Tuesday, April 28, 2009

Doa Murah Rezeki


Doa ini dibaca ketika membuka pintu atau tingkap-tingkap di rumah tempat kediaman atau di kedai-kedai perniagaan sendiri, bacaan tersebut di baca semasa membuat pekerjaan tadi hingga selesai.

Hikmat Ayat 1000 Dinar


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
( Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
1. Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
2. Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
3. Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan

Bismillahhirahmannirahhim...
"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."
Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Sumber : Dr Ustaz Fadzillah Kamsah
Nota Sempoi : Doa ini bagus untuk diamalkan..

Friday, April 24, 2009

Huhu.. Cutenya Bacer ABC..

Lagu Cuppy Cake Ni.. Ringtone Npon Aku.. Sukek Sangat!!!

Nak Tido.. Tapi Tak Ngaku.. Hehehe..

The Nightmare Before Christmas

Bismillahhirahmannirahhim...

Haaa.... Kali nih aku nak citer pasal salah satu koleksi aku yang serba tak berapa nak lengkap ni.. Hehehe... Aku perkenalkan.. Dia ni watak utama dalam citer The Nightmare Before Christmas.. Lama dah citer ni tak silap tahun 1993.. Maser tuh aku form 1. Ok, nama makhluk ni adalah Jack Skellington.. Nama awek dia.. Sally. Tapi aku tak minat awek dia, tengok la.. Mana ada aku bli barang-barang dia apatah lagi patung si Sally tuh.. Huiiii... Sori, i'm not interested.. Hehehe...


Kat ataih tuh merangkap yang dalam gambo yang aku snap tuh.. Ada la beberapa barang si Jack.. Stakat ni, tu jek la yang mampu aku kumpul.. Hahahaha... Ada aku tikam kat fun fair, dapat maser men baling bola ping pong. Ala.. Kan ader kan, kalo kene kat tempat bertanda merah tuh, dapat la adiah... Hehehe... Tabung tuh mula aku guna jugak, tapi mak aku kata.. Kalo tutup lampu, dia bercahaya jek kaler ijau.. So, macam sereeeemmmm ler kan.. Kakakaka... Pastuh, aku simpan la lam kotak khas dia. Ada gak member kasik patung dia time besday aku... Sukek gilek aku.. Har har har...

Yang ni lak.. Beg jalan-jalan aku. Maser memula beli... Memang aku pakai, pegi sana-sini.. Tapi pastuh aku simpan, sayang lak nak wat pelasak, kang kotor.. Tercabot segala waner dia.. Rugi jek... Gi pun mana tau nati ilang ker kene culik beg aku ni, pasal purse Jack aku yang panjang dah pena ilang dah.. Makhluk maner tah yang rembat, siot jek. Ngan ringgit yang berjumlah $150 lebeh-lebeh sket.. Pastuh, I.C aku, kad ATM Maybank.. Gambar aku lak ada lam tuh pong kenek rembat skalik.. Siawww tol lah....

K.. Nampak kan muka Jack yang besooo tuh.. Haaa.. Ini adalah pezen dari mybezfrenz bernama
Khairul Hazreen.. Pezen ni aku dapat masa besday aku ni.. Muka Jack ni sebenarnya ialah beg. Beso tau beg ni.. Boleh lak wat balik2 kampung, gi bercuti segala.. Katakan lah kalo aku gi jenjalan tengah orang ramai skalik aku tersesat, terhilang dari pandangan mata family aku... Leh la dorg carik guna beg ni.. Dari jauh jek dah nampak.. Hahahaha... Mesti korang kata, apa susah.. Kalo ilang.. Enpon kan ader.. Tapi, mana tau time sesak gitu time tuh la beteri lak kong... Haaa...

K.. Ni lak payung dia.. Sayang woo kat payung ni.. Maser beli dulu.. Tinggai satu ni jek.. Huhu..
Kat bawah ni merangkap beg kegunaan harian aku.. Sonang pasal.. Boleh masok enpon, RM, kunci umah.. IC fotostat aku.. ( Sejak purse kene rembat, tak berani bawak IC ori.. Kalo ilang lagik skali kenek denda... $300 weiii, pasal dah pena ilang 2x )
Bawah sekalik baju dia la.. Hehe...

Wednesday, April 22, 2009

Pernah Tak Rasa Macam Ni...

Bismillahhirahmannirahhim...

Kadang Kita Rasa, Kita Dah Buat Perkara Yang Betul..
Tapi
Sebenarnya Kita Tau Perkara Itu Tak Betul.
Kadang Kita Rasa, Kita Simpati Dengan Seseorang Tu..
Tapi
Rupa2nya Dia Tak Pernah Ada Rasa Simpati Pada Kita.
Kadang Kita Rasa, Kita Tak Puas Ati Dengan Seseorang Tu,
Tapi..
Sebenarnya Dia Tak Pernah Rasa Begitu Pada Kita.
Kadang Kita Rasa, Kita Dah Buat Perkara Yang Terbaik,
Tapi
Sebenarnya Itu Bukanlah Yang Terbaik Yang Pernah Kita Buat.
Kadang Kita Rasa, Kita Benar2 Dah Jujur Apabila Kita Menjawab..
Tapi
Rupa2nya Kejujuran Lah Yang Membuatkan Kita Terperangkap.
Kadang Kita Rasa, Tak Sampai Hati Nak Aniaya Orang,
Tapi
Rupa2nya Orang itu Begitu Sampai hati Menganiaya Kita.

Ada banyak lagi yang bersangkut-paut dengan apa yang kita rasa. Tapi, memanglah.. Manusia. Depan kita memang baik. Pijak semut pun tak mati. Kita yang betul2 lurus ni akan mudah percaya dengan lakonan sebegitu. Tapi, dalam diam2 rupanya dia sedang membuat onar di belakang kita. Sebagai umat Islam, aku tak mahu bertindak apa-apa. Aku serahkan pada Allah swt. Walau di dunia dia lepas.. Di akhirat nanti dia akan diberi balasan yang setimpal...

Friday, April 17, 2009

Tak Sangka La Plak...

Bismillahhirahmannirahhim...


Salam hari Jumaat... Hehe.. hatiku tengah gumbira ni. Haha, betol ni, tak sangka la plak kan, bisnes kecil-kecilan aku menjadi. Ala, jual puding jer, tapi ada banyak perisa la. Cam choc. emulco + milo, stoberi, mangga, jagung. Esok rasanya nak wat nenas lak. Apa-apa pun alhamdulillah pasal aku betol-betol tak sangka upanya ada gak orang nak beli. Tghari tadi, pas semayang Jumaat, pakngah aku datang, anta $.. Cepat plak abis belum pukul dua lagi. Hehe... Ni yang makin bersemangat waja nak mencipta perisa-perisa lain lagik ni.. Ahakssss...


Wednesday, April 15, 2009

Aduiiii... Esemen...

Bismillahhirahmannirahhim...

Hari ni, pagik tadik, aku rasa dah semacam, Sebenarnya, sejak Ikeen sajes aku suh aku wat mende alah tuh, memang semangat pon datang berkobar-kobar. Tapi, bila tibe hari nak langsung, aku dah cuak. Esemen.. Caner ni? Semalam aku beli bahan, pastu aku wat, aku ikut step by step.. Cuma disebabkan aku wat hanya untuk 10 cawan air pasal nak test market jer, maka dadih aku tercair sket. Seblom ni aku wat banyak, bila dah potong jadik sket ni mula la aku tersalah kiraan untuk agar2 dia. Aduiii... Walopun begitu, pagik2 lagi Nasrul dah YM kat aku, dia kata sedap. Dia beli perasa stoberi. Dia suh aku wat keras sket esok. Yerla, aku cakap, hehehe.. Tapi, mulala aku dok mikir plak, ada ker orang nak beli lagik esok? Pasal dorang dah rasa hari ni. Huhu... Tapi, esok aku nak jual puding mangga lak.. Tak sama ngan dadih. Erm, takperla, terai ajer kan. Aku pujuk gak diri aku, tak salah untuk mencuba, bukan nak mengharap tinggi menggunung sambutannya, cuma aku harap segala2 nya akan okek. Amin...

Tanda2 Korang Dah Boring Giler..


1. Korang makan kuaci sampai berbungkus-bungkus & ada masanya dengan kulit2 kuaci pon korang makan skalik. Dasat tol...

2. Tepon orang yang korang tak kenal, pastu kacau2 dorang ajak borak2 kosong...

3. Pegi umah jiran korang time dorang tengah berehat-rehat tanpa dijempot...

4. Bukak citer katun Oltromen atau siaran Tb yang ntah hapa2 yang korang tak penah minat nak tonton seblom ni...

5. Sajek jek buang kulit pisang merata-rata & bila orang jatuh tergelincir, korang gelakkan dia...

6. Korang cari gado ngan boipren atau awek korang...

7. Bawak kete sampai abisss minyak.... Kekekeke...

Tuesday, April 14, 2009

Bila...

Bismillahhirahmannirahhim...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,
Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

Nota Sempoi : Aku tertarik dengan kata2 di atas yang penuh simbolik & mempunyai makna yang tersirat.


Monday, April 13, 2009

Siapakah Gerangan... "Awang"

Bismillahhirahmannirahhim...


Seperti tajuk entri di atas. Siapakah gerangan "Awang"..? Jawabannya, Awang ialah kucing peliharaanku semasa aku tinggal di Raub, Pahang dulu. Yakni, sebelum aku bermastautin di bumi Sarawakian ini. Awang seekor makhluk yang comel, berbulu perang, mempunyai ekor yang panjang & sangat manja. Satu kisah kisah yang sangat lawak aku rasa, bagi aku la.. Pasal, Awang ni dia akan jaga umah aku dari depan sampai blakang umah. Umah aku corner lot, so.. Bila ada jer kucing-kucing lain nak lalu, walau pon tak masuk pon dalam pagar aku, Awang akan mengejar dan menyuruh kucing itu "nyah kau dari sini.." Kalau dia bersenang-senang kat pagar blakang umah aku tuh, kira macam lepak secara bermalas-malasan la, ada jer makhluk yang tak di undang lalu, dia punya bising mengalahkan ayam betina nak bertelur. Bagi dia, dia yang empunya kawasan tersebut. Jangan la ngader-ngader nak lalu lalang tanpa ada permit. Hehe.. Awang jugak tak kisah tentang makan. Apa jer aku kasik, seme dia makan. Kesian dia, time bulan pose, dia pon pose.. Hehe.. Tapi, aku akan pastikan dia minum susu la. Lama jugak dia tinggal dengan kami sekeluaga. Aku sayang dia, pasal dia tak b***k merata-rata. Aku ingat lagi, kalo pagi-pagi aku nak sidai kain, mesti dia ngiau-ngiau sambil belit-belit kat kaki. Aduss, payah nak jalan. Tapi, aku tau dia nak bermanja. Setelah beberapa tahun berlalu, satu malam, aku terdengar bunyi bising. Sapa lagi, kalo tak si Awang ni membebel. Mesti ada "penjahat" yang masuk dalam kawasan umah aku, sebab tuh dia bising. Ada gak aku dengar macam bunyi berlawan. Tapi, aku biarkan jer, pasal hari dah jauh malam. Tak koser aku nak turun bawah. Sebab, biasanya Awang kalo berlawan, mesti dia yang menang. Macam hero tamil Rajinikanth tuh, 10 lawan 1 pon boleh menang siot. Seperti bese, aku bangun pagi & sidai kain. Tapi, pagi itu, aku tak nampak langsung kelibat Awang. Aku pangey nama dia, banyak kali. Tapi dia tak datang. Pelik gak, mana dia ni. Tiba-tiba, hati aku rasa berdebar. Bawah almari, aku tengok ada semut, banyak. Aku melangkah ke depan secara perlahan. Pelik, mana datang semut-semut ni. Bila aku tunduk, nak tengok apa ada bawah almari. Tersentap jap jantung aku. Awang! Yer, Awang ada kat situ. Aku tarik dia keluar. Patotlah pagi tu dia tak berbunyi, patotlah dia tak membelit kat kaki aku, rupanya dia dah pergi. Dah takder, dah mati. Ada kesan luka kat leher dia, ada darah kat situ. Aku agak, dia berlawan malam tadi & leher dia terkena zink kat bawah almari tuh. Huhu.. Kesian dia. Kesian Awang aku. Aku rasa sedih sangat. Kalo la aku turun malam tu, mesti dia selamat. Lepas aku bagitau berita kematian Awang pada mak & abah. Abah semadikan dia kat blakang umah. Kat depan pokok betik. Sayu hati aku mengenangkan Awang dah pergi. Sejak itu, aku dah tak pelihara kucing lagi. Aku memang suka kucing, tapi aku tak sanggup kalo kejadian yang sama berulang lagi.
Kepada Awang... Jasamu tetap ku kenang.


Sunday, April 12, 2009

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan Kotak Kosong

Bismillahhirahmannirahhim...

Ada kotak kosong? Tak tau nak wat apa..? Apa kata anda terai list kat bawah... Hehe..

1) Buat tempat kucing beranak
2) Bermeditasi dalam kotak tu
3) Jadikan sebagai rumah kedua
4) Buat meja pastu buh alas kain corak bunga-bunga
5) Buat sampan untuk cicak, semut, mentadak atau sebagainya
6) Try serkup kepala bapak mertua korang
7) Masuk dalam kotak & suh adik korang tarik (mcm tarik upih tu..)
8) Bina jadikan robot Gundam
9) Kalau rasa muka tu hodoh, buat tutup muka utk mengelakkan serangan sakit jantung kepada orang awam

Tuesday, April 7, 2009

Giler Lahhhh....


Bismillahhirahmannirahhim...
Salam, beberapa hari ni, aku macam org buduss sket.
Terutama malam ni. Aku ada rasa rindu yang kuat.
Tapi, rindu kat saper. Mana orang tu..
Wujud ke tak. Itu lah masalahnya..
Aku ni. Giler lah!
Tak tau nak rindu kat saper.
Vuduss tol.. Haha..
Aku
Sudah
Semakin
Gilesss.......
Ehs, mukans giless teruks..
Akues taus sebenarnyes sapers orsg tuhs
cumes akues taks sepatotnyes
berperasaans sebegitus..
Betus, taks patots..

Friday, April 3, 2009

Selamat Hari Lahir... Untuk Aku!

Bismillahhirahmannirahhim...
Hari ini, bersamaan dengan 3 April, merupakan hari lahirku. Yang keberapa..? Kemon, aku takkan mengelak/menyorok tentang umo. Besday yang ke-29 tahun la...

Adik aku anta msg kul 12:08:00am..
" Hepi Besday yg ke-29.. hehe.. 29 dow.. haha.. bla mau kawen?
k la.. bye bye.."

Ni lak msg dari boyfriend dia kul 12:31:19am..
"hi kakti..happy besday..aa..semoga panjang umur n murah rezeki.."

Kepada sesapa yang wish kat fb/fs, aku ucap tima kaseh sangat.. Dengan doa korang sume, harap aku akan terus tabah & menjadi insan yang berguna, anak solehah.. Amin..!!!
Aku tak sambut pun. Pes, pasal adik kesayangan aku takder kat sini. 2nd lak.. Aku rasa dah takder kepentingan. Sejak aku kembali single mingle ni.. Aku malas dah nak sambut2. Aku biar jer hari tuh berlalu. Cuma pada hari ni, aku rasa agak istimewa sket pasal jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari.. Semasa aku berdoa, aku tak minta lebih, cuma cukup supaya diberikan aku kekuatan, kesejahteraan, kebaikan, rezeki serta jodoh yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk aku.. Kalau ikutkan hati, aku memang dah give-up. Tapi, bila pikir aku dengan adik jer permata hati mak & abah, maka aku paksa jugak diri aku supaya buang perasaan kecewa tuh jauh2. Bukan mudah sebenarnya, tapi aku cuba & tawakal.. Allah s.w.t tak suka pada orang yang cepat putus asa..
Kemon Aloi, bangkit lah.. Sebelum kau terus terduduk buat selama-lamanya.
Adiossssssssssssss....

Wednesday, April 1, 2009

Yunalis Zara'ai...

Bismillahhirahmannirahhim...
Siapa Yuna ni? Yuna ni adalah seorang penyanyi/talented indie singer songwriter yang tengah top dengan lagu "Dan Sebenarnya" tue.. Aku suke Yuna ni pasal dia simple, berpelajaran, bertudung, cantik, pandai nyanyi+tulis lirik+wat lagu+men gitar bagai... Kira dia datang dengan pakej yang lengkap. Harap, dia tak diselubungi dengan gosip2 liar.. Beselah, gosip di dunia hiburan ni, ada yang menaikkan seseorang artis ada gak yang menjatuhkan.. Huhu..

Born in 1986, Yunalis binti Mat Zara'ai hails from Kuantan, lives in Subang Jaya, studied in a school in Perlis and is currently doing her final year reading Law. She writes her own songs and pens her own lyrics, plays the piano and the guitar. And she's also into more mundane, everyday things. Like Nescafe. And play-doh. In one word: Perfect.

YUNA'S LIST OF SONGSEnglish Songs
1. After Midnight (EP)
2. Deeper Conversation (EP)
3. Rocket
4. Polaroid (Oh Chentaku Cover)
5. Fireworks
6. Backpacking Around Europe (EP)
7. Blue Sands (EP)
8. Missing Star
9. Permission
10 Perhaps
11. BFF
12. This Is Ours
13. Cartoon Couple
14. Summer Time
15. Marina
16. I’m Not Like You
17. Peer Pressure
18. Here By Me
19. Fix It
20. Greek Goddess
21. These Streets
22. Lie To Me With Style
Malay Songs
1. Dan Sebenarnya (EP)
2. Cinta Sempurna
3. Katakan Dengan Indah


Let's support our very own local artiste who's about to set fire on the international stage!!