je la yang tak setel, aku memang suka giler dah masa tu sebab rumah tu baru siap, lagipun dekat dengan ipar, umah mak aku, so memang tak sabar2 rasanya nak tinggal situ. Alih2, masa asben tengah nak berurusan dengan bank, tuan umah tak jadi jual plak dah. Sedeh giler siot, aku & asben dah berangan dah nak cat apa, gitu gini seme, tiba2 jadi macam tu sapa tak rasa kecewa. 

Lepas kejadian tu cewahhh... Asben aku cuba cari area Shah Alam plak, dah agak dah harga rumah kat sini cemana kan, tapi takperlah rumah yang dulu, takde rezeki mana la tau ada rezeki kat sini pulak.

Haaa... Inilah 'rumah baru' aku, cantik tak..? Haha, jangan tertipu, gurau jer. Sah2 ini rumah omputih kan mana datangnya plak rumah design gini kat area Shah Alam ni... :p


Ni ke rumah aku..? Owh.. Bukan jugak... 'Rumah baru' aku dua tingkat, bukan setingkat... hehe

Haaaa.... Dah tentu yang ni, owk owww...
Ini pun bukan rumah aku... :)

Yang ini lagi laaaaa bukan rumah aku, kekeke.... Nak bayo rege pintu pagor rumah tu pun tak lepas ini kan plak nak beli rumah camni, wakakaka... Mahal weh rumah macam ni, kami ni orang biasa jer, tak mampu nak beli rumah besar gedabak camni, kami sedar diri kami.. hihi

Dah tu, mana gambo rumah kamu nya..??? Keke... Aku terlupa sebenarnya nak amek gambo rumah aku, boley dak? Yang paling best, proses nak beli rumah kali ni agak senang dan lancar, bak kata mak, dah memang nak jadik rezeki kan. Tapi, ada tapinya... Disebabkan kami beli rumah atas orang, ada lak penyewa maka faham2 je lah yer, penyewa pulak kebetulannya lelaki, hadoiiiiii... Masa 1st time asben bawak gi tengok rumah, kami tengok dari luar, aku dah dapat agak dalamnya cemana apatah lagi bilik air, tandas.. huwaaaaaaaaa..... !!!!!

** Oyer, kepada lelaki2 sekalian aku bukan cakap seme lelaki pemalas okey, ada segelintir sahaja, Aku tau, coz aku pena tengok orang bujang lelaki yang boleh jaga rumah dengan baik, bersih dari luar sampai ke dalam. Jangan nak pikir lain pulak ek, huhu.. Tu rumah sewa kezen daku, aku masuk pun bukan aku sorang, masa singgah nak hantar durian bagi dia, tu yang dapat tengok tumah sewa dia. Tapi, ada jugak golongan perempuan bujang & dah kawen pun begitu juga, so senang cakap. rumah sewa ni tak kira la lelaki ke perempuan ke samada yang dah kawen ke, kesan keterukan dalam rumah & luar rumah boleh di katakan memang ada. Cuma samada serius dengan tak je la kan.. **

Okey, berbalik pada cerita rumah aku tadi, semalam penyewa dah keluar, jadi kebetulan asben jumpa ejen rumah ada hal nak urus, dapatlah masuk rumah tu sekali, sebab kitaorang beli rumah ni dengan risiko tau, beli tanpa tengok rumah tu dulu, bayangkan lah haaa... Juz tengok dari luar jer, sebab ada penyewa kan, so rasa tak best pulak nak masuk. Asben balik jer, aku dah tak sabar2 nak tanya dia cemana keadaan rumah tu, dengan muka kelat asben aku cakap.. "Teruk... bau busuk rumah tu" huhuhu.. aduhhh, makhkota terhempas.. ( bak kata lagu Mawi tu ) 

Aku tanya, tandas cemana..? Asben cakap, "seteruk-teruk tandas tempat budak2 dia keje, teruk lagi tandas rumah ni.." huhuhuu.... Muka aku pulak jadi kelat, wakaka.. Pastu, aku cakap aku nak gi tengok sendiri rumah tu, asben tak kasik, dia kata tunggu lahh bila rumah dah nak siap nati. Hahh?? Aku wat muka mengong, terpinga-pinga. Owh, rupanya asben nak repair rumah tu dulu. Esok kontraktor mula keje, wahhhh sangat cipatttt aaaaa.... teruja i.. ***tibe2.. kekeke

Kontraktor yang asben amek ni, bukan setakat renovate rumah jer, dia siap tolong buang sekali sampah sarap dalam rumah tu, tolong cuci, tolong cat (tapi kami yang beli cat nanti ), tolong buang pokok2 yang membesar sihat bagai johan kat laman rumah tu. Bila dah tau esok dah mula pembaik pulihan ni, barulah aku rasa gembira semula, takpelah nama pun beli rumah 2nd hand kan, lain la rumah baru. Walopun bukan rumah baru sebenar, tapi tetap 'rumah baru' di hati kami. Lagipun bukan senang nak dapat rege rumah yang macam ni, rumah taman plak tu, bawah 200k... kan! 

Jadi, lenkali la baru aku tepek gambar rumah aku tu, walopun di mata orang lain, tak cantik pada kami ia cukup bermakna, kecil2 pun rumah kami, tak cantik pun tetap rumah sendiri itu yang penting. Rasa tak sabar pulak nak duduk rumah sendiri.. Hehe, okey jumpa di lain entri, daaaaa.... 

Image : Taken From Google

Wednesday, June 13, 2012

Terasa 'Hilang' Sesuatu...

Bismillahhirahmannirahhim...

Salam blog... Hujung minggu baru ni, iaitu pada hari Sabtu & Ahad baru ni kan family aku datang. Bukan takat mak & abah je, tapi ada adik, maklong, paklong, balong, haikal, adik zati, adik na & jugak bakal menantu maklong... Ramai kan??? 

Dorg gerak dari Raub lebey kurang pukul 11 lebih pagi, tapi lambat jugak sampai ke umah aku sebab jalan jem. Sampai2 jer, masa tu aku tgh mandi, adik aku yang sambut dorang seme. Sukanya hanya tuhan sahaja yang tahu tauuuu... Walo adik-beradik aku cuma dua orang jer, tapi sedara merangkap kaum kerabat aku ramai sekali. Rasa terharu wehhh dorang datang umah aku walopun tak seme yang datang.

~ Umh sewa aku ni sempoi jer, tapi walo sempoi mempoi.. sewa rm430 tau, patot rm100 ke rm200 jerh, tapi tu lah, nak tak nak, sewa jugak la.. da mmg umh sewa area sini mmg mahei.. huu ~

Lepas dorang makan nasik, ( aku dah masak awal2 lagi... ) dorang relax2 dulu. Kezen2 lelaki aku dah mula pasang PS2, lawan bola. Riuh sikit umah aku kali ni... Hehe... Asben aku petang2 sket baru balik, besela kerja swasta macam dia, bukan boleh suka-suki nak balik kan.

Lepas Asben aku balik keje, borak2 dgn dorang seme, dah siap mandi pe seme.. Plan seterusnya nak bawak kezen kecik aku tgk lampu2 kat I-City, Shah Alam. Tapi sebelum tu, nak bawak maklong aku gi Romantika dulu, bagi dia giler kat dalam kedai tu, keke... Memang sah pun, sampai je Romantika terus dia suka bukan main. Yang lelaki2 tak ikot sangat masok dalam Romantika, jalan2 je dalam Plaza Alam Sentral tu. 
Akhirnya, maklong telah mengaku kalah dengan hasutan aku & adik... Haha, dia telah diperdaya oleh kami, maka dengan itu, dia telah meleburkan Ringgit Malaysia nya kepada beberapa barang, hehe.. Rilek r maklong, baru sikit tu, nati kita datang lagi yer.. Kekeke...

Pastu, kitaorang ke I-City pulak, mak aihhh... Ramai siot orang. Berpuluh minit jugak la nak masuk parking jer. Rasanya ingat lenkali kalo datang sini, takmo da datang time cuti umum, cuti sekolah.. Uishhh, ramai giler, susah nak cari parking, nak bayar parking sampai rosak2 mesin tiket, huh... Ala... tapi, gambar kat sana, dalam tab adik zati la. Lupa nak amek, huhuhu...

Dah ronda2 kat I-City ingat nak ke Up-town Shah Alam lak coz dekat je dengan umah aku, tapi dorang seme nak balik makan dulu. So, balik la ke umah. Aterrrrr dah masuk nasik dalam perot idok la larat pulak nak berjalan, masing2 dah terbaring penat.. Hehe.. Maka, tak jadi la ke Up-townnya.

Esoknya ( Ahad ), lepas wat sarapan, terus masak menu tengah hari. Mandi2 seme, gerak lak ke Cash Converters, Shah Alam. Sebabnya nak bawak abah aku jalan situ, dia suka tempat2 mcm tu, lagipun malam semalam dia tak ikot kitaorang kene jaga mak kebetulan mak tak berapa sihat malam tu. Seme pun pegi kat CC tu, pastu mak ajak ke Tasik Shah Alam. Saja amek2 gambo. Lorrr... Lupa jugak nak mintak gambo dari adik zati, huu..

Ok, pastu balik umah, makan nasi dan sebagainya. Dalam kul 2.30ptg dorang seme gerak dari umah aku pulang ke Raub. Masa tu, aku dah rasa sebak semacam tapi aku kontrol, mana macho beb nangis depan kaum kerabat, tak market r... Huuuuuuuuu.. Sempat la jugak kezen aku balong mengusik : '' Haa.. Kakti, jangan nangis... Haha..'' dia gelak, siot ko balong. Aku sengih jer, tapi dalam hati, bergoncang kuat ni, tahan jer. 

Aku & Asben masuk umah, terus aku kemas umah, sambil2 kemas pinggan mangkuk, tiba2 aku rasa sedih yang amat sangat. Tak tau nak xplain cemana punya tahap kesedihan tu. Adoi, tanpa sedar.. Airmata aku mengalir-ngalir tak boleh di tahan-tahan. Alamak, nape lak ni... Tibe2 jadi cengeng plekkk, huhu.. Nasib Asben tak sedar coz dia dah terlelap upanya. Memang kaw2 punya nangis, sampai aku tak tau nak bezakan samada aku nangis sebab terlalu suka dorang datang ramai2 atau aku sedih sebab tengok dorang balik atau aku nangis tahap gaban sebab aku memang rapat giler dengan kaum kerabat aku, huhu.. 

Tatau la yang mana satu yang wat aku sangat sentap pada masa tu. Saat tengok kereta dorang makin lama makin jauh dari pandangan mata, saat yang paling sedih lagi syahdu dalam tangkai jantung hatiku ini, cewahhhh... huhu.. 

Aku berada dalam keadaan terkawal bila aku msg dgn member aku, masa dia kol pun aku tak boleh nak jawab kol dia coz masa tu, aku tengah 'banjir'.. So, aku bagitau dia kol aku bila aku dah tenang sket. Hmmm.. Al-kisahnya, ini sahaja lah untuk aku tulis pada malam ni wahai encek blog... 

Dengan ucapan, selagi anda belum berkahwin, selalulah senantiasa menghabiskan masa2 terindah kamu dengan kaum kerabat, seperti makan sama2, lepak2, borak2, jalan2 ke... Coz bila korang dah kawen, korang tau la apa yang aku rasa saat dorang datang melawat kita dan selepas itu mereka berlalu pulang, saat itu terasa sedih sekali... (( ke aku jer yg terasa macam ni.. tapi org lain ok jer.. hehe )) apa2 pun, aku sangat sayang pada kaum kerabat aku dan juga keluarga baru aku... ** Peace **


Friday, June 8, 2012

Pagi Yang Sungguh BZ.. (( Bz la sangat... Haha ))

Bismillahhirahmannirahhim...

Salam, hai blog..
Hari ni macam tak cayer jer aku dengan adik naik motor gi Shah Alam. Asben aku tak dapat nak teman sekali sebab dia ada hal. Jadi, lepas mesyuarat secara tidak rasmi akhirnya dapat lah keputusan macam tu. Pagi2 masa asben nak gi keje, dia anto gi umah adik kat Sek. 7, pastu lepas je sarapan roti canai barang sekeping dua... ( psstt... satu jer ye ) maka aku ngan adik dengan kompidennya gerak ke tempat motor. Dia bese gi kelas ke umah, umah ke kelas jer. Tak pernah lagi bawak sampai ke bandar bagai. Tapi adik aku ni jenis berani dari aku sket tu pasal boleh lepas. 

Kenapa aku beriya sangat nak ke sana..???? 
Haaa... Ada sebab yang sangat penting sekali. Ni antara hidup ngan mati jer ni.. Hahaha.. Tipu je.
Mula2 ingat nak ke Tabung Haji, tapi lepas dapat kol dari abah, maka tak jadi pergi sana, sebabnya abah dah tolong setelkan dari Raub jer. Seterusnya, kitaorang ke satu kedai ni, bila dah setel kat kedai tu, maka setel la sudah segala masalah yang perlu di selesaikan. So, apa lagi.. Kami jalan2 kat dalam kompleks PKNS tu. Sempatla rembat anak tudung cotton dua helai... (0_0) suke2...

Dah tu, jalan2 plak kat SACC, tujuannya nak ke KK Home Deco nak carik jam gantung yang mak & abah nak sangat tu. Sebab dah lama giler carik coz stok kat Romantika sudah habis. Jalan2 jer la, takder la aku nak beli kat KK Home tu, mahal wehhh, hidu bau kedai je la kan. Dah ronda2 kat dalam, adik aku ajak gi Plaza Alam Sentral plak... So, teruskan perjalanan lagi.

Adik aku nak sebey baju raya sebenarnya. Di sebabkan xder lagi yang dia berkenan, aku ajak dia gi Romantika sebab nak cari jam. Haaa... Kooo, sekali ada pulak, bersepah banyaknya jam gantung.. Aku terus kol abah la dia nak design dalam dia macam mana. Dah ada ni kena terus beli takot kalo tak terus rembat kompem lama giler nak dia ada semula. Berbulan bulan dah aku dok tunggu, baru ni ada. 

Ala... Lupa nak amek gambo jam mak. Lupa jugak nak amek gambo aku dgn adik aku ronda2... Huuu


 
~ Rasa cam nak borong jer seme2 ni.. Suka la ~