Sunday, March 8, 2009

Saper Yang Menang..?

Wah, malam ni menyaksikkan satu perlawanan sengit yang memang dinanti-nantikan oleh semua peminat sukan badminton termasok la aku ni haaa... Aku memang minat badminton dari dulu lagik. Persoalannya, siapakah yang bakal merangkul gelaran Juara pada malam ini???
Datuk Lee atau Lin Dan?
Hmmm... Kalo mata aku ni yang memerhati, minda yang meneka serta hati yang terdetik, mengatakan yang Lin Dan bakal menang malam ini. Tengok je lah cara dia beraksi, lincah serta bertenaga. Tak nampak letih langsung! Paling aku perasan skali, Lin Dan jarang wat silap. Tau jek nak agak pukulan supaya tak terout. Dia seorang yang 'kedek' untuk bagi pihak lawan dapat mata free. Sangat bijak terutama dalam merangkap pihak lawan. Paling dasat, smash dia tajam wooo... Datuk Lee pun hebat juga, tapi beliau selalu wat silap. Selalu pukul tak lepas a.k.a sangkut kat jaring. Selalu terout. Malam ini aku harap beliau bermain dengan mantap. Walaupun Lin Dan saingan yang hebat. Mana tau, keajaiban bakal terjadi. Sapa tau Datuk Lee ada strategi tersendiri, mana la tau kot-kot malam ni beliau beraksi kedek untuk bagi Lin Dan dapat mata free.. Semuanya bakal terjawab lebih kurang 35minit lagi... Aku lak yang ober dup dap debaran jantung. Macam aku lak yang nak lawan dengan Lin Dan. Wakakaka.... Pape pon, seandainya Datuk Lee tewas ditangan Lin Dan, kita sebagai rakyat Malaysia harus terima dengan redha. Datuk Lee, dun give-up!!! Go Go Go...

Satu Berite..

Ermmm.. Petang tadi dalam kol 5, ada kawan ayah aku datang. Kawan dia merangkap kawan aku jugak la, coz tak jauh beza pon umo. Tua aku setahun jek dari Ana tuh. Asben dia lak tua stahun dari aku. Sajek jek la datang beborak ngan mak ayah aku. Disebabkan dah tau dorang nak datang maka aku yang baek hati ni.. Cewahhh.. Hahaha... Wat la sardin roll. Takkan orang datang umah minum air ngan beskot kering je kan... Hua hua hua... Di pendekkan citer, tengah borak-borak.. Ada lak member ayah aku kol. Sebut-sebut tentang sewa umah. Dah habis kol, maka aku yang tak sabar-sabar ni pon bertanya kenapa, apahal... Upanya, Wan bagitau seblah umah dia ada kosong, kebetulan lak tuan umah ada datang & Wan pon mintak number tepon skalik coz mak aku pena pesan ngan Sue (wife Wan). Dulu, masa gi umah Wan, mak aku ada cakap dengan Sue. Mak aku kata, "Sue, kalau tuan umah ni datang, mintak nombor talipon dia, boleh akak duduk sini.."

Maka, apabila mendengar berita tersebut (umah itu telah pon kosong) mak aku punya la suka bangat. Dia memang dah lama mengidam nak duduk umah bawah. Pasal umah kitaorang sekarang atas kayangan.. Wakaka.. Maksud aku, umah kedai. Tingkat 3 lak tuh. Penat wehhh nek tangga. Dah lama kitaorang dok umah kedai ni, so... Bila dapat brite cenggini, mak aku la yang paling ske. Aku nak kata suke, tak jugak. Nak kata tak suke pon tak jugak. Aku atas pagar. Pasal aku ada reason yang tersendiri. Ni adik aku tatau lagi. Kalau dia tau, kompem dia tarik muka. Dia suke dok sini pasal dekat ngan bandar. Bukan dekat je, memang dalam bandar pon. Nak gi mana-mana jalan kaki jek. Nak gunting wambot, reload, kedai sukan, bank... Seme depan umah. Nak gi Klinik pon depan umah. Besh dok sini, tapi sian lak kat parents aku coz nek tangga tinggi, mengah dorang nek tangga. So, aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Tapi, tak tau lagi la dapat ke tak umah tu pasal esok petang baru tau. Esok petang tuan umah nak jumpa. Maser tuh baru tau result. Hmmmm.....


Alhamdulillah, Lega...

Assalammualaikum pembuka tirai pada hari ini, bulan March tahun 2009. Yer, benar. Aku rasa puas hati sekarang. Sangat lega. Walopun agak lambat aku mulakan. Tapi tak per, masih awal lagi...
Hatta terhasilnya rumah kedua aku kerana aku ingin lari sejauh mungkin dari yang 'pertama' itu. Aku ngak mau dicampur-campur segala entri bikin gue pusing! Ngeeee... Senang cakap, kat sini aku bebas bersore (dalam hati jek la..) Aku bebas nak kondem sesapa (jahat gak aku ni..) sambil gelak setan. Hehehe.... Aku gak lagi bebas giler babas jangan sampai terbabas nak tulis apa ajer yang aku nak tulis. Hmmm... Gituelah.

Di sini juga, aku akan lebihkan penulisan. Lebih ke arah penulisan la kiranya..
(ayat mengulang) Aku akan menulis selagi aku mampu, selagi aku terdaya. Tarik nafas jap. Sambung balik. Jika aku lama 'diam' maknanya aku tido la tuh. Hahaha... Takderlah, jika aku takder apa yang nak disorekan, nak dikomen, nak dibantah, nak diulas... Aku diam la, dah takder citerkan, takder isu. Dok diam jek la. Ngeeee....
Sekarang ni tengah hari. Dalam pale otak ni, takder ingat lain. Nak santap jek. Terbayang sudah lauk-pauk ataih meja. Air ribena epal yag dingin dalam fridge, pergghhh... Bikin gua sentap r...
Aku berhijrah ke meja makan dulu la. Perut aku dah karok lagu kumpulan MUH dah ni... K, gerak dulu. Chow...