Lama daku senyap di alam dunia blogging ni. Laptop kecik arwah doww. Nak update blog guna npon hmmm... Malas betul. Tab pun rosak, acanerrr kan.
So, tahun 2016 apa cerr ko. Ok, aku dah benti keje masa bulan Feb dulu, Ini kerana aku dah tak boleh angkat barang2 berat. Maklom la keje Cosway kalau stok datang banyak barang ye arrr memang la ada troli. Tapi dari atas lantai nak angkat ke troli then tolak masok stor, angkat lak sumbat kat rak. Part kotak berat ialah kotak sabun2, kalau losyen ke atau skin care tak berat mana. Wat keje sorang2 kan, so nak tak nak kene benti lorrr.
Aku kan tengah usaha nak dapat anak so kene jaga la diri aku bebetul. Masuk tahun ni 5 tahun beb. Tipu la kalau orang keliling tak tanya. Giler tak tanya soalan " bila korang nak ada anak"... kalau jumpa muka aku or somi aku. Dah tu nak tak nak kene la hadap gak kan,
So dah tak keje ni cadang nak niaga on9 semula macam dulu2. Tapi tengah pikir lagi nak niaga apa, Handmade ke, readymade ke. Dah pernah cuba jual produk, tudung, baju.. Tapi tah la mcam so-so je tak laku keras sangat la mcam produk handmade aku wat satu ketika dulu, Mungkin produk handmade berjodoh dengan aku kot. Cuma aku kene cari sesuatu yang senang dan tak rumit untuk di buat, Macam felt kraf aku jual dulu perghhhh memang kene hadap betul2. Sebab memang 100% wat sendiri kan, reka perah otak bagai. Dah lama pikir nak wat apa tapi masih tak dapat keputusan, hahah... Sebab kalau boleh aku nak mesin jahit lorrr untuk mudahkan keje jahit, Dulu jahit tangan jer doww sebab tu siap lambat, kekeke....
Lagi apa yer, owh kekucing aku kat umah dah bertambah. Dari seekor, sekarang ada 5 ekor. Hadoiii... Kalau jiran sebelah dengar mau ingat aku gila sebab asik bercakap je. Hello dorang paham okeyyyy.. kekeke... Kadang2 aku dok pikir gak kekucing aku ni betul kucing ke or kucing jadian, hahaha,...
Hooo laaa, degilnya ya rabbi.. Maklom tengah sedang bermain 3 ekor tu. Tapi ok la terapi sebenarnya ada dorang seme ni, takde lah sunyi sejan umah aku ni kan,
Ok lah aku chow dulu, Salam ahad.
Ni Tiger... Anak sulung si Kebun.. Dia memang perangai sikit... Kekeke