Sunday, August 28, 2016

Apa cerrrr.. hihi

Bismillahhirahmannirahhim...

Lama daku senyap di alam dunia blogging ni. Laptop kecik arwah doww. Nak update blog guna npon hmmm... Malas betul. Tab pun rosak, acanerrr kan.

So, tahun 2016 apa cerr ko. Ok, aku dah benti keje masa bulan Feb dulu, Ini kerana aku dah tak boleh angkat barang2 berat. Maklom la keje Cosway kalau stok datang banyak barang ye arrr memang la ada troli. Tapi dari atas lantai nak angkat ke troli then tolak masok stor, angkat lak sumbat kat rak. Part kotak berat ialah kotak sabun2, kalau losyen ke atau skin care tak berat mana. Wat keje sorang2 kan, so nak tak nak kene benti lorrr.

Aku kan tengah usaha nak dapat anak so kene jaga la diri aku bebetul. Masuk tahun ni 5 tahun beb. Tipu la kalau orang keliling tak tanya. Giler tak tanya soalan " bila korang nak ada anak"... kalau jumpa muka aku  or somi aku. Dah tu nak tak nak kene la hadap gak kan,

So dah tak keje ni cadang nak niaga on9 semula macam dulu2. Tapi tengah pikir lagi nak niaga apa, Handmade ke, readymade ke. Dah pernah cuba jual produk, tudung, baju.. Tapi tah la mcam so-so je tak laku keras sangat la mcam produk handmade aku wat satu ketika dulu, Mungkin produk handmade berjodoh dengan aku kot. Cuma aku kene cari sesuatu yang senang dan tak rumit untuk di buat, Macam felt kraf aku jual dulu perghhhh memang kene hadap betul2. Sebab memang 100% wat sendiri kan, reka perah otak bagai. Dah lama pikir nak wat apa tapi masih tak dapat keputusan, hahah... Sebab kalau boleh aku nak mesin jahit lorrr untuk mudahkan keje jahit, Dulu jahit tangan jer doww sebab tu siap lambat, kekeke....

Lagi apa yer, owh kekucing aku kat umah dah bertambah. Dari seekor, sekarang ada 5 ekor. Hadoiii... Kalau jiran sebelah dengar mau ingat aku gila sebab asik bercakap je. Hello dorang paham okeyyyy.. kekeke... Kadang2 aku dok pikir gak kekucing aku ni betul kucing ke or kucing jadian, hahaha,...
Hooo laaa, degilnya ya rabbi.. Maklom tengah sedang bermain 3 ekor tu. Tapi ok la terapi sebenarnya ada dorang seme ni, takde lah sunyi sejan umah aku ni kan,

Ok lah aku chow dulu, Salam ahad.
Ni Tiger... Anak sulung si Kebun.. Dia memang perangai sikit... Kekeke

Friday, August 21, 2015

DIY Huruf Blok / Block Letters

Bismillahhirahmannirahhim...
Yaa, aku semangnya suka akan kerja-kerja tangan sebegini. Dah lama dah usha huruf blok ni tengok depa dok tayang kat group deko muka buku nun. Kebanyakan dorang beli la. Aku lupa la nama kedai tersebut. Tapi dia wujud kat Setia City Mall.

Satu hari, aku kan suka tengok projek-projek tak senonoh.. kat Utube... Oihhh Oihhh choiii, maksud aku diy punya kerja aaa. Jadi dapatlah idea nak buat sendiri gamaknya. Jadi ke dop mekk... Heeiiii... see the hand la weiii... Cuma aku olah sikit dalam pembuatan huruf blok tu kepada bahan yang ada di sekeliling aku. Yess, tak beli apa-apa pun sesen pun tak keluar dari purse aku yang sememangnya dah nipis tu kakakaka...

Bahan-bahan yang aku guna adalah seperti :
1) Kotak
2) Span tebal
3) Gam putih/pva glue & sellotape
4) Percaan kertas / sedikit kertas
5) Gunting
6) Lebihan wallpaper Mr.Diy

Cara :
1. Pertama sekali kena la pilih design huruf, nak style macam mana, nak besar ke kecik. Dah pilih print atau wat macam aku tekap je pada skrin computer dengan kertas A4, lukis n gunting huruf tu ini adalah sebagai acuan. Kalo terel, terus je lah lukis pada kotak n gunting. Aku tak terel sebab tu aku sanggup tekap je supaya tak senget benget.. Hehe

2. Tekap acuan huruf pada kotak, gunting lagi. Pastikan ada dua keping ya. Aku saja guna kotak sebab keras dan kukuh la sikit ye tak. Takderlah bila jatuh penyek... Huhu

3. Lepas tu, tumis bawang merah hingga wangi.. Aku gunakan span tebal untuk letak sebelah dalamnya, mana aku dapat span ni, laaa aku kan kerja Cosway, span ni ada dalam kotak bedak, aku amek la.. Hehe.. Aku double kan dua supaya huruf tu nampak tebal sikit. Aku gamkan tau. Haa? Tak leh nak imejin. Ni.. tengok gambar senang.



 4. Bila dah gam span, gam pulak huruf yang lagi satu. Ambil cebisan kertas, lekatkan supaya sisi huruf yang terbuka tu dapat di tutup. Ini menyenangkan proses seterusnya samada nak cat ke etc..


5. Bila semua sisi telah di gam, maka aku balut huruf tu dengan menggunakan lebihan wallpaper yang memang ada dalam simpanan. Kalau nak cat huruf tu boleh, nak balut guna kain/kertas pembalut hadiah pun boleh.



6. Bila dah siap, samada nak biarkan huruf tu togel ke, nak buh manik/butang/intan/berlian terpulang pada imaginasi dan kekreatifan anda semua. Asalkan huruf tu boleh berdikari berdiri tegak tak jatuh/tumbang, ngerti ngakkk..




Hasilnya.. Tarra.. Opkos lah nak letak kat mini library yang amat menyedihkan ini kerana 'banyak' sangattttt bukunya hahaha....


Nahhh... Ko tengok cinonet aku sibuk sama. Orang letak barang deko dia pun nak jugak jadi brang deko bernyawa.. kakaka...


Ni aku sertakan sekali video yang aku tengok, so boleh rujuk sini :

Video Pertama :




Ini video Kedua :

Wednesday, August 19, 2015

Terkini...Guna...

Bismillahhirahmannirahhim...

Haa.. Sekali aku ada masa untuk update entri, hari-hari la pulak nak postnya keke..
Ok, kali ni aku nak review pasal beberapa produk. Kalau perasan hampir semua barang Cosway, boleh jadi duta Cosway ni mekk. So apa cerrrr... suplimen shak ko, err tak dapat nak buat review sebab lepas makan aku tak istiqamah untuk guna. Habis je sebotol aku tak repeat order. Kesan adakah sama macam testimoni yang lain, kulit cantik, tak letih ke apa ke. Pada aku tak jadi sebab aku amek sekali maksudnya aku tak amek dalam masa yang lama, habis sebotol tak sambung makan dah. Begituhh.. Sama jugak dengan sabun timun tu, pakai sekali je, pastu stop cemana nak ada kesan. Pahangg dop? Hehehe

So apa yang nak aku kongsi kali ni adalah :

1) Vitamin C-500 With Rosehip (NN~Cosway)
- Kan banyak sangat dekat muka buku orang duk jual Vit.C+Rosehip, tapi siyes aku tak berani nak guna mekkkk. Tah dari mana datangnya, sapa yang buat, tak tahu. 
- Jadi untuk keselamatan diri aku guna dari Cosway. Sah-sah mereka ada professor, dan ada sticker KKM. 
- Aku kenan nak beli sebab mak kepada staff aku makan, jeragat kat muka beransur kurang. Diulangi 'kurannggg' bukan hilang terus. Sebab kan ada rosehip. 
- Dah beli aku tak makan hari-hari juga, sebab lupa. Hehe.. Tapi memang ada amek la. 
- Harga kalau ada offer (member price) RM31.50, 60 biji. Kalau bukan member mahal sikit RM47.70
- Kadang offer dia tak tentu ada harga 1st 2nd, kadang satu harga kadang beli tiga kotak, kadang buy 2 free 1. So, bila ada offer, boleh la beli.  
- Cara makan : 1 ke 2 biji setiap hari, sebaiknya selepas makan. Biasa digalakkan ambil waktu pagi lepas sarapan. 



2. Pencuci muka Oil Control, Bioglo (Cosway)
- Dah banyak cleanser aku guna. Yang set, yang dijual kat Guardian bagai dah terai belaka. Cosway punya pun macam hat yang gamat, susu kambing, yang whitening punya, sabun ketul phyto bar pun tak jalan. Akhirnya yang warna oren ni rupanya baru serasi. 
- Dah nama pun oil control, memang tak buat muka aku berminyak macam dulu. 
- Dia ada kayu manis dan ekstrak buah-buahan. Seperti yang kita sedia maklom kayu manis sangat elok untuk membasmi/mengurangkan jerawat.
- Bila aku guna yess opkos jerawat memang kurang, ada tapi bukan banyak macam dulu yakni macam dorang duk berkampung kat dahi aku. Penuh, macam buat open house raya gamaknya. Dari jauh dah nampak menggerutu biji2.. yerrrr~
- Harga kalau tak offer RM15.40. kalau offer murah dari ni.



3. Pure Aloe Skin Perfecting Moisturiser (Cosway)
- Sama macam pelembab, pun dah berjenis-jenis guna. Ni aku beli sebab terpengaruh dengan testimoni dari customer. 
- Bila sendiri dah guna baru tau kesannya. Sangat sangat sangat sangattttt lah ohsemmm. Memang meresap cepat ke dalam kulit, bila sapu sejuk je kulit sebab dia memang 200% pure aloe gel. Bau pun wangi je.
- Aku guna setiap hari waktu pagi nak pergi keje. Lepas solat Zuhur, dan malam kalau rajin. Muka memang tak nampak berminyak. 
- Lain dengan pelembab yang aku pernah guna sebelum ni memang buat muka berminyak, muka jadi naik ruam etc~
- Kalau tengok dalam risalah dalam kotak dia kata, pelembab ni khas untuk kulit cantik, gebu mengekalkan lembapan 24jam. Mampu memudarkan jeragat dan cerahkan warna kulit, anti penuaan, kulit jadi sihat.. Katanya. Tapi untuk dapatkan semua tu mestilah kene rajin dan hari-hari guna. Jangka masa untuk nampak kesan sebegitu mestilah ambil masa sebab dia kurang bahan kimia kan. 
-Dari pemerhatian yang mana customer aku guna memang muka dorang bersih dan bila tanya dorang kata dah pakai bertahun.. Erkkkk. Aku baru nak mula pakai, hehe..
- Harga RM38.20, kalau ada offer dalam RM20++ je, Jimat sebab tak perlu beli setiap bulan coz dia banyak 50g. Oh ya, dia takde spf ye, jadi kalo nak lindung matahari silalah pakai sunblock.


4. Pure Aloe Skin Relief Gel (Cosway)
- Gel ni pun dari group yang sama dengan pelembab di atas. Aku beli pun sebab tengok review orang. 
- Gel ni dari baby kene ruam susu ke nyamuk sampai lah orang tua macam kita-kita ni boleh guna. Ya, boleh sapu kat muka takde masalah. Kalau muka kene sunburn pun boleh.
- Aku sapu pada jerawat memang kecut jerawat. Kadang sapu je satu muka lepas cuci muka bila muka naik ruam/bintik-bintik. Kadang sapu kat satu muka sebelum tido krokhh krokhhh... ZZzzz
- Harga kalau ada offer RM12.90 je... 60ml.



5. Rose Essence Sleeping Mask Bioglo (Cosway)
- Haaa, ni pun aku terpengaruh dengan iklan sebenarnya. Ala jenama cap X tu. Juga terpengaruh dengan my boss, hehe. Muka dia bersih doww. 
- Aku mula beli perghh excited giler. Da lama-lama asik lupa je. Kali ni nak pakai semula. Sebab mask ni best, bau wangi bau rose. Lembut je.
- Cara pakai : selepas cuci muka-toner-pelembab, baru sapu mask ni ke muka dan leher. Tunggu beberapa minit untuk dia serap ke dalam kulit sebelum ko boom atas katil untuk ZZzz. Esok paginya, baru cuci. Pakai mask ni 2 ke 3 kali seminggu atau setiap malam for the best results.. Ho yeahhh.
- Aku kadang pakai, lepas cuci muka terus pakai mask ni takde toner2 keke.. Teruk betul tak ikut arahan. 
- Harga RM37.10,.. 70g.  Kalau nak murah tunggu dia offer.
- Efek pada kulit kalau pakai mask ni untuk apa, aku copy paste ayat pada kotak dia yekkk.. katanya :

" Bioglo Rose Essence Sleeping Mask is a specialized cream-gel mask applied just before bedtime. It drenches your skin with rose water essence and nutrients from Aloe Vera, Olive & Ginkgo Biloba extracts and Grape Seed Oil to intensively moisturize and nourish skin while you sleep. Its light, aromatic rose scent creates a perfect state of relaxation and tranquility for a good night's sleep. Wake up to incredibly dewy-soft, supple, rosy-radiant skin the very next morning. "
                                               ** Pic taken from google


6. Deodorant Lilan Vital Naturals (Cosway)
- Dah banyak juga aku guna ubat keti ni, paling terbaik adalah dari Amway. 
- Tapi susah nak jumpa dealer, jadi aku guna yang ni pun dah best. Tak melekit, memang takde bau wangi. Pakai pun rasa fresh je. Tak menggelapkan kulit macam brand X tu. Sebab aku guna brand X, jadi gelap kulit susah betul hati jantung malah buah pinggang aku menengoknya. Jadi aku usaha (kalo time rajin) amek minyak baby titis pada kapas dan cuci nati lama-lama akan kurang kesan gelap tu. Bila aku mula pakai deodorant LV ni, kesan gelap tu memang beransur hilang. Yang penting rajin, usaha, tawakal barulah berjaya.. Eh ehhh
- Deodorant ni dia aluminium free tau, natural ingrediants gitue. 
- Harga RM17.90, 60ml kalau ada offer. Kalau takde offer mahal sikit.



7. Bedak Johnson Body Care
- Yess, aku guna bedak ni je untuk muka. Selepas cuci muka, toner(kalo rajin), pelembab dan terus sapu ni je kat muka. Setel. Sebab kulit muka aku ni pelik sikit doww. Salah pakai, lama sikit tak cuci muka... muka naik ruam.
- Harga tak ingat, tapi murah je. Aku beli yang kecik cinonet sebab senang isi dalam beg.



~Baik, ini saja yang aku guna setakat ni. Nak review tentang losyen dah lama tak pakai boleyy gitu.. Ada beli yang nivea pakai selepas mandi tu, tapi jap pakai jap tak pakai sebab tak sempat.. Cemananya nak buat testimoni.. Hahaha...

Gambar2 ni aku amek dari tempat keje, kecuali bedak &  pelembab tu memang ada dalam beg. Sebab buat entri time keje, jadi amek barang snap je terus. 

UPDATE:
Ok, sekarang yang masih kekal aku guna ialah;
* Gel Aloe Vera Cosway
* Rose Sleeping Mask
* Bedak Johnsons

Hehe...

Tuesday, August 18, 2015

DIY Mini Library

Bismillahhirahmannirahhim...
Hai..
Aku ni kalau nak dikatakan ulat buku tak juga apatah lagi ulat mulong atau ulat bulu. Tapi minat membaca tu memang sentiasa ada sebab abah selalu bagi buku cerita kalo time besday. Ala... buku-buku penyiasat 3 sekawan, 5 sekawan, 7 sekawan dan Nancy/Salma tu. Tapi tu la, sayang sangat sebab banyak rosak dan hilang. Rare siot buku tu. Semenjak dari itu (cewahhh.. macam esei SPM plop..) aku selalu pinjam novel dari kawan. Ada juga yang aku beli tapi mana tah ilang.. Huhu

Dulu-dulu zaman belia purbakala minat giler baca novel cinta, tak boleh blah siap nanges-nanges banjir satu bilik sedih sangat mengahayati watak kekonon. Dewasa ini keke... Aku dah kurang minat untuk baca novel berkisar tentang cinta. Lebih suka bacaan tentang ilmiah/keagamaan (alhamdulillah, insaf dah ko sekarang keke) tentang kisah benar, biografi.. haa yang macam tu lah.

Sejak dah ada umah sendiri dalam kepala otak aku beratur list keje/projek nak buat. Tapi ringgit je yillekkk, tarrraaa cukoppp jugaa. Memang impian aku nak ada library dalam umah. Tak dapat yang besar gedabak macam perpustakaan awam tu (melampau koo..) yang kecil-kecil cili api pun jadilah janji ada ruang khennn.

So, nak dijadikan cerita sabtu lepas mungkin dah rezeki kot, aku berjaya dapatkan rak 4 tingkat warna putih sesuci lebaran yang aku idam-idamkan. Kalau tak de offer mahal kooo rak ni, so dapatlah beli dengan harga RM29.90. Yerr aku pergi Tesco bawak troli semata beli rak tu seketul je, orang lain beli berketul-ketul.. Hihi

Daaa~
Panjang benar mukadimah ko mekk.
Yerr nak mula lah ni. Rak dah dapat kan. Jadi mestilah kene ada buku, frame/signage, hiasan serba sedikit (optional)


Kepada yang ada printer, senang keje ko mekk. Design je tulisan dan print. Printer ada tapi kat umah abah. Dah tu ink takde plop. Jadi aku wat inisiatif sendiri guna cara dulu-dulu. Ala.. kutip huruf bewarna dari majalah lama, gunting. Kalau korang malas, apa susah google image, print lah kat opis ko, hehe.. Ini cara aku..

Tulisan dah ada. Jadi mestilah kene ada frame. Frame tu asalnya aku letak hiasan huruf kufi yang kini telah ditepek kat jam rosak tu. Nampak, ini adalah penjimatan yang maha hebat. Setelah huruf-huruf tu seme aku tampal pada kertas A4, maka hasilnya jadilah seperti ini... Ngeh ngeh ngeh..

Aku cerita sedikit tentang hiasan tepi-tepi yang menempel tu. Aku pernah baca kat mana tah, orang putih tu kata kalau ada rak buku, pastikan ada letak sedikit barang deko, tak perlu banyak, janji ada.

Pasu & Sepohon Kayu Daunya Rimbun
- Asalnya dari meja makan masa raya hari tu. Kalau letak makanan, penuh meja jadi pokok tu lepas ke tepi, kesian macam dia ada penyakit berjangkit, seme orang tak pedulikan dia. Jadi ada baiknya aku letak dia kat atas rak, saujana sikit mata memandang.

Alas Rak
- Asalnya untuk meja hiasan tepi dinding. Lepas tu modify jahit sikit untuk deko sangkar kucing sebab letak kat luar.
- Sekarang aku lipat dua dan jadilah penutup atas rak tu. Lepas ni kalau aku terjumpa duit syiling celah kusi/dalam kete cukup RM5 aku ganti lah alas baru beli kat kedai RM2... hahaha

Coin House & Eiffel Tower
- Umah kecik macam umah untuk orang kerdil tu, aku beli dah lama awal kahwin dulu. Menara tu pulak kawan bagi masa dia pegi Paris. Nah, sekarang bersepah pulak menara ni orang duk jual kat memana. Hinode shop ada, GM klang, Kaison pun ada mekk.
- Dulu mereka berdua ni aku letak dalam almari, kesian kene kurung bertahun-tahun sekarang dah letak luar dapatlah mereka menghidup udara segar.

Kerusi Malas
- Haaa, rare ni kott. Kerusi ni dah lama giler, dari zaman aku darjah 5. Boleh bayang tak betapa lamanya, hehehe.. Muat ke ko duduk dalam tu mekk, kecik beno. Giler tak muat, mestilah muat, ko mampuuu? Kakakaka

Ok, Sekian Terima Kasih~

Monday, August 17, 2015

DIY Hiasan Dinding

Bismillahhirahmannirahhim...
Haaa? Dah bulan Ogos ke ingat baru Januari.
Mak ko hijau... Choyy.. 
Malas nak xplen kenapa aku dah jarang tulis. Hahaha...
Yang penting aku nak share satu projek diy, x kuar belanja satu sen pun percayalahhh...

Apa projeknya? Ni la nak citer. Satu ketika dulu aku ada beli jam dinding kat kedai home deco "Rose Garden" nama diberi. Udah dipakei beberapa bulan tiba-tiba nya kok ngak berfungsi gituh. Udah ditukar baterinya masih ngak jalan jarum jamnya, Makanya, gue biarin aja di dinding tanpa buat apa-apa lagi. Mati kutu gue. 

Satu hari dapat ide mau dibuang, ngakkk bukan dibuang terus semuanya. Mau buang jarum jam nya tu aja. Biarin kosong supaya gue dapat buat sesuatu, Makanya, terhasillah ide ini dong. 

**ko da kenapa cakap style indon secara tiba-tiba... haha ngekkk

OK sambung. Dipendekkan cerita, dulu aku pena wat ayat kufi seketul dari kain felt/flanel. Jadi aku kuarkan ayat tu dari frame dia anddddd... Alter la sikit wat penambahan supaya ngam-ngam hoo dapat masuk dalam frame jam tu.

Nampok dok. Ni la frame jam tersebut. Dalamnya aku tampal kain felt wane itam legam

Taraaa.. Da siap. Asalnya ayat kufi tu juz warna putih dan latar belakang soft pink. Untuk nampak besar sikit aku tambah kain felt warna dark pink. 
Tapi aku rasa, kalau tambah keliling tepi kain itam legam tu dengan manik putih lagi cun kot. Ala yang jenis berjuntai macam rantai tu. Kat kedai barang kawen2 ada la tu.
Akan ku cari nanti, kendian kita tambah ekk. 

So ini lah hasilnya setelah di gantung ke dinding bahagian tangga. Ok la tu kan, bukan guna modal pun buatnya, free heyy... Hihi

**Sampai jumpa lagi wahai encek blog.. daaaa ~

Wednesday, February 11, 2015

Bila Mood Rajin Datang Menyinggah...

Bismillahhirahmannirahhim...

Hai. Aduhainya pun. Dah nak masuk pertengahan tahun baru, baru la ko terkial-kial nak buat entri ye. Aterr.. Nampak beno menipunyee baru bulan dua haa... Ishh.. Ishh.. Entri tahun baru 2015 kali ini aku mulakan dengan bercerita tentang bilik air. Erkk??? Krik krikk

Ok teruskan dengan bicara selanjutnya, hari tu kan (beberapa bulan yg lepas la.. uhuk) aku tetiba rasa menyampah tahap gaban betul tengok dinding bilik air yang tingkat bawah tu. Dah la bilik air & tandas tu selalu menjadi tempat pelepasan sesiapa yang berkunjung ke rumah. Masalahnya sejak mula kami pindah masuk rumah ni memang tak cat baru langsung pun bilik air & tandas ni. Asik lah bertangguh je nak mengecat. Jadi hari tu dengan mood yang bak kata lagu Vince (AF1).. berkobar-kobar. Aku gi bongkar bawah kabinet dapur cari cat lebih. Aku tau memang ada sebab aku yang simpan tong tu semua. Cat dah jumpa, aku carik berus lak, ok jumpa juga sib baek. Kendian, ada satu masalah. Disebabkan aku pendek, tangga pun yilekkk. Maka aku tarik kerusi, panjat pun tak sampai juga. Hadoi.. Hancur musnah rasa mood. Tapi.. tapi.. Aku nampak mop daiso kat pintu belakang. Hah. Idea. So saksikan lahhhhh ~

Ko nampak? Aku tapekan berus tu dengan hujung mop daiso tu. 

Ni lah rupa kejadiannya. Masa aku cat ni time aku cuti hari Khamis
(dinding tu memang comot kan, biasalah beli rumah 2nd hand. Sental kuat cemana skalipun tetap tak nampak macam baru.. huhu)

Bayangkan dengan berus sekecik ni aku boleh cat dinding atas bawah. Kah kah..Gilo apo..

Bila dah siap cat dinding, baru aku sedar telah melakukan kesilapan teknikal. Patotnya aku kene cat atas dulu maaaa.. Erk

 Asudahhh... Selamba badak jelah haa... Teruskan mengecat.

See? Maka terwujudlah lah sudah ketompokan yang sememeh di dinding.. huhu
Asben kata, nanti beli berus kecik kasik repair. Pastu, aku suruh dia habiskan mengecat untuk toilet di sebelah pula. Kah kah kah...

Taraaa... Ini lah hasilnya setelah siap. 
Hoishhh... Murah je ni beli sticker kincir air kat Robinna Home Deco RM5 jak. 
Wallpaper munge tu pulak RM5.90 beli kat Mr.Diy. 
Satu gulung dapat banyak oii Cik Kiah.. Cik Senah.. Aku siap tampal kat toilet lagi haaa kooo...
Sekian, terima kasih.

Tuesday, May 27, 2014

Err.. Bagus Ke Shaklee Ni..

Bismillahhirahmannirahhim...

Selamat tengah hari blog. Hah dah kenapa aku ni tibe-tibe nak tulis pasal suplimen ni, macam lah ko terel sangat, hek hek.. Bukan, bukan macam tu. Dalam beberapa hari ni aku sibuk dok tanya En. Google perihal suplimen Shaklee. Kenapa beliau, kenapa bukan dia dan dia. Ahaa.. Ini kerana selepas pencarian selama beberapa hari, melalui sumber-sumber yang ada, membaca review/testimoni dan sebagainya, hati ini bagai ditarik-tarik untuk mencuba. Padahal dulu bak kata adik aku.. "bukan awak menyampah ke dengan Shaklee... kata tak suka.." dia menjawab spontan selepas  aku menyuarakan hasrat untuk mencuba produk ni, hoho.. Aku kata, dulu memang lah macam meluat giler , ye lah asal buka muka buku, bukan setakat hari-hari malah hampir setiap jam update tentang iklan Shaklee ni, hoiiii.. rimas hoii... *maaf yer kepada penjual/pengguna tegar.. hihi, itu dulu ok, diulang dulu.. haaaa

Maka, setelah aku amati & berkira-kira sendiri tanpa disuruh, hmmm.. Why not kan.. Memang harga dia rasa agak melampau mahalnya banding brand lain, tapi.. tapi.. tapi.. dia harga mahal tapinya boleh makan lama sampai lebih 3 bulan, hoiii jimat hoii.. Itu yang membuatkan aku rasa tergerak hati, sebabnya aku tak suka beli sebulan abis bulan depan beli lagi.. Ditambah lagi bila tengok sesapa yang dah makan dia punya review amboiii... aku rasa macam hari tu jugak nak transfer bayar, hari tu jugak orang tu bagi & hari tu jugak aku nak telan, haha.. Bila aku rasa dah yakin, baru aku msg kawan aku yang memang penjual & pengguna tegar Shaklee ni. Padahal awal2 dulu, aku memang ada tanya dia tentang set kesuburan & cerita pengalaman dia sendiri. Tapi bila dengar harga set tu.. sesak nafas aku siot.. memang takde bajek langsung la.. Lagi pulak masa tu nak wat pasport & nak sediakan ringgit untuk bercuti ke Bandung lagi, memang tak arrr nak beli set tu kan.. Mau makan pasir cicah kicap aku laki bini sudahnya, hew hew hew

So, apa yang aku berkenan sangat nak amek ni.. Aku nak amek ESP, sebab aku cepat letih.. bila baca semua kata bagus untuk kulit jugak, dalam hati tertanya jugak, ye ke? Tapi takpelah kalau aku makan tak jadi apa-apa perubahan kat kulit asal boleh bagi aku tenaga pun dah takper. 

SUMBER : Shaklee.com.my

Yang kedua pulak aku nak ialah.. Vit.C dia..
SUMBER : Shaklee.com.my

Yang ketiga pulak.. Vit.E dia.. 
SUMBER: Shaklee.com.my

Wahh.. macam banyak je wit ko ekk nak beli semua ni, hihi.. Bukan beli sekaligus dow, beli ESP dulu, aku bukan orang kaya, kalau aku kaya semua bil-bil jiran tetangga aku bayor.. haha.. *krik krik
Aku nak tambah beli lagi dua jenis sebab aku rasa aku memerlukannya. Maklomlah dah cecah 30series ni kena lah jaga walau aku rasa memang sudah terlambat, orang lain muda-muda dah ambil dari awal.. hehe.. 

Ok rasanya cukup lah, tayang gambar je la dulu, sebab takde dalam genggaman lagi botol-botol ni semua. Dah ada nanti, dah makan segala baru aku share apa yang aku rasa pulak. Ni asyik tengok testimoni orang lain je kan, macam jeles lak rasa.. keke.. sebab masalah dorang dah selesai sejak amalkan suplimen ni. 
Tarik nafas yang panjang.. Ok lepaskan. Fuhhhh.. Takpe yatie, jangan berkira sangat dengan produk untuk kesihatan, nanti kalau sakit sapa yang susah.. Anda dan mereka-mereka di samping ada jua.. Hihihi

Tuesday, May 20, 2014

Macam-Macam Cerita...

Bismillahhirahmannirahhim...

Selamat petang blog. Aiyoo... Apa cerita sudah lama tada singgah sini. Ini tuan blog banyak pemalas betol lah, kasik hamtam sama dia baru tau.. Erkkk! Krik krik..

Ya allah hai... Betul la, lamanya tak update apa-apa kat sini. Padahal kalau ikutkan turutan banyak kisah nak dicoretkan, kisah sedeh pilu, kisah gembira bagai pun ada. Kisah pelik jer takde.. muahaha. Nak cerita mana dulu aku pun tak tau. Tu lah suka sangat simpan cerita, sudahnya dah diperam masak ranum bagai ko pun dah lupa itu cerita, what the hak tuihhhh betullah.. Hahaha..

Bobo Dalam Kenangan 
Pertama sekali nak kongsi ialah masih ingat akan kucing aku si Bobo, dia dah takder lagi. Bulan lepas dia pergi. Tesentap sungguh rasa hati ini, sedih ya amat sangat, bayangkan dia pergi saat kami semua tiada di rumah.. huhu.. sedeh giler. Masa adik bagitau Bobo dah takde, aku menangis macam apa jer, dah la tengah keje masa tu. Dia mula asal kene batu karang hantar pergi Vet untuk rawat. Dua kali dia kene tahan wad, yang kedua itu lah dia terkene virus Parvo yang sangat jahat nak mampppss.. huhu. Petang masa kami dah balik kerja, baru tanam dia. Tu pun tunggu hujan berhenti, tengok alam semesta turut bersedeh atas kehilangan Bobo di dunia ini, jadi bila lepas hujan, senang sikit nak gali tanah. Tanam depan rumah je. Nanti di lain entri, aku akan cerita macam mana tanda-tanda virus Parvo ni, sebab lepas Bobo kene, kucing adik aku si Muezza pula pergi.. Huhu.. #RIP 4 them

Bobo
April 2013 - 12 April 2014
~We miss u sayang, hope kamu sedang berlari-lari gembira di syurga ~

Langkawi 2nd Trip 
Oye, masa 9.05.14-11.05.14 hari tu kami pergi langkawi. Pergi dengan kaum kerabat sebelah mak. 
Best jugak sebab dapat beli mangkuk-mangkuk kat Idaman Suri.. keke.. 
Dari kiri ialah aku la.. hehe.. Makngah, Maklong, Paklong, Mak & Abah, depan sepupu.. Adik Aina. Kakaknya yang tukang amek gamba ni tak suka bergambo-gambo ni, huhu.. sabo ajolah. Adik & asben aku tak dapat pergi, coz tak dapat cuti. Mak kata lainkali pergi lagi, boleh la.. cakap je bila, boleh orang angkut lagi mangkuk-mangkuk kat Idaman Suri tu.. Hehe. Kami pergi dua kereta. yer naik kereta bukan flight, besela kalo flight tak dapat nak beli banyak barang.

Bandung
Pada 30 Jan dulu, aku & asben serta kawan sekerjanya pergi melancong ke Bandung. Ya Allah bestnya lah. Terima kaseh tak terhingga kepada boss asben sebab dia yang suppport tiket hotel segala masa ke sana. Hadiah bekerja la kot. hehe.. 
Ni masa mula-mula sampai di airport Bandung. Pestime owh jejakkan kaki ke sini. rasa seronok ya amat. Dah la barang murah-murah. Macam cepat je abis duit koo.. Haha. Cerita selanjutnya akan aku cerita di lain entri sebab ada banyak gambar nak kongsi. Ko bajek macam ada je orang nak bace blog ko kan.. Perasan sungguh, haha.. Ala takpe la, nanti aku ada anak, ada lah jugak harta nak di tinggalkan walau pun bukan intan emas permata tetapi dalam blog ni dia boleh tengok kembali catitan mak dia... hoho.

Ok la der.. Nak chow dulu, nanti lah akan di update kendian cerita yang selanjutnya. Bye2 blog.


Wednesday, February 19, 2014

Cara Simpan Plastik..

Bismillahhirahmannirahhim...

Perghh.. Giler lama tak mengetuk di sini. Orang lain sibuk-sibuk update last day tahun 2013.. & awal tahun 2014. Aku wat dunno jer.. Hihi... Ok, malas nak membebel. Hari ni aku nak share cara aku simpan plastik-plastik barang/sampah. Penting ke? Ermm.. Pada aku agak penting jugak la, sebab aku naik rimas kalau tengok plastik dok peronyok-pronyok. (ada ke bahasa ni dalam kamus dewan.. ngee ) a.k.a main sumbat-sumbat dalam beg ke apa ke. Memang tak sedap mata memandang.

Aku guna beg Cosway atau lebih dikenali 'Multi-Purpose Holder', kalau siapa member Cosway mesti tau punya. Harga 1RP (point) + RM6.90. Tapi kalau nak free boleh bayar guna kupon, 6 kupon memang free.
ada dua warna setakat ini lah, grey & merah. Dulu-dulu kemain susah nak dapat sebab selalu takde stok.
Memang senang, pas masukkan plastik, gantung je mana-mana tempat kesukaan anda.

Atau bagi yang kreatif nak nampak lebih cantik boleh guna kotak kasut yang di buat lubang, balut dengan pembalut hadiah, buat kan pembahagi kat dalam dia supaya boleh asingkan plastik kecik, besar atau bagi yang pandai menjahit buat macam sarung bantal pelok tu, hias la dengan renda bagai. Aku pernah tengok orang buat macam tu, lagi-lagi bagi penggemar english deco kan, mesti la guna kain munge2, epal ke cupcake ke kotak2 ke.. wah so nice. Aku ni tak pandai menjahit mesin, jadi guna aje lah apa yang ada hmmm...

Owhh, tengok.. Semak kan pemandangan plastik2 ni.. Huhu.. 
Tapi bila dah dilipat elok2 nampak kemas sikit.


Baiklah, begini cara aku lipat plastik. Mungkin kat luar sana dah ramai yang tahu. Takpe, aku share jer.
 Bentang elok2 plastik tu, lipat dua dan tiga bahagian. ( ada kaki Rambo interprem sama.. ) hehe

 Kemudian lipat 3 segi, lipat je bersegi sampai kat atas dia selitkan dalam plastik yang di lipat tu, siap.

Kesudahannya masuk lah ke tempat yang disediakan. Macam aku guna holder ni, ada zip kat tengah dia. Cara aku, bawah sekali letak plastik sampah hitam, tengah aku letak plastik besar (coz jarang guna ) yang part atas sekali aku letak plastik kecik sebab selalu guna untuk bungkus tupperware bekal asben. Part plastik sampah tu letak bawah senang nak amek, bukak zip sikit amek je.. Hihi..
Okey, sekian...

Monday, November 25, 2013

Sabun Timun Hemani

Bismillahhirahmannirahhim...

Alhamdulillah... Akhirnya setelah berbagai dugaan, berjaya juga aku mendapatkan sabun timun ni. Teruja siot nak cuba pakai sampai tak dan2 nak balik umah. Tapi masa tu time kerja, sabar.. sabar...

Aterrr.. Balik jer kerja, letak beg terus potong sabun ni nak guna sikit dulu, takot tak serasi. Sambil nak cuci muka bau dulu sabun ni, perghhhh wanginya. Pastu terus cuci muka.. Hmmm.. Beshnyer... beshnyer... hihi...

Hari ni dah masuk 6 hari la guna. Yang penting ia tak mengeringkan kulit muka daku yang agak sensitif ni. Masa pertama kali guna dah rasa best dah. Bila dah berhari-hari ni baru perasan liang roma kat pipi ni dah kecik sket, kalo tak terbuka besar jer, gewaaam tol.. huhu. Sebelum ni memang ada guna sabun beras thailand tu, sebab mak.. maklong pakai elok muka diaorang maybe serasi la tu. Aku pakai tak plak jadi macam diaorang. Dia jadi cemana tah nak cakap macam tak ok la gitue, macam kering jer.

Rasa-rasanya sabun timun ni la kot yang sesuai dengan kulit ni haa.. Tapi nak komen lebih pun macam tak boleh jugak, sebab baru sangat lagi gunanya.. Hehe... Nak tunggu dalam sebulan dua dulu tengok caner kan. Takot memula jer ok.. Kang tumbuh ruam. Harap-harap tak arrrr... Tak reti dah nak cari cleanser yang serasi dengan kulit muka ni. Ok, tu jer lah blog... Bye.. hihi

** Lupa lak nak amek gamba sebelum pakai sabun timun ni, kalo tak.. boleh wat perbandingan.. ececehhhh

UPDATE : Oh yeahhh, aku dah tak pakai sabun ni lagi.. hehe

Friday, November 15, 2013

Dugaan Nak Dapatkan Seketul Sabun Timun-Hemani

Bismillahhirahmannirahhim...

*picture taken from google*

Salam blog. Malam ini nak cerita tentang sabun. Sabun? Dah kenapa ko nak cakap pasal sabun... Haha.. Ni la nak cerita. Aku ada terbaca tentang kebaikan guna sabun timun jenama Hemani dari Turki. Nak tau, silalah tanya pakcik google sendiri.. Hihihihi

Dah lama dah aku dok usha-usha nak beli ke tak, perlu ke tak, nak cuba ke tak. Setelah direnung-renungkan akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba sabun itu. So, setelah berjaya mendapatkan no.tepon, aku terpaksa bersabar tunggu sehingga hari siang, untuk anta msg kat tuan empunya kedai. 

So, selepas aku bermsg-msg an tanya harga+kos, jumlah adalah RM17. Diulangi RM17 sahaja. Memang la kalo pergi kedai dia lagi murah, seketul sabun tu RM8.90 je. Tapi masa bilanya pulak aku nak ke Klang semata-mata nak beli sabun tu je. Baiklah aku order sahaja lagi senang.Dia bagi akaun CIMB, aku suh dia bagi akaun Maybank sebab aku ada Maybank2u.. Senang boleh baya di hujung jari sahaja. Maka dengan rasa suka hati yang amat sangat, aku pun SMS dia kata.. "bila saya dah tnsfer.. saya akan msg yer.." cewahhh.. Punyala rasa berkobar-kobar ni rasa tak sabar dah nak cuba sabun tu.

Tengah suka-suka suh adik tolong transfer baru teringat dalam Maybank ada RM3 sahaja. Sebab sebelum tu dah suruh adik transfer semua duit aku ke akaun dia sebab aku ada masalah nak keluarkan duit guna kad atm. Ok, selepas ini.. Maka bermulah lah episod dugaan demi dugaan yang datang bertimpa-timpa tanpa di sangka. 

DUGAAN PERTAMA : Aku suh adik aku bank in kan ke akaun aku RM20 bila dia balik kerja nanti. Dah petang dia bagitau tak dapat nak pergi bank. Sebab ujan lebat giler, abis dia basah lencun. Ok, takpe.. Aku boleh trima lagi.

DUGAAN KEDUA : Aku mintak tolong asben lak. Lepas dia balik kerja malam, dia pergi bank. Tak lama pastu dia kol bagitau mesin rosak. Aku dah.. Adehhhhh.. Ok2 takperlah nanti esok mintak tolong ngan kawan si Mr.Z.

DUGAAN KETIGA : Terus rasa nak kol abah, mintak tolong dia bank in kan ke akaun aku. Sekalik baru teringat abah takde. Mak dengan abah balik kampung kat Ulu Cheka. Hurmmmmmmm.... Ok, fine!

DUGAAN KEEMPAT : Pagi tadi tiba-tiba teringat biras aku aku ada CIMB. So terus SMS dia mintak tolong perkara yang sama. Dia kata nanti pukul 2pm dia memang ada nak pergi bank. Tunggu punya tunggu dia bagitau masa di bank dia terlupa nak bank in. Aku dah.. Aiyakkkkkkk....!!! Tapi dia kata nanti pukul 5pm dia pergi lagi. Aku pun say sorry to her la sebab macam dah menyusahkan dia pulak kan. Huhu... Beberapa jam selepas itu, dia bagitau mesin out of service... Aku pun.. Aduhaiiiiiiii... Ok, takperlah boleh tahan lagi sebab ada seorang lagi penyelamat.

DUGAAN KELIMA : Aku SMS kawan aku si Mr.Z. Bagitau perkara yang sama jugak. Dukacitanya dia memaklumkan bahawa Maybank dia pun kurang RM macam aku jugak...Aku dah huhuhuhuhuhu.. Sob sob sob.. Kenapalah & mengapalah susahnya nak dapatkan seketul sabun.. Huhu

DUGAAN KEENAM : Petangnya dalam pukul 6 kot, terus kol asben, suh dia pergi bank lagi. Dia kata dia dah nak sampai rumah, takkan nak patah balik semula ke Kota Kemuning. Sebab dia ingatkan aku dah dapat setel kan dengan Mr.Z. Akhirnya.. terus "hancor hatiku mengenang dikau.. menjadi keping-keping...." Arghhhhh.. dugaan.. Dugaan..

Aku bukan apa, sebab tak nak kakak tu ingat aku main-main & cakap tak serupa bikin. Padahal dia tak tahu masalah yang aku tengah hadap sekarang.. Hahahaha... Kalo aku tau, tak payah aku transfer seme duit aku, tinggalkan sikit senang nak beli apa. Tu la pandai sangat kan.. Tu makan dia. Hoho

Moral : Lenkali transferlah semua lagi yer.. Jangan tinggal balance pun. Huhuhuhu
Uwan aku selalu pesan.. Jangan suka sangat nanti dapat duka.. Ahahhhhhhh... Tepat kene ke muka ku.. Adehhhh adehhh

Sekian.

Thursday, November 14, 2013

Buasir & Klorofil Cosway /Liquid Chlorophyll

Bismillahhirahmannirahhim...

Wah.. Tengok tajuk macam nak promot barang Cosway je kan. Tau la ko kerja Cosway.. Har har har..
Tapi tujuan aku kongsikan kebaikan dia ni bukan apa, sebab aku dah try minum & terbukti memang elok, testimoni sendiri ni haaa tau. Sesiapa saja diantara kita mesti tau itu sakit buasir kan. Kalo tak tau silalah tanya pakcik google... Ngeee. 

Ok, nak dijadikan cerita aku kena lagi penyakit itu sebabnya aku beriya mengangkat air berbaldi-baldi wat mesin kain, air tangki tak berapa nak besar masa tu pehal tah. Maka aku guna air sinki punggah dalam baldi. Berat kan. Sebelum ni memang pernah kena, tapi makan ubat farmasi je, dekat seminggu baru kurang sakit, tapi part sakit tak boleh tahan tu.. Huhuhu... Pernah jugak minum air siput gondang, lama tak kena lepas minum air siput tu, dah lepas bertahun.. kena lagi. 

Dipendekkan cerita, masa aku kena tu, aku kerja jugak hari tu, tapi bos perasan macam aku tak sehat. Lepas cakap dengan dia, dia syor minum klorofil, bancuh pekat sikit dari biasa. Lepas tanya pendapat asben, dia galakkan untuk aku cuba. Sebab aku dah makan ubat farmasi dua hari, tapi sakitnya.. bengkaknya tak kurang.

Balik rumah lepas mandi segala terus aku minum dengan pekatnya. Rasa dia kalo minum pekat? Macam bayam yang diblender. Tahan je la nak sembuh kan. Malamnya sebelum tidur minum lagi. Esoknya bos bagi aku cuti, dia yang wasap aku dulu tanya "u nak cuti tak," "u macam mana ok ke tak.." Ngee.. Baik betul bos ni.. Hehe.. Pastu, tau tak.. tak sangka & macam tak percaya betul, esoknya sakit ada berkurangan. Aku minum lagi sampai 3x sehari masa aku cuti tu. Dan akhirnya selepas 4 hari minum... tak de sakit langsung dan bengkak memang makin surut. Yang penting sakit tu cepat hilang, tak tahan siot.. huhu.. Asben aku pun macam tak percaya, sebab masa tempoh sakit tu aku punya muka memang tak boleh blah wakaka...

Cara aku minum & simpan klorofil tu mudah jer.. Simpan dalam peti, nak bancuh pun guna air sejuk/peti. Masa tempoh aku sakit tu, aku guna 3 sudu besar + setengah gelas air sejuk. Minum pagi sebelum bekpes, petang & malam sebelum tidur.

Kalo takde sakit kronik keke.. Boleh minum 1-2sudu besar dan 1 gelas air sejuk. Macam ada sekali tu anak kecik bos aku demam, dia minum 1 botol punya botol air yang pergi sekolah tu. Kiranya tak kesah minum banyak pun sebab dia dari tumbuh-tumbuhan. Masa bos aku sakit tekak pun dia minum klorofil tapi secara pekat mcm aku punya cara.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dia antaranya :
1. Dapat hilangkan bau nafas & badan
2. Menyahtoksin badan dengan lembut & berkesan
3. Dapat menambah bilangan sel-sel darah merah
4. Mengurangkan risiko penyakit batu karang
5. Membersihkan kulit & jerawat
6. Mengurangkan kesan sampingan kemoterapi
dan macam-macam lagi..

Inilah rupanya.. Bila minum secara biasa tak rasa apa pun. Cuma bila minum pekat tu baru rasa macam bayam yang diblender... hihi
Sekian.